RSS

Penjagaan kulit Siang Hari

Assalamualaikum....


Dok sibuk citer pasal produk kecantikkan Intan nak citer pasal Penjagaan kulit Intan yang lebih kompleks.... Hahaha... korang jangan fikir Intan nak mengedik pulak.... Tak gedik just nak share...sharing is caring kan... Tentang perawatan kulit memang Intan gunakan khidmat salon sebulan atau 2 bulan sekali bila kelapangan.... Sebenarnya bila buat facial kat luar ni, bukan setakat kulit rasa bersih tetapi juga dapat rehatkan minda dan menghilangkan stress kerana dilayan bak puteri..hikhik.... 


FACIAL FOAM
Tentang, facial foam ni, intan dah terangkan panjang lebar.... Tapi setakat ni loreal whitening memang setia dengan Intan.. tapi memandangkan umo dan nk masuk 3 series ni... Mungin Intan akan tukar kepada product loreal yang lebih sesuai....... atau pun brand lain... tunggu habis baru tukar kekdahnya. Harga biasanya RM 21.90 tapi Intan pernah beli dengan harga RM11.00 masa jualan gudang

TONER

Toner ni memang dah lama Intan pakai... Dulu zaman muda-mudi memang selalu skip sebab macam melecehkan tetapi bila ada kesedaran tentang penjagaan kulit baru la Intan titikberatkan... Seperti yang Intan cerita toner ni memang perlu diamalkan selepas mencuci muka... so kulit rasa terhidrat dan fresh selalu. Harga lebih kurang  RM23.00 dan Intan dapat harga RM15.00 semasa sale untuk 200ml


AMPOULSE



Ha.. ape tu ampoulse... AMPOULE ialah pati yang mengandungi ekstrak botani dan vitamin dalam pelbagai kombinasi dan tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna dan amat sesuai untuk memperbaiki masalah kulit... 

Ampoule ni sebenarnya  selalu digunakan semasa kita buat rawatan muka kat salon-salon lepas tu rasa kulit macam shining-shining gitu....itu kesan dari penggunaan ampoulse. Ini kerana hasilnya amat jelas dalam masa yang singkat.... Ampoulse ni ada macam-macam jenis mengikut kebaikan yang tersendiri....Macam Intan yang nak masuk 3 series ni... Intan gunakan ampoulse collagen yang ada kelebihan seperti re-hydrates  firm loose and sagging skin. sebagai formula Anti-ageing,moisturizing,dan elastin strengthener...kasi anjal gitu... Harganya biasa dalam RM3.50 sebotol 2ml....Owh korang jangan bandingkan harga salon...memang harga diorang harga mak datuk... Sebotol tu diorang boleh charge puluhan ringgit....  
Macam Intan yang selalu sibuk ni takdelah guna setiap hari gitu... Masa awal-awal guna sebotol setiap hari untuk 3 hari pertama...kemudian guna 4 hari ke seminggu sekali.... Kadang-kadang lupa, macam xsempat la nak menepek kat muka.... Macam satu botol tu kalau rasa banyak sangat boleh je simpan separuh dengan elok untuk keesokkan harinya tapi make sure jangan terdedah dengan kotoran bagai lah..... Ni kira bukan wajib lah...just additional kpd rutin penjagaan kulit di siang hari


LOREAL DOUBLE ESSENCE WHITE PERFECT


Ha... Ni pun tak wajib tapi Intan suka gak pump essence ni kat tangan.. Fungsinya tuk whitening la.. Yang best essence ni cepat absorb dan tak rasa berminyak langsung dan kulit pun semakin flawless gitu.... Hihihi... Seperti ada orang tak suka product yang berasaskan whitening sebab ada bahan yang bersifat menipiskan kulit atau bleaching.... tapi setakat ni Intan tidak punya masalah kerengsangan pada kulit so bermaksud sesuai dengan kulit sawo matangku..... Ha jangan nak cakap kenapa nak putih-putihkan kulit ni...., biasalah zaman dulu-dulu tak jaga kulit akibatnya kusam, gelap, sekarang dah kena jaga...at least untuk kepuasan diri dan Intan akan pastikan kosnya tidak mahal la.... Product ni harganya agak mahal dalam RM30.00 tapi Intan hanya beli bila ada jualan gudang so dapatlah harga RM 20.00




 MOSTURIZER


Ha... Jangan pulak korang gelak... Intan bukan peminat no 1 Siti Nurhaliza tapi Intan suka sangat mosturizer SimplySiti Dermagic.... Mulanya masa nak beli takde konfident langsung sebab tengoklah... produk Intan sume import punya ma.... tapi bila iklan dia cakap hilangkan stress dan membuatkan diri gembira...boleh cuba ni, dah le Intan ni selalu stress dengan kerja banyak, masalah itu masalah ini...hikhikhik....

So tekstur gel ni sangat sejuk dan mudah menyerap... Intan suka sangat tau.... Tapi yang tak bestnya mahal sangat lah...harga promosi pun Intan dapat RM50.00... Tak banyak sangat dalam sekejap pun dah habis.... Kalau ada promosi yang lagi murah boleh beli lagi... Apapun Dermagic ni best, hilang stress?? Benda ni subjektif so terpulang la.... pendapat masing-masing....

