


yet another storytelling blog





Dikesempatan tu jugak aku sempat bertemu rakan sekolah yang 8 tahun tak jumpa Lizawati bersama suaminya di Gombak. Melawatnya adalah satu idea yang pernah aku janjikan kerana keinginan bertemu rakan lama amat aku nantikan. Tapi alhamdulliah aku sampai juga ke rumahnya. Melawat anak comelnya juga bernama Iza,(gambar kiri) . Setelah itu aku bersama kakak aku sibuk ke area pudu untuk melihat idea2 kreatif kad undangan perkahwinan yang terbaru dan unik, tapi macam biasalah semuanya masih dalam peringkat survey2 walaupun lagi 4 bulan sahaja majlis akan berlangsung. Tapi sume tu bukan masalah aku.. huhuhu dan kemudian aku bersiar2 di kota metropolitan bersama lulu dan wawa dan terserempak dgn shira di sogo... Hehehe sebelum tu aku dah shooping sakan dulu...
Yelah mereka agak lewat tiba di tempat yang dituju dan aku pulak tak segan silu berbelanja di situ. Bukan selalu aku boleh shopping di kl nih memandangkan aku pun terlalu busy dan jarang punya kesempatan so aku redah sajalah. Takat shooping kat Melaka tak banyak pilihan lebih2 lagi Sogo tengah sale masa tu tapi Mungkin aku nampak mcm traveller yang membondong beg galas ke mana2 sahaja. Tapi aku peduli ape... Menunggu wawa dan lulu sejam tak terasa tatkala aku sibuk memilih pakaian dan kelengkapan yang tak berapa penting sebenarnya untuk aku, Kemudian kami bertemu makan dan berbual di restoran Perancis (maaf, kami memboikot Israel dan US masa itu) dan agak lama jugak di situ hingga mereka menghantar aku pulangFinale : The One With Lori Ayam - What a perfect ending to a wonderful journey..
Kita bukakan saluran penafasan mangsa dengan mendongakkan kepala mangsa. supaya lidah tak bercantum dgn rahang dan membuatkan salur penafasan mangsa tertutup.
Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

Monalisa dikatakan adalah isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo dan Monalisa bermaksud " Madam Lisa" namun terdapat juga teori yang menyatakan model Leonardo Da Vincci ini adalah Caterina iaitu ibu Leonardo sendiri. Dan tidak kurang juga yang mengandaikan Monalisa adalah jelmaan Leonardo versi wanita di mana Leonardo melukis dengan imaginasi yang cukup hebat. Kaji selidik antara potret Leonardo da Vincci juga dikatakan selari dengan potret monalisa yang mengukuhkan lagi teori ini. Benar atau tidak??? jika benar tidak salah potret Monalisa diagungkan dan pelukisnya di sebut2 sehingga kini. Kalau tak betul pun potret tu memang dah glamour pun.
Di bawah adalah lukisan potret kak mona yang mana di double paste copy kan. (ape kejadah ni). maksudnya gambar itu dibelah dua dan di gabung kan secara miror lah lebih kurang. apa yang kita dapati dalam proses ujikaji nih ialah... (suspen)

Monalisa begitu terkenal seantero dunia kerana wajahnya yang dilukis pelukis terkenal Leonardo Da Vincci. Tapi siapakan monalisa sebenarnya dan mengapa potret nya begitu digilai dan terkenal... Kita terjah untuk mendapatkan kepastian.. huhuhu.