RSS

Most delicious macaroni and cheese


Salam 1 malaysia,
Hehe... Saje ni nk postkan entry pendek ni tentang macaroni & cheese.... Da byk kali survey da byk kali carik kat restoran ... At last, mac n cheese SECRET RECIPE jugek yg terbaik.... Korang boleh try mmg mabeles... Kalo pukul 12tgh-3ptg ade combo mac n cheese dan ais lemon tea berharga RM15.00.... Ok la sikit kalo ala carte lg mahal.... Skrg ni da rindu balik nk mkn.... Nyummm nyumm.. Pic dia atas ialah mac & cheese versi SECRET RECIPE Sogo KL... dan pic di bawah ialah versi Tesco Cheng Melaka..... Kalo ade mac n cheese yang lebih yummy dari ini please inform me asap k... i must try... hehehehe


p/s aku dari dulu smpi skrg nak buat mac & cheese mesti xjadi... huhuh bukan pakar masak la gamaknyer pakar merasa dan mengomen masakan orang jek.....

Keganasan Rumahtangga

masalah ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang wanita malang... SITI sebagai sesama umat hanya dapat menbantu dengan memberi buah fikiran dan bantuan pada yang punya hak..... perbualan ini diolah sedikit....

SITI - Assalamualaikum... Puan Nani, nama saya siti.... saya difahamkan akak memerlukan sokongan untuk mendapatkan rumah kerajaan orang miskin di kampung ******

KAK NANI - Ye benar, terima kasih la puan kerana sudi hubungi saya, masalah saya dah berlarutan 7 bulan... saya sekarang mengandung anak ke 3.. saya takut tak ada tempat berteduh selepas melahirkan anak saya nanti

SITI - saya ingin jelaskan pada akak, saya bukanlah pegawai kerajaan yang menguruskan rumah itu dan bukan lah sesiapa cuma saya ingin beritahu akak pandangan dan nasihat agar memudahkan akak mendapat rumah itu

KAK NANI - tak apalah Puan, saya selepas dihalau keluar oleh suami.... saya nekad tuk hidup sendiri.... Saya tak tahu macamana nak berhubung dgn pegawai berkenaan permohonan saya ini... sekarang saya tinggal dirumah mak sedara tapi saya kalau boleh tak mahu menyusahkan dia kerana dia pun dah tua

SITI- akak panggil saya Siti saja... Begini rumah orang miskin kampung itu hanya untuk ibu tunggal, warga emas dan rakyat miskin yang tidak berkemampuan namun kes akak adalah berbeza... akak masih punya suami yang berpendapatan walaupun suami tidak menghiraukan akak namun permohonan ini masih tidak kukuh... saya menasihatkan akak pergi ke Jabatan Kemiskinan Bandar untuk akak peroleh surat menyatakan situasi kehidupan akak agar boleh menjadi sokongan mendapatkan ruma tersebut.... Pihak jabatan akan mensoal siasat tentang kes dan masalah akak dan memberi kaunseling dan mengeluarkan surat jika kes akak benar-benar kukuh

KAK NANI - Puan... kes penceraian akak akan didengar di mahkamah bulan 5 tahun depan nanti.... Akak berharap sangat suami dapat lepaskan akak dan anak-anak akak dapat jaga serta dapat hidup aman dengan anak-anak dirumah itu.... tapi akak risau sistem perundangan syariah tidak berpihak pada akak.....

SITI - Seperti yang saya peroleh dari kes akak.... sepatutnya akak perlu buat laporan polis berkenaan akak dikurung dan dipukul agar kes itu mudah diselesaikan.... atas alasan suami tidak berkemampuan dan tidak peri kemanusiaan. Kenapa akak tidak membuat laporan... Adakah akak diugut suami.... jika ada membuat laporan polis kes akan diselesaikan dengan mudah. dan setakat ini sistem perundangan syariah negara masih boleh diharap

KAK NANI - akak ada buat satu laporan polis berkenaan suami pukul dan terajang sehingga akak lebam-lebam dan pecah mulut dan muka namun apa yang lebih menyedihkan polis hanya memasukkan suami dalam lokap semalam sahaja.... sepatutnya seminggu... jadi akak rasa kalau akak buat laporan polis lagi benda yang sama akan jadi... suami seakan kebal kerana banyak kabel dikalangan polis-polis...... Semalam, akak ada jumpa suami dan kami bergaduh kepala akak benjol dan badan jatuh ke belakang diterajang suami... tangan akak pula terkena pisau..... patut ke akak buat laporan polis??? Kandungan akak mula sakit dan ada pendarahan sedikit.... Akak rasa jika kandungan akak gugur dia mesti dipersalahkan kerana doktor yang merawat akak suruh akak buat laporan polis jika pendarahan akak tidak berhenti selama seminggu ini