UV PROTECTOR
oklah...last sekali uv protector atau sunscreen.... Intan pakai brand cinelle sebab... dipromote oleh promoter kat watson masa nak beli dermagic... SPF 28 memang tak tinggi sebab seperti kata beauty consultant yang Intan pegi tu kalu kita kerja ofis dan buat aktiviti yang tidak extreme tak perlu kandung SPF yang tinggi , Lainlah kalau buat kerja lapangan ke, pergi site, buat kerja ladang memang sunscreen yang lebih tinggi kandungan SPF diperlukan... Selain dari itu walaupun kita tidak mengadap matahari seperti duduk ofis je kita masih perlu pakai sunscreen kerana sinar UV yang memudaratkan ni juga ada pada lampu tempat kita bekerja... So hari-hari kena pakai ok.... 
Produk Cinelle ni ok... tesktur nya lembut mudah menyerap dan bau pun menyenangkan dan tidak berminyak.... Intan suka cuma macam biasa harganya tak begitu murah... Untuk tiub 50ml harganya lbh kurang RM60.00... Tapi yang bestnya kadang-kadang Intan skip mosturizer pun boleh sbb tekstur nya pun macam mosturizer jugak...

Ha.. Panjang lebar pulak cara penjagaan kulit Intan yang tak berapa nak jelita ni.... Tapi ni cuma rutin Intan la... lain orang lain caranya... Macam Intan tak berapa suka nak bermake-up so kena jaga kulit dengan baik lah... Supaya cela-cela tu takde la nampak sangat.....   

Day 8 - Bye-bye Gold Coast we gonna miss u

Assalamualaikum...

Intan nak abis entry Gold Coast tuk hari yang ke 8... Untuk pengetahuan semua, Intan balik dari Surfer Paradise shopping sakan tu... terus mengemas... Memang kami tinggalkan banyak makanan yang tak abis sbb takkan nak bawak balik Malaysia... so baju-baju, barang-barang shopping semua kami packing habis....  Dalam hati memang rasa macam dah over loaded tapi tawakal aje la.... Pukul 4 pagi, kami sudah bersiap untuk meninggalkan apartment.... Sebelum drop off kunci, Intan Buang la sampah yang bersepah kat basement apartment ni... Takmo lah di cop pengotor di negara orang tapi.... Intan terstuck kat pintu nak naik apartment sbb pintu tu autolock, xboleh dibuka dari luar waktu-waktu malam @ pagi.... terpaksa lah tunggu akak, adik turun tuk bukakkan pintu ....

Suasana pagi tu hujan renyai-renyai seakan Gold Coast tak mahu melepaskan kami pergi...hikhikhik... Kami menaiki bas ke Airport.. ha, jangan taktau awal pagi pun bas ade tau.... Masa tu Intan letih lah jugak sebab tak sempat tidur dok packing barang ..... tapi harapnya dalam kapal terbang nanti boleh lah tidur... 

Seperti yang dijangka... berat bagasi kami amat berlebihan... jadi untuk mengelakkan dibayar caj yang tidak munasabah oleh pihak Airasia kami terpaksa membeli bagasi lagi.... Disebabkan waktu penerbangan kami kurang 3 jam... pembelian online tidak dibolehkan so... pihak counter telah membuat perhitungan dengan membenarkan kami beli bagasi 20kg dengan harga AUD40.... Masih terasa mahal sebab harga online sebenarnya RM40 je .... so nak tak nak kenalah bayar jumlah itu.... terbang lagi duit kami RM124.40...


Suasana di pagi-pagi subuh...amat lenggang dan nyaman...kat airport baru kami terima signal wifi...huhuhu...Boleh kalau nak berinternet kat Surfer Paradise pegi je kat mana-mana cyber cafe dalam 2 jam aud1...murah jugak...Cuma kami ni tak teringat nak ke cyber cafe tuk tambah luggage.... Takpelah....lain kali prepare siap-siap k...


Alhamdullilah, perjalanan pulang kami tak ada delay... kami pulang Malaysia dengan hati yang gembira.... dan penat sekali.... jadinya perbelanjaan sudah aud 676 atau RM 2102.36... Tapi tak apa.... ni cuma anggaran perbelanjaan Intan tak termasuk makan dan shopping... so korang kalau budget bawak RM4 ribu ke RM5 ribu pun dah ok tp bersederhanalah... takyah pakai agent, takyah sewa kete, takyah duk hotel 5 bintang, korang masih boleh enjoy the trip.....Kalo datang dengan famili cuba dapatkan apartment ...lagi memudahkan dan menjimatkan, semua serba lengkap... Semoga perjalanan Intan boleh menjadi rujukan.... Mana yang tersilap dan terlepas pandang Intan minta maaf.... 

p/s Intan tak tau kenapa balik dari Gold Coast Intan nampak lebih berisi...huhuhuhu

Wassalam

TAMAT


Cleansing Milk Vs Facial Foam

Seperti yang dijanjikan Intan nak ceritakan sikit pasal Cleansing Milk dan Cleansing Foam (Facial Foam).. Seperti yang Intan ada belajar di salon kecantikan ada 2 jenis pembersih muka iaitu cleasing milk dan facial foam.... Cleansing Milk ini berbentuk gel atau tidak berbuih dan facial foam adalah jenis berbuih....
Ada masa kulit kita tidak sesuai memakai produk jenis berbuih maka bolehlah menggunakan cleansing milk untuk rutin pembersihan harian... Dua produk di bawah adalah produk yang Intan gunakan sampai sekarang...


CINELLE- Caring Milk Cleanser

Gel putih ni bersifat tidak berbuih... Fungsinya adalah membersihkan kulit kita hingga ke pori-pori dalam kulit... Cleansing milk bersifat membersih lebih mendalam dlm kulit muka kita.. atau Deep cleansing Milk Foam... Seperti yang disarankan oleh consultant salon tempat Intan buat facial pakai Cleansing Milk ni sekali sehari iaitu sebelum tidur... Sebelum cuci muka dengan Facial foam...Cuci dulu dengan cleansing Milk... Bila kekotoran kulit dalam pori-pori akan keluar baru cuci dengan facial foam untuk hilangkan kotoran itu pada permukaan kulit.. Jadi kulit akan bersih menyeluruh....

