RSS

Monte Carlo review

Selamat pagi korang.... harini nak review pasal cerita terbaru ni MONTE-CARLO... Alkisahnya niat dihati nak tgk transformer apakan daya tiket sold out..... walaupun midnite movie pun tetap sold out ... itulah penangan TRANSFORMERS 3 ...... Apepun cerita MONTE-CARLO ni pun tidak menghampakan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat
Bintang utamanya Salena Gomes (ala yang couple dgn Justin Bieber tu)

Kisah bermula Grace (Salena) yang tamat pengajian mahu melancong ke city of love (Paris) bersama rakan baiknya Emma... Namun demi membaikpulih hubungan adik beradik tiri ibu bapa mereka mahu saudara tirinya (Meg) ikut bersama... Percutian mereka agak kelam-kabut... ditinggalkan bas pelancongan, bilik hotel yang teruk dan lebih teruk dan hubungan mereka bertiga semakin dingin.... Namun juga diselitkan babak2 lucu dan keindahan Paris amat mengagumkan (teringat zaman muda semasa aku melancong di sana)...... sehinggalah mereka bertemu seorang pewaris harta / jutawan yang seiras dengan Grace maka secara tidak sengaja sehinggalah Grace terjebak dalam menyamar sebagai Miss Scott...


Mereka menikmati kehidupan yang mewah dan menaiki penerbangan ke MONTE-CARLO bagi merealisasikan Majlis lelongan amal.... Keadaan jadi kelam-kabut bila rantai BVlgari (untuk lelongan) dikatakan hilang dan Miss SCOTT sebenar yang bongkak dan bengis itu muncul disaat majlis lelongan akan berlangsung......

Cerita ini juga memaparkan hubungan kekeluargaan antara Grace dan Meg yang semakin akrab serta Emma yang terkejut atas kehadiran kekasihnya Owen dari Texas untuk mencarinya.....
Jalan cerita MONTE-CARLO tersusun dan sinematografi yang sangat menarik... permandangan Paris dan MONTE-CARLO yang menawan dan ada sesuatu yang boleh dicontohi dalam filem ini yang juga diselitkan babak-babak cinta


Seronok bila jadi popular seketika hihihi..... apepun xrugi tonton movie ni .....

HSBC amanah platinum card




yeay... harini aku nak balik kampung... hopefully tak ade emergency la... kene replace staff... dah lama sangat tak balik kampung jumpe maktuk .... lebih2 lagi kampung ade kenduri so mesti meriah kampung hari ini....

Cerita tu nanti baru aku citer tapi sekarang nak citer pasal kad kredit hsbc amanah aku ni.... dulu orang kata nak apply kad hsbc platinum ni susah dalam akaun kena ada dlm RM10k... aku pun tak tau sangat ye atau tak.... sebab aku apply terus dapat jek

Nak cerita pasal kad ni selalu buat promotion..... kalau dulu setiap 7 transaksi minimum RM50 akan dapat rebat RM30 sekarang dapat diskaun..... apa yang best setiap bulan mesti ade je promotion.... orang macam aku yang tegar menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian ni memang tak ada masalah la.....

Aku bukan nak promot kad ni tapi dalam banyak2 kad aku prefer kat hsbc..... ni promotion yang sedang berlangsung ..... aku hagak best jugak la sebab promosi ni tak de la... seperti cabutan bertuah ke.... lucky draw ke.... peluang memenangi bla...bla...bla... perkataan peluang tu yang aku susah nak rasa dapat..huhuhu tapi yang ni lain... ko ikut terma dan syarat ko akan dapat.... (kalo xdapat ko komplen ler)

Ok ni adalah promosi sekarang ni

fyi.... aku xberminat dengan peraduan yang ala2 lucky draw tapi peraduan yang kite fullfilled term n condition dia aku rasa berminat sikit wpun xde la best sgt reward tu...
Tapi bagi yang xdapat mendisiplinkan diri dan mengalami masalah boros dan rambang mata bershopping silalah jangan apply kad kreditwalau apepun jenis kredit kad yer.... sebab ia akan menyusahkan hidup korang nanti......

adios
kredit to hsbcamanah

Promotion Mesra Julai 2011







Aku memang tak pandai nak edit gambar ni... bukan kaki blogger la katakan.... nak edit gambar pun xreti apsal la gambar ni xmau turun2.... huhuhu... apepun yang diatas ini adalah promosi dan peraduan... korang boleh ke Kedai Mesra untuk maklumat lanjut....









So, korang best kan dapat harga murah tuk air2 minuman ni... so korang isi minyak dan dapat berjimat dengan minuman terpilih Kedai Mesra tuk bulan Julai

Maklumat lanjut boleh kunjungi
www.mymesra.com.my


Mengapa Orang Tak tahu Hukum Mencuri dan menipu




Assalamualaikum....





Entry ini dikeluarkan untuk mezahirkan rasa benci dan meluap-luap saya pada manusia yang memegang title pencuri.... Weh... korang ni xde agama ke???? dulu masa sekolah xingat ke cikgu korang cakap pencuri akan putus tangan..... korg xtau ke hukum hudud..... ntah la, kdg2 org yang dianggap macam saudara sendiri pun sanggup mencuri... bila gertak tuk buat repot polis baru minta maaf menyesal... masa korang buat tu xmenyesal ke?