SITI - kalau begitu akak boleh buat laporan polis... sekiranya apa-apa terjadi pada kandungan akak, suami akak kene bertanggungjawab.... Akak fikirlah yang terbaik.... Apa yang saya boleh bantu ialah sekiranya akak membuat laporan polis, akak boleh buat laporan sekali lagi sekiranya terjadi keraguan tidak munasabah seperti tiada tindakan apa-apa oleh polis, atau tindakan tidak munasabah diterima oleh suami dari pihak polis.... dan saya akan bantu dengan membawa kes akak ke peringkat lebih tinggi untuk disiasat pegawai polis atasan.... Berbalik kepada urusan rumah, akak boleh dapatkan surat mengesahkan bahawa akak adalah kurang mampu dan salinan dokumen serta permohonan boleh akak simpan... Pekerja saya akan datang jumpa akak untuk mengambilnya... Insyallah saya akan bantu mana yang termampu.....

KAK NANI - Terima kasih siti... macamana akak nak hubungi siti...

SITI - saya nak akak uruskan apa yang patut terlebih dahulu... boleh dapatkan bantuan dari jabatan kemiskinan bandar... mereka akan diberitahu tetang kehadiran akak untuk mendapatkan surat tersebut dan seterusnya saya akan menghantar permohonan akak sekali lagi beserta sokongan penuh dari saya.... agar akak peroleh rumah tersebut secepat mungkin.... Sekiranya akak didatangi dan dikasari oleh suami.... saya mencadangkan akak membuat laporan polis..... saya bantu akak ikhlas, sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan... saya hubungi akak bukan atas arahan sesiapa..... Saya akan hubungi akak bila urusan kaunseling dan surat sokongan dikeluarkan..... Bila urusan rumah selesai saya akan bantu akak mendapatkan wang ehsan kerajaan negeri kepada rakyat tidak berkemampuan.... baiklah akak, saya kene pergi dahulu.... Kita sebagai wanita jangan terlalu gantung hidup pada lelaki.... kita kene berdikari sedikit sebanyak...... ya.

KAK NANI - terima kasih Puan, terima kasih banyak-banyak...
Hanya Allah yang dapat membalas nya...

SITI - terima Kasih. Assalamualaikum

Kesimpulannya ialah... jangan lah berdiam diri bila diri dianiaya.... Kalau cinta dan kasih si suami tak akan menyakiti walau sedikit pun hati isterinya... sediakan payung sebelum hujan... kumpul harta untuk diri sendiri sebagai bekalan jika berlakunya kes-kes yang sedemikian. dalam kes Kak Nani (bukan nama sebenar)... Dia adalah surirumah isteri ke 2 seorang peniaga.... perkahwinan atas dasar cinta selama 12 tahun akhirnya berakhir dengan pukul terajang..... sudahlah dibuang keluarga kini dihalau suami. anak-anak pula suami kurung supaya tidak dapat berjumpa emaknya..... dalam hal sebegini rujuklah jabatan pembangunan wanita dan jabatan kebajikan... Insyallah mereka boleh membantu...

Kemalangan (part 3)


Lamanya nak tau sambungan part 3 ni.... almaklum lah sibuk dengan kerja, urusan dgn lawyer, urusan bercuti...ekekekekek.... dah nak masuk 2 bulan mabel kat toyota servis apa khabar la agaknya...... Gambar hiasan dari en wiki diatas menunjukkan aku nak citer pasal urusan aku dgn polis trafik.....