Cara pemakaian dia mudah aja... Tak perlu gosok di tangan sebab gel ini tidak mengeluarkan buih... calit kan dimuka dan urut muka dengan perlahan...kemudian bilas dan teruskan dengan penggunaan facial foam pula....

Kegunaan cleansing foam juga adalah bertindak sebagai make-up remover.... Jadi nak mencuci make-up pun boleh dengan cleansing milk ni....

LOREAL -White Perfect Facial Foam


Intan menjadi pengguna loreal sudah berbelas tahun... Maka kulit Intan amat sesuai dengan Loreal White Perfect... Seperti facial foam biasa, Loreal juga mempunyai bahan yang dikatakan pemutih kulit Melano-Block.... Hasilnya, kulit Intan memang nampak lebih putih secara semulajadi... Setakat ini, Intan tiada masalah dengan agen pemutihan dalam produk Loreal... Bila kita nampak hasil yang baik, maka kita akan suka produk ini sampai bila-bila....

Memang ada sesetengah orang tidak mengemari product yang ada agen pemutih...itu masing-masing punya pendapat ok.... peace 


Buatku di sana - Mafa ft Ronnie


Korang mesti ada tengok drama Seindah Sakura... Lagu OST drama tu tajuknya Buatku di Sana... Intan suka sangat dengar lagu ini... So kita layan sesama ok


Lirik Lagu Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-buatku-di-sana-mafa-ft.html#ixzz1v1tb6OLb





Day 7 : Last Shopping Day Surfer Paradise

Assalamualaikum

Harini Intan nak sambung entry day 7.. Lepas balik dari Wet and Wild kami terus ke Surfer Paradise tuk pekena Ali Kebabs house... Harini kami tidak bercadang tuk masak walaupun barang-barang dapur kami masih ada lagi... Maka dengan itu, kami makan diluar sungguhpun bekalan nasi goreng masih ada kami tetap makan luar.... (yelah hari last... lepas ni pasti rindukan Ali Kebab)


Menunggu fish and chip serta kebabs kami tiba....duduk bersenang-senangan di luar kedai.... Kami kelaparan masa itu.... Tapi takpe tarrra... tu dia makanan kami yang dikongsi bersama...sebab banyak sgt mungkin tak abis ni


Boleh tahan makanan ni wpun tak sehebat masakan Malaysia tapi masih boleh diterima perut dan ususku...wahahahaha.... Kat gold coast ni senang nak cari makanan halal tapi harganya pun boleh tahan... Sepinggan nasi goreng pun boleh jatuh harga RM50 sepinggan bila diconvertkan pada duit kita... So baik kita makan makanan western yang kita jarang makan kat Malaysia... Air kami coke aje lah....


Intan nak inform sesiapa yang memasang hajat nak ke Gold Coast ni... Lokasi Ali Kebabs ni berdekatan dengan sebuah restoran bermasakan Malaysia yang diusahakan oleh rakyat cina dari Malaysia....Golden Legend Seafood Restaurant... Malangnya kami tak singgah sebab memang niat nak makan Ali Kebabs dan selain itu merasakan makanan local malaysian di situ sangat mahal.... owh... korang jangan tanya pasal restoran maharani yang glamer itu....Kami memang tak singgah langsung... Mungkin terikut-ikut dengan bad service yang banyak diperkatakan dalam blog dan forum....


Sebenarnya ada 4 kedai yang kami recommend kat korang tuk beli souvenir tp memandangkan 2 kedai tak sempat nak snap gambar so 2 kedai ajelah... kedai yang xsnap gambar ni terletak berhampiran dengan bus stop ke Seaworld... So kalau dari situ jalan kaki ke centre of Surfer Paradise korang akan nampak kedai itu yang agak berpatutkan harganya... Lebih-lebih lagi fridge magnet yang Intan rasa paling murah kat ctu... Tapi korang sori sgt sebab agaknya teruja sangat dengan barang-barang ctu maka xsempat @ tak teringat nak snap pic tuk korang....

Ok..pic kat atas ni adalah Golden Legend Gems... agaknya sedara mara dgn kedai seafood tu... nama pun lebih kurang sama... So kat sini kami beli banyak jugak souvenir.... Kami  jumpe tokey dia Cina Malaysia .... Baik owner dia ni, ramah sangat...dia cerita dah berpuluh tahun berhijrah kat Gold Coast . Siap bagi kami free gift sbb dia cakap kedai dia memang ramai orang Malaysia datang.... 
Harga pun leh dapat diskaun lagi .... So kitorang agak enjoy lah shopping sini... Owner and wife dia ramah sangat melayan kami... Rasanya beli t'shirt kat sini lebih berbaloi kot...huhu tapi dah terbeli kat kedai lain

Ada lagi satu nama kedai Royal Gift Souvenir... Yang ni pun lupa nak snap gambar...Kedai ni owner dia Cina Sarawak... Dia cakap every year dia akan balik Sarawak especially Chinese New Year.. Harga barang lebih kurang cuma Intan lebih prefer barang dekat Golden Legend Gems lagi...  Intan sambar bulu bebiri sampai 3 keping.... harga lbh kurang duit kita RM300++ satu.... Owner ni ada cakaplah... Pelakon Ziela Jalil ada beli 50 keping bulu bebiri nak buat karpet besar kat rumah dia... Dia lah yang uruskan pembelian tu.... Wah 50 keping luas tu....pasti ongkosnya pun mahal gitu... ..tapi puas hati sebab bulu bebiri buat karpet sangan lembut... cantik pun yer jugak...lepas tu, sebelum kami balik... Cina tu ada juga mintak tolong kami bawa balik beberapa botol madu untuk customer dia kat Malaysia... tapi kitorang ni tak nak masuk campur walaupun ada bayar kat kitorang tapi... brg2 kitorang ni dah over loaded macam lebih muatan je ni


George Gift and Sovenir ni pun berdekatan dengan Legend dan Royal... kedai ni lbh luas dan lebih banyak pilihan tapi owner dia tak lah seramah dua kedai tadi.... Masih manis dengan senyuman.... Korang survey-surveylah kedai yang sesuai dan dapatkan diskaun dengan setiap pembelian ok....