Antara cara mengenal pencuri untuk sebuah convienient store adalah seperti berikut :-

  • Memakai jaket besar dan helmet


  • Orang macam ini cenderung untuk memasukkan barangan curi di dalam saku jaket dan memakai helmet supaya wajahnya tidak nampak dalam cctv..... Sila minta pelanggan membuka helmet kerana mereka akan buat taktau kalau tak disuruh...(takyah la assume diorg nampak sticker 'no helmet' korang tu, kalo nak mencuri buat2 tak nampak je la)



  • Banyak loghat dan berlagak org kaya


  • Orang macam ni mmg loghat sibuk bercerita dia pakai kete besar la, nak pakai pelincir paling mahal la, pastu ambil barang banyak2 sampai beratus lebih dan beli top-up banyak konon2nya nak bayar kemudian sekali gus.... pastu buat2 nak pegi toilet sbb tak tahan... sila minta pelanggan buat bayaran sebelum meninggalkan kaunter sebab kita tidak akan perasan dia sudah pegang top-up.... sebab confirm dia akan menghilang lepas tu ......(dengan top-up yang banyak).. lagi satu top-up adalah belian yang paling xbanyak untung so bila customer nak beli sila minta bayaran dahulu, sebelum menjualkannya



  • kad kredit fraud


    • kalo kad kredit tanpa chip tolonglah jangan approvekan... biarlah customer nak marah2 cakap kad dia dr singapore mmg xde chip.... dia memang akan push korang swipe kat terminal tapi jangan ingat semua terminal boleh detect fraud card.... klon kad pun ade tau... berhati-hati la

    • produk expired date

    • Ada sindiket yang mencari produk yang dah expired kat kedai korang lepas tu dia beli dan minta resit... Esoknya dia claim beribu ringgit sebab produk expired korang tu menyebabkan konon2nya anaknya masuk icu la... sakit itu sakit ini... padahal xde ape pun... dia minta bil rawatan doktor la..... tp sebab ade bukti korang tak leh buat ape.... pastikan storekeeper sentiasa check barangan agar tak terlepas pandang tentang barang-barang expired ni


    • sindiket kegiatan melibatkan kanak-kanak


      • cerita dia seperti mak dan bapa berurusan dengan cashier atau kerani atau manager konon2nya ingin membeli barangan berkarton-karton bile kite leka... si anak-anak kecil itu akan masuk dalam ruang pejabat menyelongkar laci dan mengambil duit atau rokok tanpa kita sedari... biasanya budak-budak itu sudah dilatih untuk mencuri..... so berhati-hatilah... jangan terleka.... jika ada urusan yang melibatkan kita perlu bertemu customer sila pastikan pintu office berkunci


      • Staf dajal


        • Bende macam ni mmg susah nak elak.... korang control la... jangan kasi muka... kdg2 diorg bukan tahu bisness macamana ada duit tapi xde untung... kalo rehat tu, jenguk2lah stor kalo2 barang dlm stor diorg bwk masuk beg.... stok rokok pelincir yang mahal tu silalah monitor setiap hari.... manusia ni susah nak dijangka.....


          Adios

          part 2: Urusan Unit Trafik Melaka




          assalamualaikum....

          Berbalik ada isu urusan report di unit trafik IPD Melaka Tengah.... Prosesnya takde lah menyusahkan..... lebih2 lagi mangsa macam aku ni...hik hik hik... so pukul 4 ptg aku ke balai polis batu berendam so officer tu suruh aku ke IPD bandahilir untuk memudahkan urusan so sampai bandahilir lbh kurang pukul 4.20 ptg aku kene bergegas sbb xboleh lewat pukul 5 kerana masa 24 jam diberi untuk membuat laporan dika berlaku kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan nyawa dan kematian...

          setelah mendaftar untuk membuat laporan..... Aku diminta tunggu dalam sebuah bilik kecil berair-cond dan menunggu nama dipanggil melalui pembesar suara dlm bilik itu (bilik itu berasingan dari banggunan pejabat polis......

          Selepas membuat laporan aku, akan membayar duit report sebanyak RM4.00 dan menuju ke bilik pejabat pegawai penyiasat kemalangan..... disitu aku ditanya beberapa soalan dan pegawai itu juga akan mengarahkan anak buahnya mengambil gambar lengkap kerosakan mabel dan kemudiannya tamatlah......

          En zainul adalah penyiasat kes kemalangan aku ni... dia memang provoke aku, aku pada mulanya malas nak layan tapi benggang pun ade.... sebab dalam hati aku xsalah kenapa dia nak seolah2 aku mengaku aku yg bersalah tapi lastly dia bgtau aku... dia adalah customer aku sambil tersenyum simpul......heheheh (maaf tuan, saya memang susah nak cam orang) aku meninggalkan dia setelah semuanya selesai dan sekarang aku mahu bawa mabel repair

          Nak minum orange juice????


          ASSALAMUALAIKUMMM.....



          Hari ini amat dahaga sekali jadi entry hari ni tentang air oren jus seperti gambar di atas..... nampak menarik tak????? cilipadi hijau bawah gelas itu hiasan semata-mata je tau...... saje nak blend warna dalam pic ni... hihihi



          bermula dengan air jus nyer... air oren tu amik dari kotak (haku xde masa nak mengsqueeeze buah oren) air jus pilihan adalah dari jenama sunkist berharga RM 3.55 1.89L ( setelah didiskaun RM 2.00) macamana nak dapat diskaun sila LIKE facebook tesco . dan tunggu diskaun yang diberikan..... tapi macam air oren/ apple dari sunkist ni sampai ujung bulan Jun so tak lama la... tapi aku sure diorg akan bagi diskaun lain plak lepas tu



          Yang pastinya korang leh dptkan kupon diskaun ni 3 kali je pastu dah xdpt...diorang xakan kasi korang print lagi..... so kalo korang berminat sgt dgn product tu dh lebih kuota korang ngendeng lah fesbuk kwn2 korang yek.....



          Yang buah strawberry tu bukan plastik tau... memang real punya made in cameroon highland... so rasanya memang mengancam ade masam sikit ada manis sikit dan jus oren ni ade serdak dia (ala yang bijik2 dlm air oren slalu tu orang panggil pulp) mmg maveles...



          Panduan kira-kira kewangan

          assalamualaikum....



          harini aku nak bagi sikit panduan tentang cara menguruskan kewangan.... bagi aku amat mudah sekali untuk kite buat jadual kewangan sendiri sekurang-kurangnya kita tahu mana duit kita pergi so aku nak promote software ini semoga dapat manafaat dari korang-korang kat sini.....