oklah kawan-kawan, sekiranya anda terlibat dengan kemalangan apa yang anda perlu buat ialah
1. Keluar dari kenderaan anda dengan segera.....
2. Kalau boleh capai barangan berharga capai la... tapi kalo dah kelam kabut dan tergamam selamat kan diri lebih-lebih lagi keadaan yang berbahaya seperti tangki minyak bocor dan sebagainya
3. Tenangkan diri dan hubungi tow truck untuk menarik kenderaan anda....
4. Pastikan kenderaan anda dibawa ke balai polis dan anda juga boleh membuat repot kemalangan di balai polis unit trafik (perlu diingatkan report perlu dibuat 24jam dari masa kejadian kecuali kes-kes terkecuali spt anda @ mangsa cedera parah
5. Polis akan mengambil gambar kenderaan anda dan baru lah kenderaan anda itu boleh dibawa ke mekanik atau pusat baikpulih kereta....
6. Sekiranya anda adalah mangsa iaitu akemalangan berpunca dari kenderaan lain... pihak insuran kereta yang melanggar anda akan menanggung kos baikpulih kereta anda dan jika anda yang bersalah pihak insuran kereta anda yang menanggungnya pluss anda juga disaman oleh pilak polis sebanyak RM300.00
7. jangan lupa sepanjang masa kereta anda dibaiki anda boleh memohon 'wang pampasan' kepada pihak insuran si pelanggar kerana ketiadaan kereta menyukarkan anda menjalani kehidupan seharian (kes anda adalah mangsa)

Dalam kes mabel ... yer tow truck itu menghantar mabel ke pusat toyota sebelum ke balai polis dan yer aku dimarahi oleh polis kerana tidak menghantar mabel ke balai polis dulu... aku hanya jawab 'encik, saya bukannya eksident setiap hari, mana la saya tau' memang agak kurang hajar di situ tetapi aku benggang la cara pegawai polis itu memarahi aku.....kemudian dia marah aku sebab lambat buat report sedangkan belum cukup 24jam lagi.... aku ni keje, bukannya goyang kaki sepanjang masa jadi tak perlu lah nak marah-marah sebab bende tu.... (ok kemalangan tu terjadi pukul 9 pagi dan aku buat report pukul 8 malam...rasenya baru 11 jam) dan lepas tu en. polis tu asik menggugut kereta aku mungkin tak dapat dicover oleh insuran.... nak aje aku cakap, aku pun ada banyak duit nak betulkan kete aku sendiri... tapi aku sabar je la, dengan pegawai kerajaan yang hanya suke menekan rakyat jelata yang baikhati seperti aku ini..... sebelum dia membebel lebih panjang aku just cakap... kalau tak ade apa-apa yang lebih penting, saya nak balik dulu.... then aku terus blahh....

Pegawai polis itu juga cakap yang aku seharusnya disaman walaupun aku tidak melanggar kenderaan lain tapi disebabkan balai polis daerah itu belum menggenakan saman atas kes aku jadinya aku terlepas...... Nak aje aku cakap, cukup-cukuplah menakutkan aku dgn saman-saman bagai.... aku xheran dgn semua tu... Kau keje aku ikut prosedur.... kereta kene langgar, kalo ko marah-marah pun bukannya kereta tu elok sendiri....

Sebenarnya ni kali kedua aku masuk balai polis atas kemalangan mabel dan kali pertama memang aku makan hati dgn cara polis soal siasat aku (padahal masa tu aku tak bersalah= aku dilanggar). bila kali kedua ni aku jadi lebih berani ..... Bagi aku boleh soal siasat tapi kita ada budi bahasa tutur bicara..... Bukannya polis tu yang kene bayar kos repair kete aku... dia cuma ambil report sahaja..... tak perlu la berlebih-lebih yer

Gold Coast day 1 (KL-GC)

Aku sudah selamat tiba di bilik no 30 SANTANA RESORT HOLIDAY semasa entry ini ditulis perjalanan selama 8 jam tidak terasa kerana aku TIDURRRRR.... huhuhu..... Aku bertolak ke putrajaya dari melaka pukul 10pagi dan lbh kurang pukul 7.30mlm baru ke lcct....

Tengok mata pun tau aku amat letih dan mengantuk. huhuhu

Memang penat sgt lbh2 lagi aku sakit tekak jadinya aku asik mkn gula2 fisherman friends dan lbh kurang 5 sudu ubat batuk.... Kesan dari itu aku jd mamai, melayang dan tidur..... Sedar dr tidur, aku tidur balik.... Airpott gc takde la besar pun immigresen memang ketat seperti yg dikatakan. Habis beg kitorang dicheck.... Nak diikutkan mmg makanan tak boleh bwk kat australia Tp kitorang bawak jugak... Akhirnya beberapa paket 3 in 1 nesvita dan 2 kotak campbell mushroom soup dirampas... Mmg ade guide lines ttg makanan. Cth dairy food xleh msk. Alasan yg diberi dlm mushroom soup kitorang ade ingredient new kind of protein.... Lepas tu siap bagitahu product malaysia xboleh, product singapore ke indonesia ke boleh... Hampeh tol... Tapi mujur lah anjing kecil yang berlegar2 dikawasan immigresen itu tidak mengejar beg kitorang... Walaupun comel haku tetap tak suke anjing2 ituw.....

