RSS

2008 Europe diaries..

From semut-gorgon.blogspot.com. Im happy to be a part of the expedition


BAB PERTAMA : Di mana segalanya bermula....

PART 2: SELAMAT TINGGAL MALAYSIA

Part Three: The Ever FABULOUS Crib of Miss AP

Part 4: Dah Jetlag Pun Nak Gi KEUKENHOFF Ke?

PARTE CINQ: Paris... Paris... Hilton? Not!!!

PART 6 - Huwa.... Patah kaki!!!

Part VII : DO YOU SPEAK ENGLISH? a.k.a parle vous Anglais?

Acht kwarts a.k.a Part 8. - The Hancingss & Drunken Master (D.M)....

La Partie Neuf (9): Au Revoir and Welcome!

Part 10: Another Warga Semut di Kota London?!!

Part 11: Sex And The City semut style!

Part 12: Why do they call it Change of Guards when its actually a marching band playing some funky songs?

Part 13: The One With the Overnite Bus, Midnite Ferry and Some Interesting People In Between..

PART 14 - BRUSSUUULSSS, WILLY WONKA and kembali ke sarang SEMUT....

Part XV: Welcome to the XXX Parade in Naughty Amsterdam!

Part 16: Ap's Den Haag on a cold windy rainy spring morning..

Den Haag Part 2

Finale : The One With Lori Ayam - What a perfect ending to a wonderful journey..

Selamat Tinggal 2008

Agak lama tak menulis di sini bukan lah terlalu sibuk cuma rasanya tak ada topik yang seronok untuk dikongsi. Entri berbentuk peribadi ni kdg2 rasa mcm syok sendiri tapi mungkin tak mengapa kalau sekali sekala.. Tetiba teringin tuk menjengah 2009 setelah 2008 hampir ke penghujungnya. 2008 terlalu banyak perkara yang patut dikenang atau dilupakan. Rasanya banyak yang sedih dari yang menggembirakan. Tapi bila imbas balik rasanya ada sesetengah perkara patut dijadikan teladan dalam hidup.
Pengembaraan saya ke bumi eropah sesuatu yang tak mungkin dapat dilupakan. Tak terdetik akan tiba di sana namun bersyukur ia antara saat2 yang paling terindah dalam hidup. Dari segi pekerjaan sama sahaja.. tak ada yang menarik masih mempunyai mungkin bebenan kerja meningkat saban hari... gaji atau elaun pun tak ada yang meningkat, walaupun harga barang meningkat. Tahun ni jugak kuasa membeli tu lebih banyak, buktinya tengok bil kad kredit je la... Pernah sebulan tu sampai RM 4k.. Jenuh nk bayar tu.
Awal bulan Jun bermulalah pergerakan harga minyak dari naik, turun, turun, turun bla..bla..bla.. tak suka citer pasal ni tapi ianya lebih kepada menyedihkan walaupun sepatutnya saya orang yang gembira tentang berita tentang ini...
Dalam perhubungan ada off dan on nya. Putus kasih pun tahun ini jugak tapi bila dikenang balik sepatutnya ianya tak perlu dimulakan dan ianya bagaikan satu kesilapan. Satu kesilapan besar yang sebenarnya patut disedari. Namun begitu pertemuan dengan seseorang yang tak disangka2 menjadikannya sesuatu yang terlalu indah. Semoga keindahannya berpanjangan hingga ke 2009 seperti yang diharapkan.
Hari jadi saya pula tak ada sambut apa2.. cuma ia jadi manis kerana makan malam dengan seseorang yang amat disegani dan permulaan satu kisah yang menarik antara kami.
Mungkin banyak lagi perkara sedih yang menjadikan 2008 lebih menyedihkan tapi banyak perkara dah lupa. Kadang2 betul jugak, Buat apa nak diingatkan. Pastikan 2009 penuh dengan kejutan dan sesuatu yang menggembirakan. Saya seperti mana org lain suka merancang tapi Allah yang menentukan. Insyallah semoga bersinarlah 2009 dalam diari diri saya.

Mengapa saya resah harga minyak turun...

