Apa yang ada dalam fail ittinerary itu adalah
1 bording pass kami berlima (return)
2 kupon-kupon free gift/discount yang diprint melalui internet
3 apartment reservation statement (SANTANA HOLIDAY RESORT)
4 passport dan eta (visa)
5 tiket Currumbine Wildlife Sanctuary (yang dibeli awal sbb murah aud19)
6 Bus route, schedule and fare
Nak diikutkan aku xde la buat ittenarary betul-betul sebab kami spend masa 1 hari untuk satu aktiviti...jadi tak kirelah hari yang mana pun.....
Contoh aktiviti yang kitorang nak pergi ialah
1. Bersiar2 n shopping di Surfer paradise, harbourtown, pacific fair
2. Wet and wild ( taman tema air)
3. Movieworld ( taman tema warner movies)
4. Seaworld ( taman tema haiwan laut)
5. Currumbine wildlife sanctuary (zoo)
6. Dreamworld (taman tema keluarga yang paling hebat)
Ni adalah perkara wajib, kalo sempat teringin gak berjalan je brisbane naik train, ke robina centre tempat shooping tapi apakan daya cume seminggu aje kami di sane.....
Tentang pengangkutan di sana pulak kami hanya nak naik bas awam.... Yang kami rasa, sgt efficient... Memang ada gak rancang nak sewa kete tapi bile fikir kan harganya kete mmg murah tapi petrol nak kene isi dan fikir gak kalo if something happen ( accident) kat sane teruk gak kene nanti... So play safe naik bus dan menggunakan kaedah go card ( macam touch n go tapi ade discount)....
selain dari itu kami persiapkan makanan yang banyak dengan harapan tak kebulur lah..... Contoh makanan ialah seperti berikut
Kami juga membawa bekal tuk dibawa ke taman tema dan tempat tumpuan ramai... kerana sudah survey harga makanan memang sangat mahal dan kite pun tak pasti makanan tu halal ke tak walaupun dia ada tanda halal kan.... tapi perlu diingat tidak semua barang makanan boleh dibawa dan dilepaskan oleh pihak immigresen australia jadi kat sini kita perlu elakkan bawa makanan seperti
1 telur @ keluaran telur
2 susu @ keluaran tenusu
3 benih dan kekacang
4 daging tanpa tin
5 sayur-sayuran dan buahan
6 dan sebagainya
Jadi bila nak beli makanan tuk dibawa jangan lupa tengok ingredient pada label makanan tu.... keluaran susu contoh macam minuman milo 3in1, nesvita ke coklat pun tak boleh k... tetapi kelonggaran membawa susu tepung bayi kepada tourist yang ada bawak baby.....
Sekarang aku nak kira kos preparation aku saje (yang sudah dikeluarkan sebelum berangkat)
1 tiket flight pergi balik RM849.00 (kakak aku dpt lg murah cehh!!!)
2 tiket apartment tuk 7 hari (katakan sehari rm200 tuk 4 org sorang RM350.00
3 eta dibuat di utas travel (lagi murah dari korang buat online aud20) RM10.00
4 Belian tiket Zoo (Currumbin) aud19 so RM59.09 kalo harga biasa aud41
Selebihnya banyak dibeli masa di sana... so totalnya hanya rm1268.09
Eta tu Electronic Travel Authority system... untuk ke Australia kita tak panggil visa kerana australia adalah negara Commonwealth seperti kita. Senang citer kalo korang guna travel agent diorang akan siapkan eta tu so kalo korang travel sendiri secara free and easy korang boleh mintak tolong agent terpilih untuk buatkan dan salinan eta tu kepilkan dalam passport korang.... Kalau nak buat online pun boleh tapi biasanya mahal....eta ni sesuai untuk holiday short visit yang valid 12 bulan dan stay 3 bulan paling lana setiap kali datang 3
oklah rate masa aku tukar duit ialah aud1:rm3.11 memang dinasihatkan kalo
nak tukar duit siap2 la tukar dimalaysia... mahal jugakkan... huhuhu pokai aku....
ok nanti kite sambung