          Apa yang penting kat sini ialah korang boleh estimate berapa perbelanjaan korang pada masa yang sama korang dapat tengok ada lebihan tak pada actual expenses korang tu.....



          Selain tu korang leh tau dan estimate simpanan korang supaya korang tak overspent.... shopping pun kene budget tau korang letak la sebulan sekali budget shoping so kalo bulan ni xshopping bulan depan korang doublekan budget shooping korang (shopping maksud aku baju bajan kasut kasan dan kelengkapan lain tapi kalo barang-barang dapur tu mesti masukkan dalam setiap bulan dalam ruangan belanja barangan dapur)


          ... macam aku yang bukan kaki shopping ...memang jarang la tapi bile sekali aku shooping mmg beratus2 gak abis sbb aku mahu barang yang berkualiti dan tahan... and for sure branded.... so aku leh estimate kat situ kalo budget shopping aku RM200 sebulan.. aku simpan 5 bulan aku dah leh shopping rm1k..huhu best




          apepun terpulang pada korang nak mencorakkan budget harian /bulanan korang. yang pasti perisian ni memang banyak membantu aku dalam pengurusan kewangan aku.... semoga boleh bantu korang jugak




          Cuba klik website dibawah ini untuk lebih info dan download templete kewangan ini


          http://bijakbudget.8m.com/


          Part 1: Urusan Unit Trafik Melaka

          assalamualaikum......


          harini aku blog dgn e72, .... Sebab AFIQAH bawak LAPTOP PINK pErgi PD..... so aKU DA Xde komputer.... ni lak edit pki komputer ofis sbb ntah kenapa wording e72 ni xmo tulisan kecik...




          harini gigih la diri pegi unit trafik gara2 mabel dilanggar di kawasan parking GIANT.....disebabkan pelanggar itu melanggar mabel yang tidak bersalah dan tiang besi dan dinding bangunan GIANT itu maka... pihak insuran lah yang diperlukan untuk mengkaver kerosakkan mabel dan GIANT... hehehe mcm nobita dan GIANT pulak.... aku rasa better mintak duit je, repair mabel tapi takpelah aku kesian gak dekat budak perempuan cina tu yang dikatakan blank seketika..(otak dia shut down tiba2) ..... menurut abg iparnya budak pmpn itu penah jalani operation otak dan sepatutnya tidak boleh memandu.......



          nanti aku citer psl accident itu tapi yang pastinya di unit trafik aku sangat lah tensen dgn pegawai polis bernama en zainul... huhuhu nasib baik aku suruh SS keluar dari pejabat tu kalo tak ade timbul masalah kat situ for sure bergaduh la ......maklumlah polis ni berlagak je, tunjuk dia hebat sgt...... lepas tu dia kenekan aku balik...... nnt aku citerkan ape perkara yang terjadi antara aku dgn en zainul and macamana dia kenekan aku......

          berbalik pada situasi dalam kawasan balai polis.... memandangkan unit trafik itu mengkaver semua kemalangan sekitar bandaraya melaka tengah maka banyaklah kenderaan yang rosak teruk dan kemek2, motor terpotong dua pun ade...... erm... satu hari banyak accident rupenya...... tak kurang pula... mereka2 yang bergaduh sesama mereka sambil diawasi polis bagi menegakkan sapa yang salah sapa yang betul..... yelah kalo dia salah memang leh cover insuran tapi bila insuran cover NCB akan berubah kepada 0% selepas itu tapi dlm kes aku... aku tidak bersalah... mabel yang parking sendirian tanpa bergerak dirempuh oleh seorang perempuan cina.... sian mabel....nnt intan tancap kasi lawa yek.... lebih memilukan mabel baru minggu lepas di servis di toyota pusat servis dgn kos rm1502.45... tak sampai 2 minggu kene hantar repair lagi....... sori tau, intan xsengaja kasi mabel kene langgar sume SS punya pasal kasi mabel parking ctu...huhuhuhu




          * nota kaki -MABEL @ MABELLINA adalah toyota vios kesayanganku... HIKHIKHIK

          golf, mahu main golf kah???

          suatu petang yang damai, aku sampai ke pekan tampin untuk mencari sebatang kayu golf lama. Saje teman SS cari kayu golf second hand.... tak sangka jugak pekan tampin yang ala-ala pekan cowboy ni ade kedai jual alatan golf milik seorang dato'..... Kedai tu tingkat 2 mmg banyak jual koleksi kayu golf 2nd hand dan yang baru. melihat keadaan kedai yang agak berterabur.... jurujual menyatakan sedang mengemas untuk berpindah lokasi di ayer keroh.... owh dah dekat la tu.... dekat dgn padang golf ... kat ayer keroh setahu aku ade tiara dengan akcc je... Dikesempatan itu SS sempat menyambar sebatang kayu golf baru yang berharga dlm RM200/++ harga promotion katanya

          Aku sdg berjinak ke dunia golf kah? Yg pasti aku xpenah tau ttg sukan itu. Satu btg kayu golf original berharga ribuan ringgit dan secondhand pun leh dpt ratusan ringgit....jangan tak tau kayu golf punya jenis yg pelbagai, yg panjangnya, yang pendeknya, yg buat pukulan dekat lain, yg pukulan jauh lain... Banyak jenama dan amat mahal sekali...

          Selepas itu kami menuju ke driving range akcc atau ayer keroh country club dimana SS punya acess beriadah disitu......tujuannya hanya satu mengetest kayu golf terbarunya......50 bijik bola golf dibeli dgn harga rm3 dan pukul sejauh mungkin dirange akcc tersebut........