Esok Harga minyak kini turun lagi. Kali ini RM0.10 dan sejak ia dinaikkan sebanyak RM2.70 penurunan berperingkat ini buat saya resah dan gundah gulana . Saya bukan tak suka harga minyak murah kerana saya sendiri memiliki kereta dan memerlukan hampir RM200 ke RM300 sebulan untuk kos minyak sahaja dan saya juga pengguna seperti anda. Perbezaan dulu dan kini amat ketara, jika dulu harga minyak naik semua orang berpusu2 memenuhkan tangki kereta sehinggakan jalanraya menjadi sesak. Walaupun tepat 12.00 malam masih lagi ada kenderaan beratur panjang menunggu giliran. Dulu juga bila bila pertama kali minyak turun harga pula keadaan kalut masih sama, pelanggan yang hadir melahirkan rasa gembira dan stesen minyak agak lenggang kerana ramai pelanggan mengawal penggunaan minyak mereka untuk mengisinya keesokkan hari. Ya, ramai juga yang melahirkan rasa gembira atas penurunan harga ini seperti saya. Dan kebelakangan ini harga turun lagi dan lagi keadaan macam tak sehebat dulu. Orang ramai sudah tak heran, suratkhabar pun bukan lagi front page besar tentang berita ini. Kalau turun, turun la. tapi beli tetap sama. seolah tiada apa2 yang berlaku. saya memerhati keadaan ini sejak dulu. Persoalannya kenapa saya resah??

Stok yang tinggi dalam tangki terpaksa dijual murah lebih dari harga kos dari Syarikat Pengeluar Minyak
Ini adalah kerana saya akan mengalami kerugian yang besar tak termasuk kos minyak yang hilang (bertukar menjadi wap) 1% dari jumlah liter sebenar. Cuba bayangkan setiap liter yang dijual kita bukan dapat untung tapi rugi. Bermaksud ini bukanlah tujuan bisnes yang sebenar.

Bukankah Masa harga naik untung berlipat ganda?
Saya tak nafikan memang SEPATUTNYA apabila harga minyak naik kami akan mendapat keuntungan yang lebih besar contohnya apabila kenaikan awal bulan Jun iaitu RM0.78 sen seliter. tapi perlu diingat masa pengumuman harga naik stesen minyak mana yang lengang . Mungkin yang lenggang tu adalah kerana stok minyak dah habis. Saya sendiri mendapat jualan 4 kali ganda lebih tinggi dari biasa dimana stok minyak saya juga hampir kekeringan. Masa itu apa yang saya boleh buat? Menutup stsen minyak kah atau menghad kan pembelian pelanggan kah..... alamatnya pegawai KPDNHEP akan datang menyaman. Maaf ya saudara saudari minyak petrol dan diesel adalah bahan kawalan jangan buat sesuka hati. silap2 haribulan boleh didenda RM100k dan diminta pelbagai macam surat tunjuk sebab bla..bla..bla... dan last skali termination (tak perlulah kau fikir tentang bisnes lagi)

Pengusaha stesen minyak adalah "kaya" takkan hal ini pun berkira
Kadang-kadang kita perlu faham bisnes ini adalah berisiko (sangat berisiko) . memang semua bisnes berisiko tapi "kaya" tu tidak perlulah dikategorikan kepada semua pengusaha stesen minyak. Kami menanggung kos operasi yang tinggi. huhuhu. Jika anda melalui jalan highway ataupun kota-kota metropolitan yang terdapat berdirinya gah stesen minyak yang besar dan berduyun2 kenderaan mengisi tangki mereka.. Ya, mereka adalah "kaya" kerana jualan mereka adalah berkali ganda banyaknya. Tapi bagi pengusaha yang jualannya adalah average seperti di kawasan taman2 kampung2 atau bukan dilaluan utama mereka perlu capai target agar pelbagai kos sampingan yang ditanggung tidak melebihi untung kasar yang diperolehi. Disini mereka akan diberi tekanan oleh syarikat pengeluar minyak untuk melipat gandakan lagi jualan. Mungkin satu ketika dahulu semasa kekurangan stesen minyak dan harga petrol adalah RM1.20, boleh dikategorikan semua pengusaha stesen minyak adalah "kaya" tapi masa sekarang sudah tak relevan lagi. Hasil daripada penurunan harga sebanyak 6 kali sebelum ini saya sudah kerugian hampir RM70k untuk kedua-dua stesen minyak yang dikendalikan

Cadangan2 peribadi saya
1. Kerajaan perlu mengumumkan penurunan harga minyak lebih awal agar pengusaha boleh merangka persiapan dan mengawal stok agar kerugian tidaklah sampai berpuluh2 atau beratus2 ribu. Secara tidak langsung pesanan dapat diselenggara agar masalah kekeringan tidak berlaku. Syarikat Pengeluar minyak juga perlu memberi kebebasan 100% kpd pengusaha menentukan pesanan minyak yang perlu diterima kerana kami membayarnya dgn cash bukan hutang ya..