Setelah tangan dah lenguh memegang barang shopping... kami pun pulang apartment dengan hati berbunga-bunga kerana sudah rindukan tanahair tercinta....IT'S PACKING TIME




bye-bye surfer paradise


Day 7 : Wet and Wild Gold Coast


Assalamualaikum....

Sambungan entry Gold Coast untuk hari ke tujuh iaitu hari terakhir untuk berjalan-jalan dan bershopping sakan disebabkan esoknya kami sudah mau pulang... Bagi tidak menghampakan kalian Intan tulis entry Gold Coast Wet and Wild yang ala-ala Waterworld ataupun taman tema air....
Pintu masuk adalah seperti di bawah


Bigest and best?? bagi Intan tak sangat kot sebab.... kami tak enjoy sangat disebabkan air tersangat sejuk... macamana la mat salleh ni boleh tahan dengan air sesejuk ini.... Game yang extreme pun kami tak minat nak main... lebih melayankan si zara yang nak masuk pool tapi gigi dah menggeletar kesejukan tapi nak jugak tu berendam...huhuhuhu

Tengok pic bawah ni... dah rasa sejuk sangat dah ni....Tak lama kemudian hujan pun turun dengan renyai-renyai so kitorang tak adalah bergembira sakan sangat... tapi dari jauh dah boleh nampak... permainan air mereka sangat menarik sebenarnya...

Awan mula menggelap dan menunjukkan hari akan hujan.... Dekat pool mereka ni memang akan ada ombak  macam kat sunway lagoon jugak lah... tetapi yang menariknya para penyelamat akan standby kat tepi tu dalam lebih dari 6 orang kiri dan kanan pool dan berdiri tegak memerhatikan pengunjung... Diorang tak duduk tau... semua berdiri...Hujan-hujan pun masih setia memerhati pengunjung-pengunjung dengan berpakaian putih dan berseluar pendek putih... Kemas aja... Tak macam tempat kita...kadang-kadang safe guard pun berlengging... Yelah, kalau duduk... Apa-apa kecemasan lambat pulak diselamatkan... tapi kalau berdiri terus terjun je....


Yang nak cuci mata amat lah dialu-alukan... macam-macam stail dan fesyen bikini yang korang boleh lihat.... Masa tu Intan terpandang ada satu couple....tapi rasanya bukan couple mayb adik dan abang.... Si abang ni macam terencat sikit tapi si adik perempuan ni jaga si abang dengan baik sangat.... ada masa masa si abang bermandi manda seluar renang dia nak terlondeh cepat-cepat si adik ni tolong .... Dia bawak si abang jalan-jalan... pimpin tangan... Bagus ada adik macam tu, Intan tengok si adik ni takde la enjoy sangat bermandi manda cuma lebih memerhatikan abangnya.... 

Kat atas ni taman tuk si comel... Ada penah sekali Intan saje nak bawak si zara main slide kat sini tetiba ada safe guard menegur Intan.... Tapi dia cakap xjelas, abang ipar pun dengar xjelas sgt apa yang dia cakap so Intan fikir mungkin dia menegur Intan xboleh main kat taman sini sebab tuk si comel sahaja...Intankan dah macam tak berapa si comel sangat kan... Masa tu Intan saja je nak slide sambil memangku zara... xsangka lak kena tegur so Intan angkat zara turun dan keluar dari tempat game tu tetiba safe guard tu tegur balik... Rupanya tadi dia maksudkan Intan boleh slide tapi tak boleh memangku si zara ..... zara kene slide dulu dan baba dia kena sambut kat bawah... ala gelungsur pendek je sebenarnya... huhuhu 
Mungkin demi keselamatan 

Wah ade mamat hensem lak enterprame sebelah Intan sib baik dia pakai short , sopan sikit la kot... kalo tak, Intan pun segan nak tengok pic atas ni

 Pic kat atas ni adalah tempat pengunjung bermain luncur air... Menarik sangat tapi bila hujan game tu ditutup sementara... Kami pun masa tu dah nak bersiap tuk balik sebab dah tak rasa menarik sangat... Sebelum balik Intan dengan girl sesaja naik boyer melalui sungai ... Yang bestnya boyer (pelampung) diorang ni free... bersepah-sepah aje..



Ha... pic atas ni ada gambaran game extreme kat sini... Masa belum hujan lagi terdengar la.. jeritan yang kuat.... macam excited je tapi bila tanyakan pada along and abang ipar mereka pun tak excited sangat... Mood lebih nak shopping dan mengemas tuk packing... tiket flight kami esok awal pagi hokeh....