          Aku nak berjinak ke sukan golf tu tidak mungkin...... harga membership sangat mahal.... harga membership dalam puluhan ribu...huhuhu baik aku beli rumah.....Di driving range akcc ada 2 tingkat... ditingkat kedua xde la ramai org tapi apa yang aku perasan yang agak2 amatur suka duduk tingkat kedua......Ramai org kaya2 termasuk cina2 kaya2 yg ada kat situ...

          menurut cerita SS, pemain pro golf mempunyai acess ke mana-mana padang golf serata dunia... huhuhu best tu.... tapi nak jadi pro susah... banyak tournament kene take part dan yang penting kene menang......Nnt aku citer lagi ttg golf.... adios


          Nota kaki : SS - sapa-sapa saje

          2 days in PDB trainin centre




          Aku baru pulang dari pdb trainin centre untuk ikuti program isis refesher for dealers dan apa yang aku akui, aku antara peserta yang paling berpengalaman dalam isis dan aku mengenali ramai mereka2 yang bergelar dealers, wife dealers dan supervisor dalam pengurusan stesen minyak petronas..... ini adalah intipati aku di sana...
          16/02/2011
          7.15 pg- sampai ke seksyen 26, rehat
          8.00 pg- check in dan sarapan
          9.00 pg-kelas bermula dgn mr chan tentang inventory adjustment,receiving dan returning
          11.00 pg- minum pagi
          12.00 pg latihan penggunaan pdt,receiving dan returning
          1.00 tgh- makan tengahari dan rehat
          2.00 ptg- belajar penggunaan isis, back office dan point of sale bersama en azam
          4.00 ptg- minum petang
          7.00 ptg- kelas tamat. makan dan rehat
          9.00 mlm- tidur

          pada hari kedua, sedikit berbeza kecuali bab makan2 la.... kite pergi ke stesen petronas seksyen 26 tuk tgk lebih lanjut tentang penggunaan isis, rtkh, rtjh agar kami faham apa prlunya dokumen2 seperti itu... selain itu en chan juga menerangkan lebih lanjut tentang promosi dan cara2 mengkeyin kan product2 terlibat dengan promosi... seronok bila kita boleh mengaolikasikan kemudahan komputer dgn sepenuhnya..... lebih menyeronokkan en. chan dan en azam adalah tenanga pengajar yang sangat peramah dan seronok berada di bilik isis bersama mereka... seolah2 kite sdg menjaga stesen kita sendiri di dalam bilik isis tersebut.. ini adalah bilik server aku sendiri...

          aku berkumpulan dengan isteri seorang dealer dari pss taman pelangi semenyih.... kak azizah memang tak banyak tahu tentang sistem memandangkan perninagaan beliau dan suami bermula bulan 7 tahun lepas..... dia banyak bergantung pada supervisor tuk urusan2 stesen..... aku gembira dapat bertukar2 pendapat dengan dealer2 dan ahli keluarga dealer kat pusat latihan tersebut......

          semoga aku dapat praktikkan setiap apa yang aku pelajari di sana.... amin

          temuduga... My first prepared interviu

          mari berinterviu

          Disebabkan aku adalah dikira boss jadi aku kene hire new staff.... aku amat mengharapkan aku boleh berlagak hebat dpn budak2 baru ini..... memang hebat pon... aku interviu 2 org.... sorang bernama ramlah dan sorang bernama wadiana....

          mula2 agak risau sebab xde pengalaman menginterviu tetapi bila fikir aku ni ade gak muka bengis so aku buat2 garang lah..... so far ok aku pun dah bagitau apa yang sepatutnya tugas2 mereka dan aku kira interviu ni berjaya.. antara tips yang aku buat ialah preparation...... memandangkan aku menginterviu tuk jawatan juruwang so aku xperlulah resume atau sijil2 kelayakkan mereka ni.....

          1) fotostat ic...
          2) sediakan senarai gaji
          3) tekankan tentang displin dan syarat2 percubaan
          4)berbuat secara tegas
          5)tunjukkan keyakinan pada syarikat
          6)minta pandangan dan pengalaman mereka
          7)berjanji akan menghubungi jika berjaya

          ok tu saje....

          Intan blogging lagik.....



          Biar betikk.. hahaha... Intan yang sibuk sakan nak berblog lagik... ntah sampai ke mana la blog ni... keje melambak tunggu turn jek nak disiapkan... ade plak masa nak berblogg... bak kata seseorang... asyik sibuk je, bila lak tak sibuk...... Hampir setahun aku tinggalkan blog ni.... terbiar, memang saje je pun padahal password pun dah lupe.... tapi sekarang aku dah dapat semangat baru.... Aku nak mendirikan empayar sendiri..... hehehe.. macam nak jadi maharani filem kungfu cina lak..... maksudnya dalam bidang bisnes yang intan ceburi...... pasal kawen tu lom lagi la kot, bukan emapyar keluarga........ semakin hari semakin aku temui macam2 pengalaman.... jumpe macam2 orang dan yang paling seronok, aku mula jadi berani......







          chaiyok

          Hidup mati tanpa Internet



          Aku mula rasa tersiksa tatkala line streamyx di opis aku punya gangguan yang teruk. Hampir seminggu aku tak dapat berfoya2 di alam maya dan lebih teruk aku xmampu selesaikan tugas penting opis yang memerlukan aku berinternet..


          Kemudian aku terfikir alangkah baiknya aku mempunyai acess internet yang tidak terbatas dimana2 aku berada. Walaupun aku punya akaun broadband namun aku berikan pada adik yang belajar yang amat memerlukannya. Aku memang kakak yang baik.. hehehehe...


          masa utk aku membazirkan wang tuk membeli gajet yang mahal kekdahnya.. apatah lagi fon n73 aku yang uzur berbakti 3 tahun bersamaku tak mampu menampung keperluan internet aku yang memuncak.. dan selalu menjadi seakan bola besbol yang dihentam ke sofa tatkali hang atau blank dgn tetiba.. huh.. tapi sekarang sudah berkurangan amarah aku pada fon ini...