2. Pihak kerajaan dan Syarikat Pengeluar Minyak perlu membantu pengusaha dengan membayar ganti rugi sekurang-kurangnya 50% daripada kerugian yang diterima bermaksud apabila petrol dan diesel adalah bahan kawalan peranan kerajaan dan Syarikat Pengusaha Minyak amat dititikberatkan dan mereka tak perlulah "lepas tangan"

3. Kerajaan perlu memikirkan satu kaedah menetapkan harga lantai bagi bahan terkawal ini agar tiada lagi penurunan berperingkat yang sering berlaku tatkala ingin pilihanraya atau lain2 . Kita punya ramai penganalisis ekonomi yang hebat, bila satu harga lantai yang sesuai digunapakai sebarang keuntungan lagi dari penurunan harga minyak mentah dunia boleh disalurkan ke dana kepenggunaan yang lain seperti tepung, beras dan keperluan lain yg dapat dinikmati oleh rakyat yang mampu dan yang tak mampu memakai kereta

Mungkin entri ini akan disalah tafsirkan. Saya bukan tak suka kerajaan menurunkan harga minyak tapi amat gembira sebenarnya dan sekiranya ia hadiah untuk rakyat jangan sampai ada rakyat lain yang tertindas atas berita gembira ini. Diingatkan saya bukan anti kerajaan mahupun anti pembangkang cuma Ini juga adalah pandangan peribadi saya andai tersilap fakta harap diperbetulkan.

Seni Mempertahankan Diri dan Wanita

Terdapat berbagai jenis seni mempertahankan diri samada silat yang sinonim dengan masyarakat melayu mahupun karate, wushu dan sebagainya. Mempelajari seni ini dikatakan bonus untuk mempertahankan diri dari musibah jenayah di kalangan kita. Wajarkah wanita mempelajari seni ini sedangkan wanita sering dikaitkan dengan budi pekerti dan sopan-santun yang mengambarkan keistimewaan seorang wanita berbanding lelaki..

1. Mempertahankan diri dari jenayah
Tidak dinafikan wanita sering menjadi sasaran penjenayah kerana dianggap "lemah" terutama melibatkan kes rogol dan samun. Sekiranya wanita mempelajari seni ini barangkali dapat mengelak perkara tak diingini seperti tersebut berlaku

2. Pilihan pasangan yang disukai
Ya atau tak wanita yang mempunyai ilmu ini dianggap bonus untuk pasangannya. Bukan apa, bila ditinggalkan kerana outstation ke ape ke taklah si lelaki ni risau Kerana tahu si wanita mampu menjaga dirinya. (tapi tak bermaksud si wanita perlu ditinggalkan selalu ya)

3. Dilatih menjadi disiplin
Mempelajari seni mempertahankan diri memerlukan daya disiplin yang tinggi. Dari situ kita dapat melatih diri menjadi seorang yang disiplin. wanita yang mempunyai disiplin yang baik akan disenangi dan selalu berfikiran positif.

tak semestinya seorang lelaki perlu mencari pasangan yang tahu dan mempelajari seni mempertahankan diri tapi andai ada ia dikira bonus. Isu-isu jenayah yang meningkat saban hari kadang kala memerlukan kita mempelajari serba sedikit cara mempertahankan diri. Tak rugi sebenarnya

Intan... (Ice Breaking)

Kepada pembaca terima kasih kerana sudi membaca blog yang baru bertatih ini. Sekarang baru saya ingin memperkenalkan diri ini setelah sebulan lebih memblog. Saya ialah Intan (bukan nama sebenar) ialah seorang yang hidup dalam dunianya sendiri.

Hidup dalam keluarga sederhana yang cukup serba serbinya saya amat bersyukur. Saya sangat sensitif mungkin sebab itu mudah tersentuh dengan apa2 perkara. Kadang-kadang mampu mengalir air mata tatkala dimarahi ayahanda. Bapa saya seorang yang tegas dan saya bersyukur kerana itu saya masih menjadi manusia yang boleh diharapkan sehingga ke saat ini.

Keluarga...keluarga... sekarang masih menetap bersama keluarga kerana saya menguruskan perniagaan keluarga dan sampai bila tu belum lagi dapat dipastikan. Ini juga bermaksud saya masih bujang dan sudah bergiat dalam bidang bisnes selama 2 tahun lebih. Ya.. saya sebati dengan bisnes ini dan jemu tatkala melihat orang lain makan gaji terasa ingin bekerja sebegitu juga

Bekas pelajar UiTM dalam bisnes admin and Finance selama 5 tahun utk pengajian diploma dan degree. Saya belum berminat menyambung ke master. Zaman student benar2 berbeza dengan sekarang dan nasihat saya pada student2 yang ada sekarang jangan mempersiakan masa anda kerana itu lah zaman yang paling menyeronokkan bagi saya.