Sebelum balik, niat dihati nak solat zohor kerana kami risau tak sempat pulang... Bila perhatikan dalam map tiada musholla kat tempat ni maka kami pun bertanyakan pada information counter... Girl yang entertain kami pun tercari-cari gak musholla dalam theme park ni tapi dia pun tak jumpa terus dia masuk office dan bertanyakan pada officer lain.... Akhirnya seorang officer keluar dan menerangkan pada kami tiada surau dikawasan ini.... tetapi yang baiknya.. Mereka sempat menunjukkan satu tempat yang agak sunyi yang boleh kami solat di situ.... Mereka sangat membantu walaupun berlainan bangsa dan agama... sekurang-kurang nya mereka tau musholla tu ape, dan kenapa muslim perlukan prayer room.... 
Abang ipar aku kata tempat yang ditunjukkan tu memang sunyi tapi terbuka dan agak lembap akibat hujan yang turun so kami decide tuk cari prayer room di Surfer Paradise selepas ini.... So bye bye all theme park and bye bye wet N wild

Jelingan manja sebelum meninggalkan taman tema air yang fofular kat Gold coast ni
Oh ya... Intan dah takde buat apa-apa pembayaran kerana semuanya sudah disettlekan so cost masih sama....
                                   

Happy Birthday to Me


Assalamualaikum...


Baru-baru ini, adalah hari jadi Intan yang ke 24.... Isk apsal ada yang sengih tu, korang jeles kan... Apa hadiah harijadi paling bermakna dalam hidup Intan??... Erm... tak ingat pulak... Alhamdullilah kawan-kawan ada yang wish kat fesbuk walaupun Intan takde reminder kat fesbuk tu tapi kawan-kawan still ingat.... Yang penting ikhlas.... Kalau kwn-kawan xingat pun takpe.... biaselah, kita bukan muda lagi nak berbesday bagai.... Sambut birthday? rasanya tak pernah... setakat beli kek makan ramai-ramai adelah... makan bersama famili tapi buat macam kenduri ke party ke tak pernah la pulak

Pernah jugak sekali masa birthday Intan yang lepas-lepas, ada surprise kek tuk Intan... Masa tu nak surprise tak jadi sbb dari luar rumah Intan dah nampak api lilin kek, yelah rumah masa tu gelap gelita...sunyi sepi Intan lak balik kerja lewat malam.... tapi seronoklah masa tu.... 

Kenangan birthday yang tak dapat Intan lupa masa Intan sambut birthday tahun pertama di kolej Mutiara, Wing Kiambang... kami warga junior masa tu sudah tahu tentang tradisi menyimbah air busuk kepada birthday girl dan Intan sedia maklum senior dah standby 2 baldi air busuk tuk simbah kat Intan so.... Intan decide taknak masuk toilet aka wing masa tu... so Intan dari lepas magrib sampai la nak masuk tengah malam dok study kat ground floor kolej..... Taknak kena simbah punya pasal....

Kemudian ... agaknya senior ni dah bosan tunggu Intan lama sangat, sorang tali barut mereka setahun senior dari Intan  turun jumpa dan bgtau Intan suruh naik solat dulu sebab senior2 ni berkumpul di satu bilik tengah makan meggi beramai-ramai.... Ntah macamana Intan termakan kata-kata itu dan merasakan itu masa yang sesuai tuk naik bilik dengan berlarinya Intan masuk toilet dan angkat wudhuk tanpa disedari mereka sudah stanby di dalam toilet beramai-ramai.... dapat simbah sikit terus Intan berlari masuk shower room... Apa lagi dari atas shower tu Intan dimandikan...Tengah malam tu Intan bermandikan air busuk yang maha busuk yang tak dapat dibayangkan.... huhuhu..  Ntah apa la diorang letak dalam baldi ni... sisa-sisa meggi la, serbuk milo, nescafe, air basuh kaki, air bilasan baju, nila baju...... Ya rabbi busuknya..... sampai kena mandi 3 kali sebab tak hilang bau busuk....tambah perfume, sembur-sembur kat badan ni... sume masih berbau busuk

Kemudian Intan kenalah bersihkan toilet yang bersepah dan buang saki baki air busuk tu.... Nasib baik kengkawan ada tolong Intan sama.... Teruk kan senior tu... Masa Intan jadi senior xpernah buat junior macam tu.... Yang lebih memeritkan mastermind nya adalah roomate Intan sendiri.... huhuhu....
Apa-apapun ini kenangan zaman universiti yang tak dapat Intan lupakan kerana Intan sambut birthday dengan cara yang berbeza.....

oklah.... pada kwn-kwn thanks 4 the wishes... Intan xperlukan apa-apa hadiah... Ingatan korang sudah cukup bermakna...... Lot of love



CTM - Asas penjagaan wajah



Assalamualaikum....
Ha.. korang jangan pelik lak ape kejadahnya Intan nak cerita pasal penjagaan kulit wajah ni.... Bukan apa, baru-baru ini Intan menjadi motivator pada adik Intan tentang penjagaan asas wajah.... Takyah cakaplah... korang dulu masa sekolah memang tak mementingkan penjagaan ni kan... lebih-lebih lagi lepas aktiviti ko-kurikulum... dengan berpeluh-peluhnya... balik mandi dan tidur... Memang patut pun kulit jadi gelap, kasar, berminyak dan jerawat pun mula membiak dengan rukun tetangganya dikulit mulus korang tu.... Erm, biasalah masa remaja... Kulit kita sensitif dengan berminyaknya dengan kering amatnya.... Intan pun tak terkecuali... Masa sekolah dulu Intan dikategorikan kulit combination kerana kering seluruh wajah kecuali di kawasan T... yang kawasan T tu dahi dan hidung... memang berminyak, berjerawat halus tapi alhamdullilah.... Sekarang Intan walaupun bukan kategori jelita namun tidak mempunyai masalah kulit muka yang kronik gitu....