          Dalam fikiran aku semestinya nokia yang aku amat berpuashati dan familiar dgn aplikasinya namun aku masih berkira2 dan sanggup mengeluarkan rm2.5k tuk tujuan ini....
          seperti yang aku katakan tadi..., masa tuk aku reward diri aku yang selama ini menjadi hamba duit buat sekelian kalinya....

          Untuk kos telefon bimbit yang besar aku mengharapkan ianya tahan lama dan serasi dgn diri aku ni...

          Keperluan atau kemewahan



          Tak tau la..apa yang terjadi hari ini. Pertama kali aku sangat tidak berpuas hati dengan celcom broadband dan lebih menyedihkan aku , aku bengang sblm menikmati servis broadband celcom lagi... Kerana data aku masih belum ada wpun hampir 38 jam aku memiliki modem huawei dan data card langganan RM68 sebulan. Semuanya hampeh belaka. Tension untuk aku berjoli di alam maya setiap malam musnah.. so esok aku kene ke celcom branch di Melaka Raya dan harap2 mereka boleh aktifkan sim card aku ni.. aku dah kempunan nak berinternet 24 jam...


          Internet ni dah sebati dalam jiwa aku.. kalau dulu aku adalah pengguna streamyx yang tegar sekarang aku beralih pada broadband dan bile ianya hampeh aku rasa sangat sakit hati...


          Teringat suatu hari Haida pernah tanya aku, kenapa aku xboleh hidup tanpa internet, tak boleh hidup tanpa kereta. Tak sempat aku jawap dia dah menerangkan yang sejak awal lagi aku sudah disogokkan dengan benda2 macam tu so bila dah takde aku mula rimas dan cemas. Bagi dia mungkin aku hidup dlm keadaan yang mewah jadi benda gadget yang macam ni aku wajib ada. Tapi aku ada penjelasan tersendiri... Tak payah ckp jauh2 la, bayangkan diri anda bersiar2 dan dalam keadaan tiada telefon bimbit. Ada tak perasaan tak sedap hati atau rasa cemas semacam lebih2 lagi yang ada bf/gf nih. Tapi mungkin telefon bimbit tu ibarat keperluan, sesuatu yang perlu ada wpn org miskin dok kt kampung tu xd telefon tak mati pun mereka.. Macam tu la ibaratnya.. Bagi aku internet diperlukan sebahagian dalam kerja data acess internet perlu di key-in setiap hari. Selain itu.. internet adalah salah satu cara aku bersosial memandangkan aku tinggal dgn famili dan batasan sosial tu perlu dijaga dan juga mekanisme tuk mendekatkan diri aku dengan kawan2 yang tinggal jauh2..


          Kereta pulak aku ibaratkan sebagai keperluan tuk aku bergerak. Memandangkan aku bukan warga kota yang punya pengangkutan awam yg efisien maka aku tak ada pilihan lain. Tiada kad touch n go untuk menaiki tren, putra, monorel bla..bla..bla.. yang tak memerlukan ko masa satu jam menunggu bas setelah berjalan kaki 500 meter sebelum ke tempat yang boleh dilihat bas. Kereta juga aku perlukan tuk tunaikan tuntutan kerja yang memerlukan aku ke sana ke sini dan aku tak kisah wpn punya kereta kecil yang enjin tak best asalkan boleh bergerak. Dan aku bukan mewah segala2nya ni aku capai dgn hasil kerja aku sndri selama 4 tahun.


          Namun kata2 Haida pun ada betulnya. Aku berikan contoh terdekat iaitu adik aku. Setelah Kelahiran dia memang murah rezeki kami sekeluarga. Merasa la dia tidur di bilik 1st class berair-cond. Rumah pun bilik air-cond dan sampai sekarang dia berumur 11 tahun setiap malam memerlukan air-cond. Ini kerana sejak lahir dia sudah dibiasakan sebegitu... Jadi aku fahamlah kenapa Haida ckp macam tu pada aku.
          Oklah panjang pulak cerita harini..

          PC FAIR

          Assalamualaikum
          PC FAIR adalah sesuatu yang begitu sinonim dengan pengemar2 IT dan teknologi terbaru. Segalanya boleh dapatkan dengan harga yang murah dan hebat. Bagi aku, mengunjugi PC FAIR di Mahkota Parade siang hari tadi adalah yang pertama dalam hidup dan amat suka dengan keadaan yang begitu sibuk dan kelam kabut. Pengunjungnya terlalu ramai sehinggakan susah nak berjalan tapi demi satu pengalaman aku teruskan jugak.

          Apa yang aku inginkan dan harapkan menjadi kenyataan. Mulanya memang berkeinginan membeli sebuah netbook mini tapi memandangkan netbook tak begitu lasak dan specnya tak berapa best so aku berjaya mendapatkan sebuah notebook hp Pavilion dv2 series dengan harga RM2399.00. Apa yang aku terpikat dengan notebook ini ialah jenama hawlett Packet yang terkenal lasaknya disamping rekabentuk slim yang tak berapa kecil dan tak berapa besar dan berat yang 1.7kg sahaja. Tentang spec pulak bagi aku bolehlah untuk aku yang jenis surfing dan berniat tuk tambahkan RAM sikit masa lagi...

          Ada jugak sesuatu yang agak terkilan dalam gembira mempunyai teman baru ni iaitu aku terima banyak sgt goodies dari company penjual seperti hp gift cutter,t’shirt, bekas penyimpan, beg sandang, headfon and mic, pendrive 4gig,cooler, 5 keping dvdr, keyboard protection, optical mouse, laptop metal key protection, voucher rm100, usb card reader dan beberapa lagi yang aku xreti nak sebut. Tapi yang tak bestnya sesampai di rumah pendrive purple tu xde.. dah hilang atau tercicir atau takde... sedih gak wpun sebelum tu aku ade beli kingsmaxx pendrive 4 gig jugak berharga rm30. Tapi aku still mahukan pendrive free 4 gig tu.Teringat masa pertama kali beli pendrive. Masa tu part 1 ke part 2 diploma lebih kuarang tahun 2000 ke 2001 harge apacer 128b ialah RM130. Tapi masa tu, kalo dah ade pendrive tu dah kire hebatlah. Orang yg pki pendrive @ thumbdrive ni tak ramai. Sekarang 1 gig pun budak sekolah tak pandang. Macam my brother dak boy, bercita-cita besar pegi PC FAIR nk beli pendrive 8 gig.

