Lamanya tak berblog, rasa malas pulak... Tapi bila bosan2 boleh je nk berblog kan.... Paling kurang, boleh kongsi apa2 yg patut...
Oklah, nk share satu resipi yg amat sedap ni.... Kisahnya, supplier aiskrim walls la yg Intan tegur badan dia turun mendadak.... Dah selim melim dari boroi dulu.... Dia cakap dia diet makanan..... Sesekali pergi ke gym exercise... Dia lah yg cerita pasal ayam kukus cendawan.... Sebab, dia suka makan dan mengenyangkan serta kurang carb.... Selain itu, dia dah 3 bulan berhenti makan nasi.... Apapun hasilnya amat berbaloi bila tengok badan dia bukan takat hilang boroi tapi makin berotot.... Huhuhu
Kita berdiet ni bukan sekadar nak nmpak menarik dan cantik tapi mengelakkan penyakit dan memudahkan tugas juga... Yelah, badan berat mmg malas nak buat itu ini.....
RESIPI AYAM KUKUS CENDAWAN SHIITAKE
Bahan2 nya
Ayam bahagian dada dibasuh bersih dan dibuang kulitnya
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 cm halia di potong 3
Lada sulah
Garam / serbuk stok ayam
4 butang cendawan shiitake
Ayam di hiris kasar, gonyohkan ayam dengan halia... dan dilumurkan dengan garam dan bawang putih.... Tabur black pepper
Cendawan direndam hingga kembang dan diletakkan di atas dan tepi ayam... Halia yg masih ada di letakkan di dalam pinggan yang sama... Kukus selama 1 jam....
Resipi ni mmg xpki minyak tp nnt minyak dari ayam akan keluar semasa mengukus.... Nk makanan sihat kenalah buang minyak tu ya... Walaupun minyak tu nmpk Yummy... Boleh juga lumurkan minyak bijan selepas mengukus tp Intan mmg nk elakkan guna minyak untuk menu sihat ni.... Owh ya, Intan gantikan garam dengan serbuk stok ayam sebab dah habis rupanya garam kat rumah ni. Lagi satu sila buangkan kulit ayam ya.... Kang makin bertambah lemak di badan...
Intan nak minta maaf sebab takde pic.... apapun Slmt mencuba...
0 comment:
Catat Ulasan