Setelah selesai urusan immigresen kami menaiki bas translink ke SANTANA HOLIDAY RESORT. macam kedek sgt kan naik bas melancong tapi korang jgn tak tau... Bas situ memang sgt convenience.... Bas airport siap ada rack for bag.... Tambang pulak aud 6.90..... Lepas ni kitorang akan ke surfer paradise untuk mencari 7 eleven bagi mendapatkan go card.... Sejenis kad yang macam touch n go tetapi memberi diskaun 15% dari harga single ticket. Berbaloi sangat kn... Sepanjang seminggu kat gc ni aku menggunakan sebanyak aud65 sahaja...


Naik bas bayar single tiket pada driver atau touch aje kat terminat go card, lepas tu cakap dengan driver nama hotel/apartment kita. Driver sini memang ramah, macam pemandu pelancong kiri kanan sume dia bagi information dengan mikrofon... so best sgt naik bas awam sini


Bas awam terdapat special bag rack... best kan

Berbalik pada surfer paradise pencarian Ali baba kebab menuju jalan buntu... Akhirnya makan kebab di theo's kebab... Review "tak sedap".... Selain dari itu kita jugs ke woolworth pasaraya mcm tesco tp kecil sikit, yang terletak di banggunan centro surfer paradise sbb nk cari brg2 dapur. Seperti bawang, susu, telur, marjerin dan sebagainya... Harga memang murah la tapi kalo korang convert ke RM memang la korang akan ckp mahal.... Kite berjalan2 sekitar surfer dan melihat gelagat org ramai dan pelancong2 asing....


Pantai surfer paradise


Jalan-jalan surfer paradise

Pencarian kedai travel agent jepun yang dikatakan abang iparku menjual theme park ticket dengan harga murah menemui kejayaan.... JTV TRAVEL... yang terletak tidak jauh dari cavill avenue... Nak diikutkan harga memang murah sikit.... So kite berjaya merembat ticket dreamworld dengan harga aud67 instead of aud80.... Kami pulang ke apartment dgn hati riang....



Apa yang menarik kat kedai JTV ini ialah signboard assalamualaikum dalam tulisan arab/jawi... dan juga dalam pelbagai bahasa dan tulisan. Kalau perasan dalam kedai itu ade mesin mcm atm kecil tp tu bukan atm tau.. Ia adalah mesin menjual theme park dan pelbagai tiket tempat menarik sekitar gold coast ini... menarik kan.... kat luar bilik receptionist apartment kami pun ade mesin ini jugak....

Perkiraan estimate kos untuk hari pertama kami membeli go card dan juga keseluruhan topup nya - aud65 (aud40 hari pertama dan aud20 hari keenam dan aud5 adalah emergency topup). kami ke JTL Travel beli tiket Dreamworld- aud 67 dan seterusnya kami ke woolworth tuk beli barangan dapur sampingan seperti roti, telur, margerin, bawang, buah-buahan dala lebih kurang aud 60 (estimate keseluruhan untuk kegunaan seminggu) bahagi 4 orang aud15

Jadi keseluruhan kos untuk hari ke pertama ialah aud147. Dicampur kesemuanya (preparation 1268.09 (aud408) ialah aud555 perbelanjaan setakat itu

Gold coast- SANTANA HOLIDAY RESORT (special part 1)


Salam 1 Malaysia,
Hehe mcm pembaca berita pulak... Harini nak review pasal apartment kitorang kt gold coast. Santana apartment, bilik kitorg no 30 tingkat 3 ok... Terletak kt area broadbeach surfer paradise, aku rasa complete sgt apartment ni rasa mcm rumah sendiri....


Apartment kami ini mempunyai 1 bilik, 1 toilet, complete dapur, television, meja dining dan sesuai untuk pelancong seramai 4 orang dewasa kerana ada sofa bed. Nak kata luas tak la tapi memang lengkap terutama dapurnya. Seperti yg aku part yg lepas, aku cerita tentang kepentingan dapur kerana kami masak tuk makan dan bawak bekal.

