RSS

Keluarlah dari tempurungmu

Dengan satu matlamat mengubah hidupku dan kehidupanku di bawah tempung kelapa aku memulakan impian baru keluar dari tempurung tu. Aku tak nafikan kehidupan aku di dalam tempurung tu terlalu banyak aku kecapi aku punyai segalanya. Aku di kira mewahlah. tapi aku ingin keluar dari stigma "anak ayah" yang acapkali kedangaran persis herdikan dan perlian. Hari ini, dengan langkah baru aku keluar kota ni.. Aku bersama MaBeL kesayanganku menyusur ke Batu Berendam dan kali ini kami akan ke Sg. Udang... Kenapa perlu ke Sg Udang kerana di situ tempat yang aku belum sampai lagi secara solo.. Dan di situ terdapat satu tempat yang satu2nya tempat yang aku ingin jejaki dlm daerah Melaka ini
Walaupun dengan keadaan agak gusar takut perkara tak diingini berlaku seperti sesat dan kemalangan (seperti yang pernah terjadi 3 tahun lepas semasa aku memandu sendirian) aku menyusuri highway baru dan terus menyusur ke arah mengikut firasatku berpandu pada sign board. Aku tiba tempat itu, aku nampak tempat itu dan aku gembira sungguhpun dari luar aku dikira sampai ke tempat yang aku tujui itu. Insyallah bila tiba masanya 1 daripada 5 pintu gerbangnya akan terbuka untukku. Tanpa merehatkan MaBeL aku terus berlalu meninggalkan kawasan itu dan terdapat kampung terpencil dan mengikut arah tuju benak hatiku.. Ya, aku gusar kerana aku berada di kawasan asing.. Tapi hati ini semakin lega tatkala aku melihat pantai yang tenang dan dipesisirnya berlari2 anak2 kecil dan berduyun2 keluarga beristirehat sempena cuti sekolah.
Alhamdulillah aku tak sesat.
Pengajaran Hari ini ialah aku berani keluar dari tempurungku, Ya, aku melakukan satu perkara baru dalam hidupku... Mungkin bagi orang lain tahu betapa kolotnya aku Terima kasih MaBeL kerana menemaniku sepanjang perjalanan bermakna ini. dan aku yakin kini aku dalam proses merubah kehidupanku untuk berfikiran terbuka dan lebih berani
mungkin antara kita berfikir hanya itu sahajakah yang mampu aku mampu dilakukan untuk menghilangkan stigma "anak ayah" tapi sebenarnya ia terlalu bermakna buat aku yang selama ini hidup dalam duniaku sendiri. Dan seperti aku katakan tadi ini adalah satu proses dan proses2 yang lain akan menyusul. Mungkin ia masih belum boleh dikatakan "mengubah hidup" tapi aku akan jadi lebih berani meneruskan proses2 yang lain.

3 comment:

Tanpa Nama berkata...

Cik Zulaiha aka intan, awak patut lebih berani dari itu. Mungkin keluar dari Melaka bukan setakat ke Sg. Udang. Plan smthing and feel free to organize it. u r better in management so what r u waiting for.

Intan berkata...

Siapa agaknya awak ya? apapun saya sedang merangka satu rancangan awal tahun depan. Harap2 segalanya berjalan lancar.

Siti_Isma berkata...

Kdg2 isma pn cm intn gak. nk buat sesuatu tp tkt akibat yg bakal tjadi