          Memory card aku pada fon n73 yang 1 gig tu pun xpenuh2 ape la nk buat dgn kalo ade 8 gig.Bila siap urusan aku pun tunggu driver amik so terasa nak makan ice cream baskin robbin. Order shake berharga RM 16.90 wah satu cawan kecil tu begitu mahal harganya. Bila dah order baru perasan harganya sebegitu tapi takpelah bukan selalu. Perasaan tak sabar2 nak merasmikan notebook ni melebihi segala2nya.

          Memangla pada awal survey budget dengan just check flyer dan buat comparison sbb aku assume all transaction use cash term as payment. Tak mungkin la aku akan bawak cash 2-3 ribu dalam handbag la. So bile berkenan pada notebook hp ni tanya salesman tu ckp payment term cash or credit card or installment credit card lagi melonjak lah dalam hati. So apa yang seronok harini aku boleh menghabiskan banyak masa dgn aset kedua termahal aku ni selepas vios 1.5G. Macam dapat kawan baru aje. Tapi harap2 my sister Afiqah tak menjahanamkan laptop aku memnadangkan dia asik mintak je laptop ni nk buat main. Aku kene pandai sorok la gamaknya. Ok see u then

          6 - 2 = 4 (belajar math pulak ke???)

          ASSALAMUALAIKUM

          Kami bertemu untuk meraikan hari bersejarah seorang lagi ahli currypuff. So dari 6 org - 2 org ( wai n sarah) tinggal lah kami berempat.. Perjalanan bermula dari Melaka. Memandangkan aku banyak urusan dan kerja aku sudah berada di ofis seawal jam 6 pagi. Siap kan keje bla..bla..bla dan menuju ke jusco melaka untuk membeli hadiah pukul 9.30 pagi walhal jusco bukak pukul 10 pagi hari itu. Aku terpaksa menunggu 30 minit dan mula merasakan masa ku yang emas itu berlalu.. sesambil itu aku baca suratkhabar, Berita minggu, Mingguan Malaysia, metro dan kosmo.
          Aku agak resah kerana perlu ke Tangkak untuk menghantarkan sesuatu yang dijanjikan atas ketidakhadiranku pada majlis seorang lagi sahabat sekolah ku.
          So aku risau terlewat la... Masa itu emas beb.
          Selesai semua urusan pukul 11.00 pagi aku terus ke Tangkak (berpusing2 sebab xd alamat rumah) dan selepas itu aku menuju ke Pagoh untuk sama2 konvoi dengan ahli currypuff girls yang lain (bersama pasangan mereka) dengan 2 kereta. Penantianku di Pagoh amat mendukacitakan kerana mereka belum siap lagi.. seperti biasa sejak zaman belajar lagi aku lah yang paling awal bersiap, yelah aku ni bukannya kaki melaram.. huh sekali lagi masa itu emas. Tapi aku ke rumah Murni untuk bersama2 mereka bersiap2. So sambil2 tu aku melaram jugaklah sbb di makeupkan sekali aku nih...
          Namun hampir pukul 2 kami mula bergerak ke tempat yang dituju dengan 2 kereta. satu kereta couple dan satu lagi kereta single yer...Sesampai di felda Maokil, pengantin lelaki baru berarak.. Sungguh cantik pengantin bergandingan di atas pelamin dengan tema purple. Tahniah pada Sarah yang menamatkan zaman single nya pada 15 Februari 2009.

          kami mendoakan kebahagiaan sahabat kami ini dan berkekalan ke akhir hayat. Hampir pukul 4 aku perlu bergegas untuk ke Johor Bahru melawat Norull Hazrin. Anak buah (sebenarnya anak Wai) alang2 dah berjalan aku terus ke JB bersama rakan2. 2 jam lebih tiba di JB dari Labis Segamat menunjukkan betapa lajunya aku memandu dan agak risau sekiranya terkena speed trap. (alhamdullilah tak ade) Mabel ku bebas dari sebarang saman. Pukul 6 aku di rumah Wai dan selepas maghrib aku berangkat pulang ke Melaka.

          Perjalanan ku ini dirasakan amat jauh namun aku amat gembira dapat berjumpa semua ahli currypuff girls walaupun bukan serentak.
          Dan ahli baru kami Norull Hazrin... Itulah bende yang aku nk mengomel di sini tuk hilangkan rasa buhsan aku. Gambar di sebelah ialah gamba aku bersama ayin. ada tokoh ibu tak.. hehehehehe. Tapi ayin ni ade manjenya bukan sikit sebab nak berdokong aje... mamanya letak aje mulalah meraung.. So kene dokong la.. lenguh jugak kalo asik mintak dokong.. apapun, harap-harap da besar sikit taklah mintak manja je... Lepas ni agak2 turn sape pulak yek.. Apapun Selamat Pengantin baru buat Sarah dan Zahari. Lepas ni sarah jadi orang Terengganu pulak la...eheheh

          weddingzz...

          Tajuk harini ialah perkahwinan... macam la aku pakar dalam bidang nih. Kadang2 terfikir jugak perlukah perkahwinan yang hebat2 persis majlis kahwin mawi ikin dilakukan ataupun satu majlis yang gah untuk menunjukkan betapa hebat nya cinta agung dua insan ini dipamerkan pada tetamu. Tapi semua tak bermakna andai perkahwinan itu diakhiri dengan penceraian, masa tu la alasan yang muncul tak sefahaman lagi atau pun perasaan cinta yang agung tu hilang... Perkara tu terpulang pada pasangan masing bermaksud mereka belum betul2 memahami diri pasangan itu...