Ish... panjang lebar pulak mukadimah, tentang adik Intan ni Si Girl... kulit dia makin lama makin teruk.... Bila dia ajak Intan pegi New York Skin Solution... Time tu Intan dah tak berapa berkenan terus lah memberikan dia motivasi sikit tentang penjagaan kulit.... Korang pegi New York kejadah tu tapi xrajin buat rutin penjagaan kulit pun tak guna jugak.... Percayalah sangat iklan tu.... Ntah berapa ribu model-model iklan tu dah habis duit.... Sebelum korang fikir pendek.... amalkan rutin penjagaan ASAS ni dulu iaitu CTM.... Lepas korang dah surrender nak pegi New York tu pergilah... siapkan duit je la k... Tapi korang jangan pulak rasa kalau pergi masalah dah selesai... Nanti ingat habis RM10 terus beribu-ribu ringgit... Itulah taktik consultant perunding kecantikan, itulah kerja mereka.... 

C - Cleansing (Membersih dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit)
T - Toner (Menyapu toner pada kulit yang sudah dibersihkan)
M- Mosturizer (memakai pelembap)

Cleansing

Membersih muka ni sangat penting dan perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari... Gunakanlah pembersih muka yang sesuai... Tak kira lah jenama mahal atau murah asalkan sesuai dengan kulit kita... Jangan korang pakai sabun dettol ke sabun mandi yang dok sental badan tu.... nnt jerawat lain plak timbul kat muka tu...Lagi satu sabun mandi ni kandungan dia xsesuai tuk kulit nanti kulit akan jadi kering amat..  Pencuci muka ni yang Intan tau ada 2 jenis iaitu jenis buih @ facial foam dan jenis tidak berbuih @ cleansing milk... bagi Intan pakai yang foam tu lagi rasa puas hati kulit kita bersih bila nak pakai.... Nnt Intan buat lagi satu entry tentang cleansing milk vs facial foam.... Harini belajar yang asas je dulu...

Kulit kering - basuh muka 2 kali sehari pagi dan malam
Kulit kombinasi - basuh muka 2 ke 3 kali sehari, mengikut keselesaan korang la...
Kulit berminyak - silalah basuh muka anda selalu... kalo tak, berkilat-kilatlah muka anda tu....

Bagi yang tak tau cara basuh muka ni.... Oklah Intan bagi tau... lembapkan muka dengan air... picit setoet pencuci muka korang dan basahkan dengan air sikit bagi buat buih-buih sikit pastu urut muka korang sambil sapu buih-buih halus kat muka korang.... urut perlahan-lahan sampai u'all puas hati dan bilas.... fuh!!! segarnya

Basuh muka ni bukan saja memberi kesegaran pada kulit wajah korang tapi membersihkan dari debu dan kekotoran.... Jadi jerawat yang berpunca dari persekitaran yang berdebu dan habuk boleh la dielakkan... Tapi Intan tau, cleansing ni memang selalu diamalkan..... sebab rasa pelik pulak mandi, gosok gigi, sabun badan tapi xcuci muka... tak gitu

TONER
Toner ni ramai benar orang suka skip.... macam leceh nak cari kapas nak sental-sental muka gitu... Walawei korang jangan ingat toner ni untuk menyental muka pulak, sapu lembut-lembut pada muka je tau... Kang korang sental macam sental bontot kuali ada merah melecet kulit korang tu.... Kak, toner tu ape? yang saya tau toner printer laser jet adelah... huhu ko ni dik... memang la tu toner jugak tapi yang tu untuk printer yang ni toner yang berbentuk cecair yang bertujuan membersihkan wajah mulus korang tu dari sisa-sisa sabun yang ada kat muka ni.... Memang la tadi dah bilas tapi tak semua sabun buih-buih tu boleh hilang dengan air yek.... So sapukan toner diseluruh wajah. Selain dari tu toner juga boleh membersihkan kotoran dan minyak yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka dan akan mengecilkan liang pori itu...muka pun rasa fresh sesangat. Lagi satu, bila korang sapu toner kat muka nnt akan ada warna coklat ke gelap2 sikit kat cotton tu... nampak sangat kulit korang belum betul-betul bersih walaupun lepas cuci dengan pencuci muka... Sebab tu toner tu penting


Weh, ni wajib tau...lepas cuci dengan pencuci muka mesti toner muka tu.... budak-budak hostel yang maha pemalas memang tak suka toner muka sbb tu kulit korang tak lawa sama lah dengan si Girl ni....


MOSTURIZER


Ha ni satu lagi benda yang penting sangat... Pakai la mosturizer atau pelembap.. Apa-apa brand pun boleh tapi yang sesuai dengan kulit korang tu... Mosturizer ni pun ramai yang malas pakai... Bukan susah pun sapu rata kat muka lepas cuci dan toner muka tu.... Bagi yang kulit berminyak tu, korang pun kena pakai pelembap tau sebab kalau tak pakai, kulit korang lagi nampak berminyak.... Tapi seeloknya yang muka jenis berminyak ni cari produk yang oil free atau water base supaya kurang sikit rasa berminyak masa nak menyapu mosturizer ni...Lagi satu, masa menyapu pelembap ni urut muka dari bawah ke atas pada tulang pipi supaya lama-lama terbentuk la V shape kat muka korang tu. nampak la kurus sikit walaupun korang bukanlah kategori kurus kan....

Kenapa penting pakai pelembap...Kulit muka yang kering tanpa pelembap akan nampak jelas tanda penuaan... Lembapkan kulit dengan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pelembap tu.... Persekitaran sekarang pun tak menentu dengan cuaca yang kering, lembap dan berangin jadi kita dapat melindungi kulit dengan pemakaian pelembap ni.... Kalo boleh bagi adik-adik yang pemalas ni... Carilah pelembap yang ada mengandungi SPF 15 ke 30... Supaya dalam masa yang sama melindungi kulit dari pancaran UV....