Bidang penulisan sesuatu yang asing bagi saya kerana terus-terang saya katakan yang saya bukanlah ulat buku. Yang paling hebat dlm penulisan Mungkin zaman persekolahan saya dulu dimana karangan saya selalu menjadi contoh dan dibacakan kepada rakan2 sekelas oleh guru bahasa melayu saya. (masa tu kelas saya ialah terdiri 87% pelajar cina, 1% pelajar india dan selebihnya melayu termasuk saya) itu adalah cerita 8 tahun yang lalu..

Saya punyai ramai kenalan tapi saya lebih suka bersendirian mungkin batasan kerja dan perkara yang begitu merisaukan saya ialah sikap pelupa saya yang kadang2 menjadi2 sehinggakan pelanggan2 menyapa dan memanggil nama saya dan saya akan menjawab sapaan dengan sopan sambil tertanya2 dalam hati siapakah orang yang mengenali diriku ini?

Kepada sesiapa yang menyinggah di sini. Saya masih baru dan terima kasih sudi meluangkan masa disini....

Kekeringan stok

Hari ini (Isnin) seperti biasa....Kerja dan kerja, segalanya normal. Menjangkakan jika hari ini mesyuarat berkenaan penurunan harga petrol so malam nanti mesti suasana sunyi sepi. Customer akan menunggu esok hari untuk mengisi minyak kereta mereka. Sehinggakan pukul 5 petang tiada tanda2 akan mengalami penurunan harga ini.. Mungkin minggu depan. Bentak hatiku yang agak sukar mengawal stok tatkala kerajaan ingin menurun kan harga bahan itu.



Aku gusar juga memandangkan hari ini (Selasa) menerima pesanan stok yang banyak kerana mengawalnya semalam. kalau tak terima alamatnya kekeringanlah.. Banyak pihak kena diberi jawapan berkenaan masalah kekeringan ini. Namun apa yang yang menyedihkan berita penurunan harga minyak ini diumumkan hari ini. hari yang aku terima bekalan stok.

Apa la nasib... tp apapun aku bersyukur punya kehidupan sebegini alhamdulillah

Keluarlah dari tempurungmu

Dengan satu matlamat mengubah hidupku dan kehidupanku di bawah tempung kelapa aku memulakan impian baru keluar dari tempurung tu. Aku tak nafikan kehidupan aku di dalam tempurung tu terlalu banyak aku kecapi aku punyai segalanya. Aku di kira mewahlah. tapi aku ingin keluar dari stigma "anak ayah" yang acapkali kedangaran persis herdikan dan perlian. Hari ini, dengan langkah baru aku keluar kota ni.. Aku bersama MaBeL kesayanganku menyusur ke Batu Berendam dan kali ini kami akan ke Sg. Udang... Kenapa perlu ke Sg Udang kerana di situ tempat yang aku belum sampai lagi secara solo.. Dan di situ terdapat satu tempat yang satu2nya tempat yang aku ingin jejaki dlm daerah Melaka ini
Walaupun dengan keadaan agak gusar takut perkara tak diingini berlaku seperti sesat dan kemalangan (seperti yang pernah terjadi 3 tahun lepas semasa aku memandu sendirian) aku menyusuri highway baru dan terus menyusur ke arah mengikut firasatku berpandu pada sign board. Aku tiba tempat itu, aku nampak tempat itu dan aku gembira sungguhpun dari luar aku dikira sampai ke tempat yang aku tujui itu. Insyallah bila tiba masanya 1 daripada 5 pintu gerbangnya akan terbuka untukku. Tanpa merehatkan MaBeL aku terus berlalu meninggalkan kawasan itu dan terdapat kampung terpencil dan mengikut arah tuju benak hatiku.. Ya, aku gusar kerana aku berada di kawasan asing.. Tapi hati ini semakin lega tatkala aku melihat pantai yang tenang dan dipesisirnya berlari2 anak2 kecil dan berduyun2 keluarga beristirehat sempena cuti sekolah.
Alhamdulillah aku tak sesat.
Pengajaran Hari ini ialah aku berani keluar dari tempurungku, Ya, aku melakukan satu perkara baru dalam hidupku... Mungkin bagi orang lain tahu betapa kolotnya aku Terima kasih MaBeL kerana menemaniku sepanjang perjalanan bermakna ini. dan aku yakin kini aku dalam proses merubah kehidupanku untuk berfikiran terbuka dan lebih berani
mungkin antara kita berfikir hanya itu sahajakah yang mampu aku mampu dilakukan untuk menghilangkan stigma "anak ayah" tapi sebenarnya ia terlalu bermakna buat aku yang selama ini hidup dalam duniaku sendiri. Dan seperti aku katakan tadi ini adalah satu proses dan proses2 yang lain akan menyusul. Mungkin ia masih belum boleh dikatakan "mengubah hidup" tapi aku akan jadi lebih berani meneruskan proses2 yang lain.