          Penceraian di usia muda perkahwinan, sekarang bukan lagi pelik, kadang2 ia membuat aku mengukur diri andai aku berkahwin suatu hari nanti adakah perkara ini akan terjadi. Perkahwinan memerlukan perkongsian hidup dan perkongsian segala2nya. Andai kita tak boleh berkongsi dengan baik, maka perkahwinan itu dianggap tak lengkap.

          Adakah bila status kita berkahwin, kita dikira 'happily ever after' macam dalam cerita di alam fantasi. bagi aku tidak.. sedangkan lagi banyak cabaran kita perlu tempuh baik sang suami mahupun isteri. sama2 memperbaiki diri agar pergolakan tidak berlaku.. sadangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri...tak gitu

          Ingin aku ucapkan tahniah pada rakan2 yang sudah bersedia pikul tanggungjawab sebagai isteri mahupun suami. Sungguhpun kadang2 kalian memilih jalan terbaik untuk sama2 berkongsi dalam zaman kegawatan ini dgn cara perkahwinan. Bagi aku mungkin 'belum bersedia'. Mental fizikal dan penerimaan dalam diri aku belum sesempurna kalian. Banyak perkara yang perlu diubah dan diberi penekanan walaupun aku dalam proses mematangkan diri dan kehidupan.

          Kadang2 bila orang sibuk membuat persiapan, masa tu la aku mula beranggan nak kawin tapi sekejap lepas tu perasaan tu hilang. Kejap ada kejap takda.. jelas menunjukkan aku tak komited walaupun dalam umur sebegini sepatutnya dah punya penyambung zuriat. Wang bukan lagi segala2nya. kalau antara kita bertanya bila nak kawen, mungkin ada jawapannya duit tak cukup..kan. itu adalah jawapan popular...

          Entahla lain orang lain caranya.. suatu hari nanti andai dikau terima kad undangan dari aku pastinya masa itu sudah tiba.. Dan masa itu aku sudah pun melengkapkan diri aku dengan segala komitmen dan menguatkan diri dengan fizikal dan mental agar tidak mudah lemah dan putus asa.. Membina masjid bagai membina kapal yang besar dimana seorang imam nya dan seorang nakhodanya.. Andai kapal karam atau masjid sengaja terbiar maka hancurlah sebuah perkahwinan itu... dan imipian aku mahu masjid yang aku akan bina dilengkapi kasih sayang dan aman damai agar kukuh strukturnya dan ramai jemaah...

          entri ini ditulis bukan kerana aku takut atau fobia dengan ikatan perkahwinan dan bukan kerana aku bakal digelar pengantin sedikit hari lagi tapi aku masih seperti biasa yang mendahulukan tugas dan kerjaya dari segala-galanya.. Aku pasti andai masa untukku tiba, maka kerjaya bukan lagi berada ditempat pertama...

          Doakan yang terbaik.

          Amanah ke kita...

          Selama aku menjaga perniagaan keluarga banyak salah laku pekerja sudah aku bongkar dan ketahui. Sahabat setiaku adalah cctv yang terpasang 8 buah kamera di premis ini dan juga sistem komputer yang sentiasa merekodkan segala transaksi perniagaan. Banyak juga pengalaman dah aku tempuh termasuk melibatkan kes polis dan sebagainya.. Dan juga melibatkan beribu-ribu ringgit jugak. Agaknya sebelum kehadiran aku bagaimana agaknya hal2 macam ni dikesan atau tidak dapat dikesan langsung. Antara kes yang pernah aku hadapi ialah lebih kepada pecah amanah. Kadang-kadang aku terfikir andai mereka ni faham dan memikirkan dosa dan pahala. Berkat dan tidak berkat adakah mereka sanggup melakukannya.

          Benda ni kadang2 tidak melibatkan pekerja namun saudara mara juga sukar dipercayai. Melalui pengalaman aku, mengambil saudara sendiri bekerja adalah satu keputusan yang sungguh tidak bijak. Bukan tak mahu menolong namun bila sesuatu perkara yang melibatkan wang ringgit segalanya menjadi rabun, sanggup menikam saudara sendiri demi wang ringgit.. Darah daging sendiri pun dah tak kenal. Bila dah timbul konflik mulalah fitnah dilembarkan kepada sanak saudara dan akhirnya saudara lain mulalah bertanggapan negatif pada satu pihak..

          Perkara ini memang terjadi. Sungguhpun air yang dicincang tak akan putus namun air yang jernih tak mustahil boleh jadi keruh dengan sekelip mata. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Fikirlah berkali-kali sebelum mengajak saudara mara sama-sama menguruskan perniagaan.. Namun aku tak salahkan sesiapa yang tidak mengalami masalah dalam berurusan sesama saudara kerana yang penting sikap amanah dan jujur dalam kehidupan. fikir2kanlah, jangan sudah terhantuk baru terngadah (betul ke ni)

          Percutian awal tahun


          Memang kami 5 sekawan bercuti di genting. Dua hari semalam di atas sana nun.. Apa yang menarik kami gembira bertemu memandangkan kami ni bukan berada di satu daerah yang sama. aku di melaka, haida dan muni di kl, sarah di singapore dan ina di jb.. Selain meraikan sarah yang bakal mendirikan rumahtangga inilah masa untuk kami menenangkan fikiran bersama2 tanpa sedikit pun memikirkan tentang kerja. itulah yang aku harapkan dari percutian ini... Dan aku sudah mengaturkan percutian ini lebih awal iaitu 3 bulan awal kerana mahu persiapan yang sempurna buat kami berlima walaupun kami mengalami masalah di saat2 akhir sehingga hampir membatalkan segalannya kerana sesuatu yang amat sulit diceritakan di sini tapi alhamdulilah kami berjaya atasi dan pertemuan pertama tahun ini akan memberikan impak yang sangat baik buat kami. Yang penting kami masih menghormati talian persahabatan yang terjalin semasa sama2 belajar sehingga kini. Agak melucukan dan kelam kabut pada awal perjalanan kami tapi semua tu amat berharga dan kami simpan dalam ingatan kami