Mula2 aku mcm ragu sikit, sebab yelah negara mat salleh mana makan nasi mcm kite ni... Ada gak terfikir nk bwk rice cooker dr mesia, tapi batalkan niat sbb rice cooker kitorg bukannyer kecik nak bwk naik airasia bagai... Huhuhu tapi alhamdulliah sebijik rice cooker disediakan... Tak sangka sgt tau. Selain dari tu segala mak nenek peralatan dapur pun ade pelbagai saiz pisau, pinggan mangkuk, microwave, fridge, dishwasher, sehinggakan mesin pengadun kek pun ade ( sempat ke nk buat kek bagai... Huhuhu) segalanya complete.... Alhamdullilah


Setiap bilik apartment memang ade balcony/ courtyard untuk menikmati permandangan indah lebih- lebih lagi di waktu pagi.Nyaman amat tau... Tak bawa pakaian yang cukup jangan risau mesin basuh dan pengering nya juga disediakan ..... Basuh la baju sebanyak mana..... Dan kalo renyuk gosok lah dengan iron dan board iron yang disediakan.... Serba lengkap



Television lak lengkap dengan siaran movie dan juga intisari rancangan nya... tak silap ade 3 channel movie movie one, movie great dan movie extra... banyak gak movie best peneman sebelum tidur almaklum kami tidur di sofa bed yang mengadap tv... walau bagaimanapun channel sukan dan cartoon serta series drama pun ade.....





Apa kesimpulannya apartment kami seminggu ini sudah lengkap sangat la dan selesa tuk kami berempat harga pun takde la mahal kalau tgk websitenyer satu malam boleh jatuh kurang aud100.... kalau nak lagi murah boleh contact aku k.

Nak citer tentang hotel outdoor facilities memang ok sesangat dari segi kebersihan ataupun keselamatan. heated pool, spa, games room, receptionist yang ramah sangat.... Kalau nak tanya apa-apa boleh je jumpe anthony and racquel diorang ni husband and wife menguruskan resort apartment ni.... memang ramah sedia membantu....Sesampai aje aku kat hotel ni macam-macam brochure aku dapat supaya aku dapat menikmati percutian yang terancang..... kalau nak beli theme park atau any attaraction ticket pun boleh... so takde lah kelam kabut kalo tak prepare ape-ape pun...



Bangunan putih yang macam gereja depan tu adalah restaurant korea..... memang mengadap gold coast highway... so kalo naik bas nak ke bus stand lintas je tunggu depan restoren ni.... kalau nak ke jalan menghala surfer paradise boleh tunggu bas kat depan station shell....if ade sewa kereta... parking pun provided kat garage bertutup bawah tanah... safety sesangat....

oklah.. sampai sini dulu... nantikan entry aku yang seterusnya and enjoy the pix...... daa

Mukadimah preparation GC trip


Salam.... Xsampai 2 minggu lagi aku akan ke Gold Coast... Yeay yeay... So akan aku cerita complete preparation dan costnyer sume skali... Fail dibwh ini adalah ittinerary aku...lengkap boarding flight pass


Apa yang ada dalam fail ittinerary itu adalah
1 bording pass kami berlima (return)
2 kupon-kupon free gift/discount yang diprint melalui internet
3 apartment reservation statement (SANTANA HOLIDAY RESORT)
4 passport dan eta (visa)
5 tiket Currumbine Wildlife Sanctuary (yang dibeli awal sbb murah aud19)
6 Bus route, schedule and fare

Nak diikutkan aku xde la buat ittenarary betul-betul sebab kami spend masa 1 hari untuk satu aktiviti...jadi tak kirelah hari yang mana pun.....

Contoh aktiviti yang kitorang nak pergi ialah
1. Bersiar2 n shopping di Surfer paradise, harbourtown, pacific fair
2. Wet and wild ( taman tema air)
3. Movieworld ( taman tema warner movies)
4. Seaworld ( taman tema haiwan laut)
5. Currumbine wildlife sanctuary (zoo)
6. Dreamworld (taman tema keluarga yang paling hebat)

Ni adalah perkara wajib, kalo sempat teringin gak berjalan je brisbane naik train, ke robina centre tempat shooping tapi apakan daya cume seminggu aje kami di sane.....