Oklah panjang lebar pulak penerangan Intan tentang CTM ni... Tapi korang jangan ingat ni aja tau... Ni baru ASAS penjagaan kulit.... Belum yang krim siangnyer, krim malamnya, mask, serum, ampoulse,scrub, make-up remover, whitening cream, sunscreen, foundation eye treatment, eye mask,.bla bla bla....huhuhu lagi kompleks... lagi korang pening... tapi apa yang penting amalkan dulu rutin CTM ni baru kita pergi ke penjagaan kompleks okey...

Lagi satu pesanan Intan kalo korang tak pasti sesuai dengan produk jenama ape.. Apa kata cuba trial set atau travel set dulu... ala yang botol kecik-kecik tu... kalo sesuai baru beli yang biase punya k.... Akhir kata..... Jangan malas

Intan nak berOnline bisness pulak


Assalamualaikum.... Lamanya tak berblog... Entry Gold Coast pun ade lagi 2 chapter Intan dah letih nak mengarang lagi.. huhu Camna nak jadi blogger la agaknya kan... Tengok blog lain meriah ceria sentiasa update blog mereka.... Intan ni nak dapatkan trafik payahnya.... 

 Sebenarnya antara faktor yang membuatkan Intan malas nak berblog adalah kerana Intan tidak mempunyai laptop persendirian.... Oh dulu memang ada tapi asik kena pau dengan adik-adik jadinya... Sekarang hanya ada iphone persendirian (itupun mahu dipau oleh adik jugak)... Apalah nasib.... kalau tak mo bagi nanti diungkit....oh lupa laptop pertama Intan yang dibeli di PC fair beberapa tahun yang lepas ... konon-kononnya mahu dijual kepada adik tapi yelah bila bertahun-tahun belum dibayar lagi maksudnya dah kira diberilah kan... Takpelah, memang kesal jugak tapi bila fikir untuk adik-adik pejamkan mata dalam hati harap-harap si adik-adik ni ingatlah kat si kakak yang banyak berkorban ni..... bukan asik nak pau duit si kakak aje kekdahnya yer...

Faktor yang kedua.... Mak ayah Intan sudah tau Intan ade blog.... Aduh masak aku.. hehehe maaf mak ayah... im here okey je... so xbolehlah nak masukkan isu sensitif kat dalam blog ni.... Masalah-masalah negara, masalah-masalah politik, masalah-masalah kerja, masalah-masalah personal semua dibann sama sekali... nanti kejap lagi mak ayah Intan akan tanya kenapa, mengapa, siapa... huhuhu jenuh makcik nak jawab..... 


Yang ketiga.... Intan nak stabilkan dulu online bisnes Intan ni.... Erm... memang banyak nak buat... nak create blog tuk bisness ni tak larat lagi ni.... so ape-apa Intan create facebook page tuk Pearlily Boutique as my Online Boutique... Tapi still under construction... Korang like lah yek.... Intan ada mystery gift tuk follower Intann yang bertuah nanti.... Oh Boutique ni usahasama Intan dengan best friend Intan Wawa.... Sebab tu dinamakan Pearl (Mutiara = Kolej kami masa di Uitm) dan Lily (Water Lily @ Kiambang = Wing kami masa di Uitm Segamat dulu ).. Disinilah kami mula-mula bertemu 11 tahun dahulu dalam bilik air....... Oklah masa itu Intan kategorikan wawa ni  si anak manja aka anak orang kaya.....sebab first impression lah...mana taknya first time jumpa dia merungut basuh kain .. katanya kat rumah dia, maid yang buatkan semua ...huhuhu... Tapi akhirnya kami jadi best friend forever.. 

Haip panjang pulak entry ni.... Nak citer pasal online bisner tercerita pasal kenapa tak update blog... Tapi apa yang penting, Intan akan updatekan jugak blog ini dari semasa ke semasa.... 


Ayam kukus mushroom shiitake

Lamanya tak berblog, rasa malas pulak... Tapi bila bosan2 boleh je nk berblog kan.... Paling kurang, boleh kongsi apa2 yg patut...

Oklah, nk share satu resipi yg amat sedap ni.... Kisahnya, supplier aiskrim walls la yg Intan tegur badan dia turun mendadak.... Dah selim melim dari boroi dulu.... Dia cakap dia diet makanan..... Sesekali pergi ke gym exercise... Dia lah yg cerita pasal ayam kukus cendawan.... Sebab, dia suka makan dan mengenyangkan serta kurang carb.... Selain itu, dia dah 3 bulan berhenti makan nasi.... Apapun hasilnya amat berbaloi bila tengok badan dia bukan takat hilang boroi tapi makin berotot.... Huhuhu

Kita berdiet ni bukan sekadar nak nmpak menarik dan cantik tapi mengelakkan penyakit dan memudahkan tugas juga... Yelah, badan berat mmg malas nak buat itu ini.....

RESIPI AYAM KUKUS CENDAWAN SHIITAKE

Bahan2 nya
Ayam bahagian dada dibasuh bersih dan dibuang kulitnya
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 cm halia di potong 3
Lada sulah
Garam / serbuk stok ayam
4 butang cendawan shiitake

Ayam di hiris kasar, gonyohkan ayam dengan halia... dan dilumurkan dengan garam dan bawang putih.... Tabur black pepper
Cendawan direndam hingga kembang dan diletakkan di atas dan tepi ayam... Halia yg masih ada di letakkan di dalam pinggan yang sama... Kukus selama 1 jam....

Resipi ni mmg xpki minyak tp nnt minyak dari ayam akan keluar semasa mengukus.... Nk makanan sihat kenalah buang minyak tu ya... Walaupun minyak tu nmpk Yummy... Boleh juga lumurkan minyak bijan selepas mengukus tp Intan mmg nk elakkan guna minyak untuk menu sihat ni.... Owh ya, Intan gantikan garam dengan serbuk stok ayam sebab dah habis rupanya garam kat rumah ni. Lagi satu sila buangkan kulit ayam ya.... Kang makin bertambah lemak di badan...