          Sedang kami berada di taman tema aku dah tak larat nk menghabiskan kesemua thrill game kat situ dan aku mula berfikir ni sume tuk budak2... bermaksud aku dah mula merasakan yang aku tak sesuai lagi berada di kawasan itu bermain dan menjerit2...huh.. zaman dah berubah, dunia dah maju

          Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang sudi memberikan komitmen. itu yang paling penting dalam merealisasikan pertemuan kita tapi kami tak lupa pada Wai yang masa itu berada di hospital melahirkan bayi perempuan bernama Norrul Hazrin (bayi seberat 3.9kg berbaju pink dan berselimut biru)

          Dikesempatan tu jugak aku sempat bertemu rakan sekolah yang 8 tahun tak jumpa Lizawati bersama suaminya di Gombak. Melawatnya adalah satu idea yang pernah aku janjikan kerana keinginan bertemu rakan lama amat aku nantikan. Tapi alhamdulliah aku sampai juga ke rumahnya. Melawat anak comelnya juga bernama Iza,(gambar kiri) . Setelah itu aku bersama kakak aku sibuk ke area pudu untuk melihat idea2 kreatif kad undangan perkahwinan yang terbaru dan unik, tapi macam biasalah semuanya masih dalam peringkat survey2 walaupun lagi 4 bulan sahaja majlis akan berlangsung. Tapi sume tu bukan masalah aku.. huhuhu dan kemudian aku bersiar2 di kota metropolitan bersama lulu dan wawa dan terserempak dgn shira di sogo... Hehehe sebelum tu aku dah shooping sakan dulu... Yelah mereka agak lewat tiba di tempat yang dituju dan aku pulak tak segan silu berbelanja di situ. Bukan selalu aku boleh shopping di kl nih memandangkan aku pun terlalu busy dan jarang punya kesempatan so aku redah sajalah. Takat shooping kat Melaka tak banyak pilihan lebih2 lagi Sogo tengah sale masa tu tapi Mungkin aku nampak mcm traveller yang membondong beg galas ke mana2 sahaja. Tapi aku peduli ape... Menunggu wawa dan lulu sejam tak terasa tatkala aku sibuk memilih pakaian dan kelengkapan yang tak berapa penting sebenarnya untuk aku, Kemudian kami bertemu makan dan berbual di restoran Perancis (maaf, kami memboikot Israel dan US masa itu) dan agak lama jugak di situ hingga mereka menghantar aku pulang

          Kepulangan ku di bumi melaka disambut si dia yang tersayang yang time aku sibuk bercuti, time tu jugaklah la dia pun waktu malam free. Yang ni aku xsuka cerita lebih2 Apa yang penting 3 hari 2 malam di kl dan genting amat berbaloi dan aku enjoy dan seronok sangat kerana bebas dari kerja dan satu panggilan telefon tentang kerja langsung tak aku terima.

          sungguh skema penulisan ini.. hehehehe

          Azam 2009 baru nak cerita ke??

          Dah nak penghujung Jan09 baru nak cerita azam. Memang dah berazam sejak awal tahun lagi tapi belum sempat nak berblog di sini terlalu sibuk dengan kerja dan banyak menghabiskan masa dengan famili.. Eh, famili yer bukan bakal famili.....

          Bercakap pasal azam pertama 2009 aku nak bercuti sekurang2nya 6 kali setahun. memandangkan tahun lepas tak de la relax sgt2 so tahun ni rasa aku perlu reward myself la.. ape guna kerja dan kerja dan kerja and ade duit byk tp hati tak senang.. So utk mencapai azam ini awal tahun lepas sudah pun bercuti bersama kawan2 di genting walaupun sehari kite ok lah tu.. dan bulan mac nnt pun dalam rangka percutian lagi.

          Azam yang kedua lak, harap2 tahun ni dapat memenangi sekurang2nya 5 ape2 pertandingan setahun. dapat hadiah dari pertandingan la kirenya. Walaupun hadiahnya taklah sehebat mana tapi kepuasan tu yang diinginkan. So baru2 ni aku dapat baucer percutian ke cherating yang bernilai ratus2 jugak lah. disamping memenuhi azam pertama aku kire memenuhi azam kedua. harap2 dapat lagi la kete ke handphone ke huhuhu. Kalo menang dapat cd ke tiket wayang pun ok jugak janji aku rasa puas hati dan rasa diri ni bertuah ape. Bukannya bermaksud aku tak mampu beli tiket wayang sndri ke hape ke.. Cuma aku rasa puas hati je.

          Azam yang ketiga berbentuk peribadi jugak lah.... aku tak nak ceritakan di sini

          Azam yang keempat ialah aku harap dapat mengakhiri simpanan di asb ditahap maksimum. Erm.. maaf juga kerana mungkin jugak aku rasa agak peribadi di sini. aku ingin memulakan simpanan di tabung haji setelah asb aku sudah berada di tahap maksimum. Setakat ini aku perlu lagi beberapa ribu sahaja lagi. Sebenarnya ini adalah azam tahun lepas yang tak tercapai kerana aku banyak membazir duit aku semasa melancong ke europe mei tahun lepas. Dan memandangkan nilai euro dan pound sterling sekarang yang menjunam jatuh lebihan wang itu aku masih simpan dan agak bazir untuk ditukarkan ke ringgit malaysia buat masa ini

          dan terakhir sekali aku berazam untuk menurunkan berat badan aku ke berat yang diinginkan iaitu 45 kg. Walaupun sekarang ni, aku sedang memikirkan pelan pelansingan yang baik hehehehe walaupun belum ada ura2 melakukannya lagi. Tapi aku akan cuba sedaya upaya.

          Harap2 bila dah tulis kat blog ni tentang azam2 aku, aku harap adalah semangat sikit nak merealisasikannya.