Tentang pengangkutan di sana pulak kami hanya nak naik bas awam.... Yang kami rasa, sgt efficient... Memang ada gak rancang nak sewa kete tapi bile fikir kan harganya kete mmg murah tapi petrol nak kene isi dan fikir gak kalo if something happen ( accident) kat sane teruk gak kene nanti... So play safe naik bus dan menggunakan kaedah go card ( macam touch n go tapi ade discount)....
selain dari itu kami persiapkan makanan yang banyak dengan harapan tak kebulur lah..... Contoh makanan ialah seperti berikut


Kami juga membawa bekal tuk dibawa ke taman tema dan tempat tumpuan ramai... kerana sudah survey harga makanan memang sangat mahal dan kite pun tak pasti makanan tu halal ke tak walaupun dia ada tanda halal kan.... tapi perlu diingat tidak semua barang makanan boleh dibawa dan dilepaskan oleh pihak immigresen australia jadi kat sini kita perlu elakkan bawa makanan seperti
1 telur @ keluaran telur
2 susu @ keluaran tenusu
3 benih dan kekacang
4 daging tanpa tin
5 sayur-sayuran dan buahan
6 dan sebagainya

Jadi bila nak beli makanan tuk dibawa jangan lupa tengok ingredient pada label makanan tu.... keluaran susu contoh macam minuman milo 3in1, nesvita ke coklat pun tak boleh k... tetapi kelonggaran membawa susu tepung bayi kepada tourist yang ada bawak baby.....

Sekarang aku nak kira kos preparation aku saje (yang sudah dikeluarkan sebelum berangkat)
1 tiket flight pergi balik RM849.00 (kakak aku dpt lg murah cehh!!!)
2 tiket apartment tuk 7 hari (katakan sehari rm200 tuk 4 org sorang RM350.00
3 eta dibuat di utas travel (lagi murah dari korang buat online aud20) RM10.00
4 Belian tiket Zoo (Currumbin) aud19 so RM59.09 kalo harga biasa aud41
Selebihnya banyak dibeli masa di sana... so totalnya hanya rm1268.09

Eta tu Electronic Travel Authority system... untuk ke Australia kita tak panggil visa kerana australia adalah negara Commonwealth seperti kita. Senang citer kalo korang guna travel agent diorang akan siapkan eta tu so kalo korang travel sendiri secara free and easy korang boleh mintak tolong agent terpilih untuk buatkan dan salinan eta tu kepilkan dalam passport korang.... Kalau nak buat online pun boleh tapi biasanya mahal....eta ni sesuai untuk holiday short visit yang valid 12 bulan dan stay 3 bulan paling lana setiap kali datang 3

oklah rate masa aku tukar duit ialah aud1:rm3.11 memang dinasihatkan kalo
nak tukar duit siap2 la tukar dimalaysia... mahal jugakkan... huhuhu pokai aku....

ok nanti kite sambung

Kemalangan (part 2)

Sambungan dari cerita yang lepas.....

Setelah aku menghubungi pihak Toyota servis Centre mereka menghantarkan tow truck untuk membawa mabel ke pusat mereka... Tow truck skrg dah xmcm dulu... Lori tu angkat kereta menggunakan mesin dan sepenuhnya dinaikkan diatas lori... Bukan mengheret kenderaan kita.... Ape yg aku tahu tow truck yg menheret kenderaan itu akan menyebabkan sistem suspension kenderaan kita mudah rosak... Jadi elakkan okey... Bawah ni ada gambar towing jenis seret dan towing yg mabel gunaka

Kemalangan (part 1)


Inilah nasib mabel di hari yang tak berapa nak indah.... Hujan lebat.... Cuaca yang xberapa nak elok, diselekoh yang tajam... Keadaan jalan yang licin...

Aku dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja... Walaupun hujan lebat aku tetap perlu ke tempat kerja.... Apa yang aku tau aku bwk slow je sbb jalan pun licin... Hujan belum pun belum reda....

Tiba- tiba stereng terpusing ke kanan 360• dgn sendirinya... Aku pun kalut la... Aku balas balik streng tu dan terus menghentam longkang dan besi penghalang jalan.... Syukur alhamdullilah aku tak ape2 cume bila masuk longkang keadaan kereta aku senget dan seat driver terjunam menyebabkan aku susah nak keluar dari kereta.... Mujur ada abg polis yang baik hati dan hensem dtg menarik aku keluar... Dlm hati berharap "jangan la terdetik di hatinya, betapa beratnya aku...huhuhu" seterusnya aku sambung di part ke2.... Sori aku da nak tidur...

