Jom makan: MEDAN IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYUNG, MELAKA
Posted by
Intan
on Ahad, 25 Disember 2011
Labels:
makan di melaka,
makanan,
peribadi
Assalamualaikum.....
Entry makan harini kita ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.... kenapa makan kat sini kat Umbai tak best kah.... Jawapan aku senang je.... paling dekat..... Tapi kalau nak datang sini reserve lagi bagus... boleh kol owner kedai ni buat reservation dulu.... Jika tidak korang tengok la pic bawah-bawah ni.... Kena tunggu orang habis makan... beratur kerumun reramai sebab limited seat....
Mujurlah adikku sudah membuat reservation makan dapat lah kami meja yang siap beralas dan kami boleh terus order makanan yang berupa kupang masak sambal, ikan bakar pari dan jenak, sotong goreng tepung dan udang bakar, sayur kailan.... untuk makanan kami bersembilan orang tak termasuk si comel zara..... puas sangat makan... dan dalam kategori boleh tahan.... Selain makanan di atas ada jugak nasi lemak dan otak-otak untuk santapan... Minuman kami teh tarik panas almaklumlah masa tu hujan so xelok minum sejuk-sejuk.....
Nak dijadikan cerita kami makan ikan bakar sefamili ni pun sebab ulangtahun kelahiran bonda tercinta.. Puan Badariah binti Abidin....(pic dibawah bersama cucu sulung nya) Harga makanan... tak pasti pulak tapi aku hulur RM50 je kat adik aku yang selebihnya diorang yang topupkan.....
Jangan ingat kat dalam kedai je jem dgn orang yang tunggu meja kosong tapi kat luar pun jem dengan kenderaan yang keluar masuk.... Pic kat bawah ni ada bas yang masuk tapi terpaksa keluar balik sebab terlalu ramai...... dan bas itu menyebabkan kesesakan pada hadapan kedai medan ikan bakar ni..... Mesti hampa orang-orang dalam bas ni sebab dah le xdapat makan ikan bakar lepas tu tersekat pulak nak keluar dari kawasan ini..... Kebetulan pulak hujan masa ini..... Suasana bising hingar bingar jangan cakap lah..... Tapi kami puas hati dengan makanan dan servis medan ikan bakar ini almaklumlah kami customer yang reserve so takde masalah sangat...
Sume makanan habis licin..... sedap la katakan..... puas hati sangat lah..... Aku lak ini first time datang tempat ni.... nasib baik senang cari sebab aku datang separate dgn orang lain (dari tempat kerja)... walaupun mula-mula aku dah sampai medan ikan bakar yang lain.... kebetulan pulak parking aku senang , sebab aku baru masuk ade kereta yang keluar... so depan pintu kedai la aku parking mabel....
Di luar penguasaha kedai dan pekerjanya berkali-kali memohon maaf pada pelanggan yang tidak dapat tempat duduk dan terpaksa menunggu ...... tapi ada juga pelanggan yang still sabar menunggu untuk ditempatkan ke meja yang kosong..... yelah kadang-kadang bukan orang melaka je yang datang... orang kl, penang, selangor , pahang siap serombongan bas lagi... datang bercuti di melaka sempena cuti sekolah... dah sampai medan ikan bakar macam ralat lak nk tinggalkan tanpa makan.....
Lupalak nak cerita... bila hujan lebat kami yang duduk paling tepi ni rasa la tempiasnya..... jadi alihkan meja depan sikit.... bukan saja terkena hujan, angin yang kuat pun boleh buat cawan kertas kami tumbang dan terbang...... so, kenelah isi air banyak sikit xmo kasi terbang.....Jumlah harga makanan kami ialah RM220
Yang best
1) lokasi senang dicari dan dekat dengan bandar
2) makanan sedap
3) servis ok... tak perlu tunggu lama sangat untuk makanan sampai
4) Banyak pilihan ikan dan makanan laut serta makanan sampingan
Yang tak best
1) limited seat.... terlalu ramai sampaikan crowded sangat dan bising
2) cawan kertas.... tak praktikal.... (cawan plastik masih boleh diterima)
3) susah parking.... jalan kecil
Oklah, dibawah ini aku sediakan google map dimana medan ikan bakar itu terletak.... selain agak sedap lokasinya juga dekat takde lah jauh sampai ke umbai nun sane..... Sapa-sapa nak cuba boleh la datang..... Map bawah ini perjalanan dari tol ayer keroh ke tempatnya ok....
View Larger Map
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka
(Halal)
KM 4-5, Jalan Padang Temu,
Permatang Pasir, Melaka
GPS Koordinat: N211.166, E10216.997
Tel: 012-636 2339 (Pak Azmi)
Waktu berniaga : 5pm - 12am
2 comment:
Mohon share info. Dan mohon di jadi kn blog review
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=755022654537999&id=663524360354496&set=a.702478963125702.1073741829.663524360354496&source=46
Mohon share info dan mohon di jadikn blog review di https://m.facebook.com/photo.php?fbid=755022654537999&id=663524360354496&set=a.702478963125702.1073741829.663524360354496&source=46
Catat Ulasan