Intan nak minta maaf sebab takde pic.... apapun Slmt mencuba...

QR code.. Aku dah ade.. Kau hader....???


Assalamualaikum...
Apa khabar semua... Harini Intan bizi sesangat... badan pun dah letih koyok panaflex dah tertampal kat belakang ni.... lenguh bahu punya pasal tapi Intan sempat nak memikirkan idea untuk post ini...  Oh .. jangan peduli dengan tajuk ala kebudak-budakan di atas... saje nak memvariasikan blog yang mula bersarang ni...

Apa itu QR code??
QR code ialah ringkasan untuk 'Quick Response Code' yang mana code-code ini boleh diterjemahkan dengan cepat dan mudah dengan menggunakan iphone atau android...pendek kata smartphone korang yang canggih tu.... Aplikasi Qr code ini memang ade kat android market so install je la.... 

Hagak-hagak yang kat atas ni QR code sape yek... hihi...if korang nak create Qr code korang pun boleh.. So dah hade fon canggih takkan buat baling anjing je kot.... Rugi korang tak cuba sesuatu yang menyeronokkan dengan create QR code sendiri.... ada juga yang menyatakan QR code bakal menukar sistem barcode yang ade sekarang...kita tunggu dan lihat sajalah 

Jom mentuakan (ayat sembrono) dan menggemukkan gambar

Assalamualaikum.....

Harini Intan saje je nak mengetest application oldify dengan fattify pada iphone ni... jadi apa-apa pic kat fon ni mesti nak test...hehehe... harap-harap model-model Intan jangan marah yek... Just for fun... Kenapa pic Intan xde yek... mesti lah xleh...nanti ada yang termuntah lak tengok Intan ni...hikhikhik..
apapun layan pic kat bawah:

Model : Muhammad  Helmi
Hobi   : fotografi

OLDIFY



Model : Afiqah 
Hobi   : Bermain Wii Party

FATIFY

oklah... apa-apapun semua for fun only... 


Hot Yili Balo Chilli Review


Assalamualaikum....
Harini saja je Intan nak kasi review salah satu gel slimming yang Intan ada kat meja solek Intan ni.... Beli Yilli Balo Body Slimming ni takde la mahal... Masa tu ada offer dapat lah beli RM10 setiub dan free Shower gel kecik je...Tahap kepanasan biasa aje la, hangat-hangat sikit... pakai pun waktu tidur dan kadang-kadang lepas mandi pagi. Tak tau la kalau orang lain rasa panas sangat mungkin kulit Intan ni tebal kot.... 
Intan cuba amalkan sapu gel ni sebelum tidur dan pakai bengkung untuk dapatkan body ala-ala jam pasir gitu... berkesan ke...setakat ni belum lagi la sebab memang dah lama beli tapi tak displin pulak memakainya.... ni tengah cuba la ni...
Sempena bulan Mei yang mendatang ni... Intan akan cuba mendisplinkan diri hihihi....


Product ni dari china... ada orang rasa panas yang menyengat tapi Intan tak rasa panas sangat macam berangin-angin pun ade jugak... tapi gel nya tidak melekit... Overall, memang suka pakai sebab malam-malam yang dingin rasa perut tu berangin-angin dan hangat sedikit jadi tidur jadi lena.... Kalau Intan dah berjaya kurangkan cm perut dan peha ni nanti, intan akan inform okey

daa


Majedda Bryani Ujung Pasir Melaka

Salam korang,
Korang suka makan nasi beriani tak? Kalo tanya intan jwpannya 'TAK SUKA'... memang Intan tak suka, beriani ke, nasi Arab ke memang tak suka... Intan lebih suka makan Chicken McDeluxe Big Set... hehehe.
Teringat dulu masa family Intan buat open house catering nasi bryani ni sikit pun Intan tak makan sebab memang xsuka.....Tapi suatu hari, Intan termakan kat restoren Majedda ni. Terus jatuh cinta dengan nasi bryani... Korang tengok pic bawah ni menyelerakan tak...


Kat sini ada banyak pilihan daging ke ayam ke kambing ke... Macam Intan suka ayam goreng... tapi korang nak masak kurmak ke, masak merah ke, tanam ke ape-ape lah... boleh je. So entri ni just nak inform... salah satu restoren yg buatkan intan suka makan nasi bryani.... Lokasi dekat Ujung Pasir Melaka berhadapan dengan Hotel Angsana...(bekas bangunan kpdnkk)








PDB Pra-Selection Program


Assalamualaikum....
Intan ni baru balik dari Kursus pra-selection Program untuk jadi usahawan minyak... Alhamdullilah semuanya ok dan rasa happy sangat dah berakhir program ni... Dianjurkan dekat Pusat latihan PDB dan tempat tu sangat selesa sangat... Makanan pun boleh buat kita gemuk hehehe... sedap la katakan....
Sebenarnya intipati program itu adalah rahsia dan jadual pun tidak diberikan dan apa yang intan boleh katakan menguji persiapan diri kita secara mentally... so perahlah otak sehabisnya.... pada yang biasa dengan dunia perniagaan rasanya tak memberikan masalah besar sangat.....Barisan panel pun ok.... memang banyak memberi idea dan pendorong untuk kita lebih maju.

Doakan intan lulus ke stage yang berikutnya... Kenangan intan kat sana memang banyak dan seronok dapat jumpa kenalan baru dari sarawak, utara dan pantai timur...
Ok... sampai sini dulu