Apepun layankan pic kemalangan ini... Pic di ambil di selekoh merbahaya Jalan Ayer Keroh Lama

Si kucing berkongsi meja mkn




assalamualaikum
Comel tak pic atas ni... seekor kucing yang nyenyak tidur disebelah kerusi aku... kucing zaman sekarang tak takut orang lebih-lebih lagi orang tu bagi dia makanan...... bulu kucing ni lembut, aku agak mesti tuan kedai makan punya kucing dan paling best dia xkacau kita makan.... duduk sebelah kerusi aku takde pun dia mengiaow... cume berdiri sambil anak mata tertumpu pada sudu suapan aku di mulutku ..... bila aku bagi makan sikit dia duduk diam-diam yang terus tertidur... ada 2 ekor kucing yang lain berada berhampiran tapi tak de pun berebut-rebut ... bagus tuan kedai ini mendisplin kan kucingnya...... geram plak aku rasa nak peluk je kucing tu tapi almaklumlah tengah makan .... so aku biarkan kucing oren itu tidur....




kucing juga adalah makhluk tuhan seperti kita... jangan lakita berbuat berbuat kejam... menyeksa binatang-binatang ini... tiada salahnya kita memperlahankan kereta jika ada kucing atau anjing melintas.... kita langgar binatang ini juga seoleh-olah mengambil satu nyawa.... mahluk allah jagalah ia walaupun binatang ini bukan kepunyaan kita...... lebih terharu berita baru-baru ini di pusat jagaan kucing Petknode Petaling Jaya kucing dimana 16 kucing mati@ lebih atas sikap sambil lewa pemilik premis jagaan kucing ni... kalau xmampu nak jaga tak perlu nak terima kucing-kucing tersebut.... andaikata kucing-kucing itu dibiarkan mencari makanan sendiri pun mereka boleh cari dengan merayau-rayau tapi bile dibiarkan berkurung mereka tak boleh berbuat apa-apa...... sedih sangat... semoga pemilik premis tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya

Introducing my family


Ok.... Sebenarnya post harini cume nk testing blogger for iphone.... Menggunakan camera on da spot dan pic yang aku hamik ni pic family yg terlekat di dinding rumah... Famili intan terdiri drpd haku, mak, ayah, seorang kakak, 2 org adik lelaki, 3 org adik perempuan, seorg abg ipar, dan seorang anak buah. Pic bwh skali tu yg latest... Have fun

Thanksss apple thankss google



Salam sume.... Akhirnya google menyediakan iphone apps tuk blogger. Omg aku amat la gumbira dan mmg dah lama menantikan application ini. Lebih membestkan suasana ianya adalah FREE.. hehe. Thanks to blogspot, google and apple




PROMOSI PETRONAS MESRA SEPTEMBER 2011


Nak ikutkan aku... takyah letak kot promosi menang ni sebab due date dia lagi 3 hari tapi xpelah sebab aku suke tengok family cartoon dlm perodua alza tu kasi up sikit contest ni

Air-air botol besar dari permanis ni (aka geng pepsi) kira murah la jugak sbb harga biase convienient store dlm RM3.80 ke rm4.00


Barangan Jacker & super ring lak dari company Oriental Food Marketing... biase produk-produk berasakan kentang berharga RM3.00. yang ni kire murah la jugak. lapas tu super ring free lak....









Hai terlewat sedikit tuk review Mesra promotion September..... dah lewat sikit entri ni tapi layankan je la. Maklumat lanjut boleh ke www.mymesra.com.my


PETRONAS Dagangan Berhad


SALAM AIDILFITRI


kalo intro je dah gambar ketupat maha banyaknya bermaksud aku terus skip dari puasa ...aka xde post tentang puasa la... xsempat almaklumlah ramadhan ni aku teramat la bizi... dan raya idaklah bermaksud aku free bizi tetap bizi cuma aku terlalu banyak sgt kerja so nk release aku buat la post tuk hari ni.....

Intan xde pic sendiri ke sempena raya..... ade cume malas nak upload... entri ni cume nk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kawan-kawan. Maaf zahir batin yek... walaupun sudah raya ke 12 tapi xsalah kan.... lambat sikit je pun... raya kan sebulan....

erm... raya ni tentatif nya macam biasa raya dikampung parit pinang seribu lepas tu balik melaka dan keesokka harinya beraya ditempat kerja dan seterusnya begitu la..... takde ape-ape yang istimewa.....
oklah semoga bertemu dientri yang berikutnya.. daaa