Sebagai seorang manusia yang hidup dalam dunia aku sendiri tak salah aku keluar dari tempurung ni.. Melihat cara manusia mengekspressi emosi dan pemikiran dalam penulisan. Kadang-kala rasa ketinggalan zaman bila mendapati aku seakan ditakuk lama bila berblog.. Aku ada idea tapi belum mampu nak menginterpretasikannya.. Ya, aku jauh ketinggalan. Tapi tak salah aku menjadi diri sendiri.
Kalaulah aku diberi peluang mempelajari semua tu alangkah bagusnya.. Mempelajari sesuatu yang bukan bidang aku sendiri dan sesuatu yang memberi kepuasan sesuatu yang aku impikan. Tapi mungkin benda ni pun tak perlu dipelajari hanya jika aku pandai explore.. tapi aku tak tau betul ke tak. Yang aku tahu aku sendiri langsung tak tahu menahu pasal semua ni. Dan nak explore ape pun aku sendiri tak tahu. Ini lah dikatakan buta teknologi. Mungkin dulu aku berada di zaman kegelapan di mana segala2nya adalah tidak penting.

Kita bukakan saluran penafasan mangsa dengan mendongakkan kepala mangsa. supaya lidah tak bercantum dgn rahang dan membuatkan salur penafasan mangsa tertutup.
Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama





