RSS

Sky Fall - James Bond

Assalamualaikum pembaca sekelian....


Hari ini Intan nak review sikit tentang movie yang baru je Intan tonton iaitu 007- Sky Fall edisi sequel James Bond yang tak asing lagi...
Heronya Daniel Craig yang hensem lagi bergaya dan sasa...huhuhu dan heroinnya erm... samaar-samar mungkin boleh ckp M kot (Judi Dench) ketua si James Bond ni la....

Apa yang menarik, evolusi sequel James Bond yang ini tidak lagi terlalu bergantung pada alatan-alatan canggih yang super pelik dalam misinya... James Bond perlu lebih dahsyat dari segi fizikal dan pengaturan misi supaya penonton boleh sedia maklum kehebatan Bond sudah tidak relevan dengan alatan canggih....

Skyfall nyanyian Adele memang sedap dan memberikan mood menonton cerita ini....Kisahnya James Bond diarahkan menyelamatkan satu dokumen sulit sehinggakan James Bond hampir terbunuh kerana terkena tembakan rakannya sendiri dan Bond menghilang selepas itu.....

apabila kemunculan Bond dia sebenarnya sudah lemah dari segi fizikal, namun demi menyelamatkan M dia segera merancang untuk menghapuskan penjahat yang juga sebenarnya bekas agent kendalian M juga (yang ingin membalas dendam)...

Berjaya atau tak kena tonton sendiri sebab kang Intan cerita korang malas dah xexcited nak tengok kan.... tapi keseluruhan boleh bagi 9/10 bintang sebab padat aksi.... dan best

Selamat menonton

Beginikah caranya...




assalamualaikum... entry harini, tiada apa yang menarik cuma edisi sentap sikit je la yang rasanya tidak menimbulkan apa-apa isu.... kadang-kadang Intan terfikir, kita tengok semua orang baik dengan kita... Bila kita masuk bank, pegawai sana tak lekang untuk menegur dan memberi salam serta bertanyakan urusan... Sebolehnya hendak jugak lah membantu dengan sedaya mungkin... Intan faham, mereka mencari CUSTOMER.... Tapi dalam entry ni bukan nak cerita tentang urusniaga bank atau apa-apa pun cuma sikap kita yang kadang-kadang tak sedar... berubah....

Kisahnya Intan berkenalan dengan seorang pegawai bank perempuan... tidaklah rapat sangat dan tidaklah sampai tak kenal langsung... pendek kata setiap hari pegi bank memang tegur sapa lah, dia akan approach dan menegur Intan.... ada masa Intan banyak kali juga telefon handfon dia atas urusan bank, dan dia pun pernah menelefon Intan menggunakan telefon peribadinya atas urusan bank dan banyak juga urusan bank melibat kan jumlah yang besar Intan minta dia uruskan... dia penah cakap yang Intan banyak support dia dan dia berterima kasih banyak..... (the bank branch kat situ baru lagi tak sampai setahun lagi, so there is difficult to get sales) so Intan faham lah, tapi one thing Intan suka berurusniaga kat situ sebab tak ramai orang, lepas tu paling dekat dengan office Intan, so memudahkan....  

Kali terakhir Intan jumpa dia, memang dia suruh Intan call dia if pending business proposal yang Intan pernah bincangkan dengan dia dah finalised so dia boleh proceed pada fund nya la kan.... So Intan ingat dia simpanlah no fon Intan dalam personal handfon dia (dia pernah call Intan banyak kali guna handfon dia). 

setelah 3 minggu Intan tak datang bank sebab office Intan tutup sekarang, Intan pun nak tanya la dia thru whatssapp, something regarding one product of the bank la kan.... (first time guna whattsapp, sebab saja-saja je dan takdelah nak rasmi sesangat ) apa yang supprise kan bukan saja setakat dia tak kenal Intan or my fon number but ayat dia sangat kasar dalam message whattsapp tu.... Intan terkejut jugak, bila dia tanya siapa, and Intan bgtau nama Intan dan dia still marah-marah cakap yang mana satu.... omg, u suppose know everything about me, including my contact no..because im your customer and i already give your company so much sales. dan akan datang, akan ada banyak lagi kita akan berurusan... sebab banyak proposal Intan yang still pending dan hampir nak finalized....

Acctually, intan tak kisah dia tak kenal Intan, even dah bagitau nama, and something about me pun dia still tak recognized but Intan rasa kata-kata kesat tu tak sepatutnya keluar lah....  tak kisah lah Intan ni customer ke atau sesiapa ke... bahasa melambangkan pribadi diri... So Intan just bagitau yang im sorry je la,, tu pun nak marah-marah sebab kacau dia whattapp.... nak buat camne... Macamana Intan nak buat, dah bagitau nama n everything pun dia tak recognized kan.... bagaimana Intan nak buat untuk dia ingat kat Intan ni.... So moral of the stori jangan ingat bila orang tu baik sangat dgn kita, dia dalah kawan tapi sebenarnya bagi dia 'you just my money machine' huhuhuhu.... tak semua boleh kenal kita macam kawan walaupun kita dah banyak bantu dia bagai kan.... itulah kehidupan....

So soalan yang Intan sibuk nak berwhattsapp tu dah proceed tanya pada my other friend yang banker jugak.... but i still ok je la... takde lah nak sentap sesangat kan...ok je la... tapi kalau tau dia memang tak kenal Intan im suppose just datang bank je..... (dalam hati tertanya, macamana dia xsimpan fon no Intan tapi dia agak banyak kali jugak pernah kol Intan pakai handfon dia)

Takpelah.... dah terdelete kot... so bersabarlah... one more thing, sikap dia yang peramah dan suka bergurau bila jumpa Intan tu tetiba bertukar bila dalam message whattsaap.. tu yang Intan maksudkan berubah....

officer bank suka bagi kita kad dia lahkan.... dan dia akan suruh kita contact dia atas apa-apa pertanyaan bagai...'anything just contact me, im always free to assist you', huhuhuhu tapi bila kita contact then dia cakap kata kesat bagai... thats no point... supposely dont give ur card to ur customer when u are not ready to entertain their problem and question.... 
sekian

Gambar sudah hilang

Intan stress sangat bila dapati ada gambar- gambar dalan blog ni tak appeared... Sebelum ni elok aje...
Hurm... Tak tau la kenapa kan... Maklumlah Intan tak pakar dalam hal blog- blog ni... Nama pun blog suka- suka... Harapnya lepas ni tak adalah gambar yang hilang lagi

Mood: sedey sob...sob...sob

10 Jenis Makanan Pembakar Lemak (bahagian 2)

Assalamualaikum...
Hai darlinggss... Intan nak sambung lagi 5 jenis makanan pembakar lemak... Kan entry sebelum ni ada 5 je.. Alkisah Intan dah ngantuk sangat nak abiskan entry so kita pergi kepada 5 lagi jenis makanan.... Harapan Intan agar dapat memberi panduan kat sesiapa yang tersesat kat blog Intan yang tak seadanya ini... Bunyi sadis je... oklah kita sambung

6) OAT




  • Oat ni memang dikenali sebagai bijirin yang berkhasiat. ini kerana ia penuh dengat serat larut yang akan memberi tenaga serta membersihkan lemak yang tersembunyi dalam sistem penghadaman kita serta kolesterol yang menyekat salur darah dalam tubuh kita. Kalau tak suka dengan rasa oat yang ada kadang-kadang agak memualkan boleh juga dicampur dengan buah-buahan dan madu tapi jangan campur pemanis berbentuk gula ya

7) GANDUM PENUH



  • Roti gandum penuh, pasta dan beras mengandungi serat yang berkhasiat untuk sistem penghadaman kita. Bahan-bahan ini memperlahankan pembakaran tenaga dalam badan. Namun elakkan roti putih, beras putih yang mengandungi gula yang bukan saja mempercepatkan pembakaran tenaga malah menggalakkan penyimpanan lemak

8) KEKACANG 


  • Kacang tinggi dengan protein, tiada lemak dan penuh serat. Ia dikategorikan  makanan pembakaran lemak yang ideal. Kacang yang bagus adalah seperti kacang merah, kacang peas dan gajus
9)  BROKOLI


  • Brokoli mempunyai kalori, tiada lemak, banyak vitamin-vitamin dan ada membuktikan mampu melawan kanser. Brokoli membakar lemak dengan membekalkan nutrien dalam tubuh dan seratnya boleh membakar lemak dengan baik.
10)  BUAH BERI


  • Yang terakhir ialah Buah Beri. Buah beri ni amat baik untuk tubuh kita, gula yang terkandung dalam beri ialah fruktosa yang diproses oleh badan dengan banyak dan efisien berbanding sukrosa dan gula putih. Serat dalam buah beri membekalkan nutrisi dan sementara itu menyekat penyerapan lemak. Buah beri yang terbaik adalah seperi beri biru, rasberri, beri hitam dan strawberri

Itulah saja 10 jenis makanan pembakar lemak terbaik. Dan boleh cuba dan buktikan hasilnya. Credit diberi untuk www.lifestrong.com

Sekarang Intan nak tidur...




10 JENIS MAKANAN PEMBAKAR LEMAK (bahagian 1)

Assalamualaikum...
Lamanya tak berblog so hari ini Intan nak cerita sikit tentang makanan yang dikategorikan pembakar lemak. So bagi yang sedang berdiet boleh lah take note... Oklah, termasuk lah Intan juga ni... almaklumlah... Dah free sikit ni bolehlah rajin berblog dan menjaga pemakanan... Kalau tak main hentam je kan... Asalkan boleh je, bila lapar dah macam 10 hari tak makan so takde lah nak control sangat... akhirnya pear la jawabnya...

1)   MINYAK ZAITUN


  • minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam menentang lemak. Ia dikatakan terbukti menentang 3 kali lebih h cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan dan juga mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik dalam darah. Boleh juga diamalkan memakan sesudu minyak zaitun setiap hari untuk mengurangkan lemak dalam badan


2)   TENUSU RENDAH LEMAK
\


  • Tenusu rendah lemak seperti susu skim dan yougurt terdiri dari protein dan kalsium yang membantu dalam meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh. 


3)   PUTIH TELUR



  • putih telur terdiri dari protein yang tinggi yang akan membantu dalam pembakaran lemak. tapi perlu diingat asingkan kuning telur kerana kandungan kolesterol yang tinggi dalam kuning telur. 



4)   DAGING PEJAL



  • Daging boleh membantu membakar lemak selagi kita boleh memilih daging yang betul. Contohnya daging ayam belanda yang mengandungi protein dan sedikit lemak. Daging lembu batang pinang juga pejal dan tinggi protein. Namun elakkan bahagian-bahagian daging berlemak




5) IKAN

  • Ikan ni seperti yang sedia maklum mengandungi protein yang sangat tinggi dan lemak yang baik. Selain itu ia juga mengandungi omega 3 asid lemak yang baik untuk meningkatkan sistem imun dalam tubuh dan membersihkan kolesterol dalam salur darah kita.


Oklah, nanti kita sambung lagi bahagian ke 2 untuk 5 lagi jenis makanan pembakar lemak. Intan dah mengantuk tahap cipan ni....

Gud nite semua





Wednesday

Salam semua...lamanya Intan tak berblog.. Kisahnya Intan kursus di Shah Alam sebulan lebih... Tepat2 abis kursus Intan terbang ke Jakarta tuk makan angin...balik2 malaysia dapat berita tempat kerja intan ditutup untuk diselenggara.... Erm... Tak bergaji la Intan tuk 3 bulan ni... So intan decide nak focus pada kedai online Intan PEARLILY BOUTIQUE... Intan akan start upload brg2 baru tuk di jual... Hopefully ada la masa tuk upload blog yg bersawang ni kan... Okla nnt Intan sambung lg... Ni nak tgk ADAM HAWA

Terima kasih Jiran



Assalamualaikum....
Entry harini cuma nak bagitau Intan sangat berbesar hati mempunyai jiran yang baik.... Alhamdullilah, sebenarnya kami belum bersua kerana masing-masing belum lagi selesai proses renovation dan belum masuk rumah lagi.... Kisahnya, Jiran Intan En shukor (if im not mistaken) ada pernah sekali menelefon Intan meminta izin untuk mencabut pagar belakang rumah kami kerana beliau sedang mahu memulakan menaikkan batu dapur rumah mereka... Bagus kan... minta izin lagi tu... So Intan izinkan memandangkan Intan belum punya masa nak memulakan renovation pada masa itu....

Apa yang menarik, sesi kerja rumah En Shukor memang tak mengganggu langsung fizikal rumah Intan ... Nak dikatakan habuk batu-batu, bekas-bekas simen atau kotor-kotor pun mereka cepat-cepat bersihkan jika jatuh kat kawasan rumah Intan.... Setiap kali Intan tengok Rumah memang nampak bersih aje....walaupun kawasan rumah dia haru biru dengan bahan-bahan binaan

Pada suatu hari... Intan tergerak nak singgah rumah, masa tu lebih kurang pukul 6.45 petang tapi kunci lupa pula nak bawak.... Tengok Rumah Encik Shukor lebih kurang 90% dah nak siap... terus Intan pergi ke belakang rumah nak tengok keadaan sekeliling... Terkejut betul lihat ada sorang pekerja Encik Shukor sedang mengecat ruang dapur rumah Intan.... Bila ditanya...lelaki itu minta maaf kerana memanjat pintu pagar dapur sebab memang Intan manggakan pintu kecil itu....

Intan : Kenapa abang cat belakang rumah saya ni?
Pekerja: Eh... Rumah akak ya..Maaf, saya terpaksa panjat pagar ni sebab berkunci, majikan saya yang suruh cat sebab dinding belakang rumah jiran ada bekas kotor terkena bancuhan simen.... Majikan tak puas hati rumah jiran terkena jadi dia suruh saya cat kan
Intan: oooo... tapi kenapa sampai seluruh belakang bang.... sebelah sana tak kena pun kan... Yang atas-atas pun tak kena kotor kan.... 
Pekerja: Memangla tapi tak cantik lah... yang tu cat lama... yang saya pakai ni cat baru takut tak sekata tapi memang kod warnanya sama ya.... Majikan saya arahkan cat seluruh belakang ni..... kalau akak nak cat lain nanti boleh la catkan lepas ni.... tak jadi masalah.... saya ikut arahan aja....
Intan: ooo begitu... terima kasih ya... sampaikan pada majikan abang ya..

Baguskan... kalau Intan tak singgah mesti tak tau jiran tolong catkan belakang rumah Intan sebab dia langsung tak inform apa-apa.... Apa yang Intan tau En Shukor adalah seorang peguam dan kalau ikut rasa Intan mungkin dalam lingkungan umur 40an yelah dengar suara kat telefon je... Intan anggar je la.... Nanti kalau masing-masing dah masuk rumah baru boleh berkenalan lebih baik....

Tak ramai orang zaman sekarang amat menitik beratkan nilai-nilai kemanusiaan macam ni....minta izin, jaga kebersihan rumah jiran, tolong cat kan... siap dapatkan no telefon bimbit Intan kat pemaju lagi.... semata-mata tak mahu jiran terasa hati.... Sebagai manusia berbaik-baiklah sesama manusia okey...

wassalam

Bunga-bunga ku

Assalamualaikum... Korang pose tak... Intan dah lama tak update blog... seminggu sebelum puasa Intan tak sihat keluar masuk klinik dan hospital farmasi lagik... huhu seksanya... Lepas baik sikit... sakit lagi... dah macam kena sakit mingguan gitu..... Adik-adik Intan dah benggang, yelah kita xsihat nak buat keje pun tak larat so mereka lah kena gantikan Intan buat kerja... So diorang tarik muka masam je lah... Tapi harini alhamdullilah dah ok so Intan sambung entry sambungan entry yang lepas tentang bunga-bungaanku

Satu hari Intan terima panggilan telefon dari seorang penghantar bunga ditempat kerja....

Penghantar Bunga : Hello, saya mahu hantar bunga kat Cik Zulaiha dari En ___.. Sekarang cik dekat mana?
(Intan dah berkerut... aduhai kenapalah dia hantar bunga kat aku lagi ni??? tak suka bunga lah) 
Intan : Takpe lah awak hantar sini dekat office saya kat ________________ saya ada dekat sini.. 
Penghantar bunga : Cik, u tak ada dekat rumah ke?
Intan : Tak adalah, rumah saya tak siap lagi ni.... Takpe saya sign kat office je...
Penghantar Bunga : oklah...oklah... nanti i sampai

Dalam hati ingatkan terima jambangan bunga lah kan..... sebab si dia ni memang minat bunga.... berbeza dengan Intan yang tak minat bunga.... Sekali sampai amik kau dia hantar bukan dengan motor ataupun kereta...dengan 4 wheel drive lagi .... Maka terimalah Intan... Bunga yang lebih tahan lama kerana siap dengan pasu-pasu dan tanahnya.... tarrra



Terima kasih pada Encik ___ yang menghadiahkan Intan 2 pasu pokok daun keladi hiasan 4 pasu bunga kekwa kuning dan oren dan 2 pasu kecil bunga pink dan merah yang Intan sendiri tak tau bunga apa... Huhuhu.... Baguslah sekurang-kurangnya bunga ni takde lah mati seminggu kemudian... kalau mati pun lambat sikit kot.... tapi pasunya besar dan cantik.... Kalau bunga macam ni Intan boleh terima lah menunjukkan takdelah romantik sangat tapi Intan boleh terima...hihihi....


Disebabkan rumah tak siap reno lagi so Intan decide nak letak bunga ni kat office je...depan kedai..... Tak sangka lak ada customer sampai nak beli bunga Intan ni.... Ramai yang ingatkan bunga ni plastik.... padahal bunga hidup tau.... dan ada antaranya yang tanya Intan beli kat mana? berapa harga? .... Erm... tak dapat nak tolong , sebab ni orang bagi...bukan beli... Penjagaan bunga ni just kena rajin siram dan jangan kena matahari terik.... tu je.... Lama-lama cantik lah... Intan pun dah makin minat sikit demi sikit...nanti dah ada rumah berangan nak buat mini garden huhuhuhu.... Insyallah


Anniversary... anniversary ke?

Assalamualaikum

Harini entry versi iphone Intan nak cerita pasal anniversary Intan yang dgn someone special....

Sebenarnya xtau pun wujudnya anniversary ni tp dah org tu ckp camtu so iyekan aje... Tp first met tu kire anniversary ke??? Huhuhu Anywhere thanks to him for the flowersss..... Huhuhu i hate flowers....But deng deng deng... nnt Intan citer pasal bunga...

Sebenarnya ni 1st time intan dapat hadiah yg super pelik sempena konon2 nya anniversary ni... Nk citer mulanya 2 tahun lepas kami  bertemu di satu tempat dan 8 bulan lepas tu  kami mula rapat... atas sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat diceritakan... So anniversary yang ke pertama kot kalo bebetulnya.... Eh entah lah...tak penah ingat and tak penah kira pun sebenarnya ni... rasanya kalo nak sambut anniversary tu time nikah je kan... time couple takde lah kot..... Mungkin dia nak amik hati Intan.... tu yang dapat bunga tu....

bunga ini hanya hiasan bukan intan punya tau

Pasal bunga ni pun Intan dah bagitau kat semua orang lah kot Intan tak suka bunga... Dari bagi Bunga baik baik coklat ke, ayam goreng ke, pizza ke macaroni and cheese ke.....Boleh buat kenyang ... Bukan apa, bila terima jambangan bunga... Memanglah bunga tu cantik, harum dan menarik tapi agak-agak berapa lama bunga tu bertahan.... So bila bunga tu layu Intan xsuka lah...tapi sampai bila bunga tu boleh hidup dalam jambangan tu kan.... Silap-silap haribulan bukan takat layu tapi yang lebih teruk berbau busuk.... nak keluarkan dari jambangan pun tak sampai hati..... Sekian cerita Intan tentang Bunga... Nnt kita sambung bab Bunga yang Intan terima ok




Jom beli Ikan..hehehe bukan kat pasar yek

Assalamualaikum....

Lamanya tak berblog... sebenarnya entry ni dah lama siap tapi tak dapat dipost kan atas sebab-sebab perlu diedit... Apapun Intan ucapkan Selamat Berpuasa buat semua pembaca-pembaca kat sini.....

Sebenarnya memang minat sangat nak pelihara ikan dalam akuarium di rumah..... Jadi Intan pergilah kat kedai pets shop ni untuk tengok ikan... Berminat dengan ikan kat atas... sebab warna merahnya sangat menyerlah... Harganya pun takde lah mahal sangat.... so boleh diconsiderkan berpatutan.... Sebenarnya Intan   sekali sekala pernah datang sini sebab minat tengok ikan tapi hari itu Intan perasan ikan semakin kurang... Bila ditanya barulah tau... Mereka sedang dalam proses nak pindah kedai... so separuh ikan-ikan dah dihantar kedai baru....


Apapun kedai ni masih nampak menarik.... selepas itu Intan nak cari akuarium yang besar dan selesa untuk ikan-ikan merah Intan tu nanti.... Pemilihan akuarium Intan lebih berminat ketinggian yang lebih kurang tinggi Intan... supaya tak de lah nak tengok ikan kene menunduk....


Harga akuarium beserta almarinya ini mencecah ribuan ringgit jugaklah tapi Intan stil nak nego lagik.... Memang nampak besar sangat tapi lama-lama nanti Ikan merah Intan akan ade kawan spesis lain..... Barulah menarik akuarium Intan nanti.... Apapun lepas rumah siap reno baru Intan mula angkut ikan-ikan ini beserta akuariumnya nanti.....

Tapi kalau tanya Intan, hasrat di hati nak cari akuarium yang macam picca atas ni tapi Intan sedia maklum tidak begitu sesuai dengan budget Intan... Maka simpankan saja hasrat ini mana tau akan datang ade rezeki boleh buat akuarium macam ni.... Yang ni namanya wall aquarium yek.... santekkan...

Ikan-ikanku, Kucing-kucingku dan Burung-burungku

Assalamualaikum....

Hari ini Intan nak memperkenalkan 3 rakan baru Intan yang akan sama-sama menginap di rumah baru Intan ini..... Si Ikan merah aka 'Intan xingat nama dia', Si kucing aka 'budak nakal' dan Si Burung 'hanging Parrot'

Seperti yang sedia maklum Ikan merah yang Intan bercita-cita nak beli tu Intan dah book 10 ekor bersama akuarium besar untuk mereka.... Buat masa ini hanya mahu sejenis ikan sahaja... Niat dihati memang nak beli ikan kelisa tapi harganya amatlah tak mampu.... Maka Ikan merah ni je yang Intan mampu.... Tapi ikan-ikan ni memang memberikan sinar pada akuarium sebab kulit merah mereka yang berkilat amat cantik sekali....Korang tengok pic atas ni tiada spot light tau .... Cahaya tu semua dari mereka



Seekor semiaaaauuuu yang berwarna putih dan dan berbulu lebat... Sebenarnya kucing ini akan dihadiahkan oleh seseorang... dan diberi nama 'budak nakal'... Sebab kucing ni sangat nakal.... Macamana lah Intan nak pelihara si kucing putih ni yek... owh picca diatas bukan nya si 'budak nakal' kerana Intan xsempat nak snap pic dia...Mana tak nya asik berlari-lari je bila nak snap pic.... tapi 'budak nakal' bermata biru....

Dan terakhir ialah si hanging Parrot ni.... seperti yang dimaklumkan tuan burung ni.... makanan dia sehari sebiji buah lai, apple ataupun pear... satu hari sebijik tu..... tapi burung ni cantik dan suka tergantung macam kelawar....

Selama Intan hidup ni, Intan pernah ada seekor kucing liar yang Intan beri nama 'Tommy' sebab masa tu cerita power rangers tengah hot dan tommy adalah ranger berwarna putih sama macam bulu kucing Intan ni.... Tapi dah lama tak pelihara apa-apa haiwan sebab kekangan masa dan adik-adik pun kecil.... Parent Intan pun tak berapa suka...

Insyallah, bila dah ada rumah sendiri nanti .... Intan akan jadikan ketiga-tiga haiwan ini sebagai teman dan jaga kebajikan mereka sebaiknya... Pesanan untuk korang, kalau tengah drive tu nampak kucing ke anjing ke melintas...slow la sikit kereta jangan sampai terlanggar haiwan yang tak berdosa tu.... Mereka juga punyai nyawa.....

sekian....

Renovation 2 : looking for nice & safety entrance

Hai semua,
Entry versi iphone harini nk cerita pasal pintu utama... Since rumah Intan pintunya jenis biasa-biasa aje so Intan decide nk cari pintu yang cantik, berkaca, tebal dan yang penting safe dari pencuri.... Intan tak suka pintu utama yang bergrill so ingat nak cari pintu dari kayu jati atau meranti yang tahan lasak.

Kunjungan Intan ke kedai membuat pintu menemukan macam- macam design pintu... Tebal, cantik dan dibuat dari kayu meranti yg teguh... Tapi harganya pun tebal jugak lah... Lebih-lebih lagi pintu utama rumah Intan tu sangat tinggi dan lebar sungguh pun hanya 2 daun pintu sahaja... So harga mesti mahal

So pintu tu nanti perlu direquest dan ditempah, sebab saiz pintu yang bukan standard.. Bila riki-riki harga termasuk semua sekali elemen pintu utama ni total sudah hampir RM4k... Erm... Xpela... Carik tempat lain yg lebih murah.... Atau masukkan dalam kos kurang penting...

Home Interview


Assalamualaikum...

Ha... harini Intan nak cerita pasal Home Interview... Bermaksud penemuduga datang ke rumah anda untuk menginterview anda dan masa yang sama melihat gaya hidup anda yang sebenar... Maksudnya benar-benar mahu mengetahui sikap dan kehidupan anda melalui gambaran tempat tinggal anda....

Ha...korang penah tak kene interview macam ni... Intan cerita sebab Intan pernah alami.... Untuk sebuah syarikat yang besar mereka mahu calon-calon yang terbaik sahaja menjaga aset dan menjualkan product mereka maka itu yang terbaik sahaja perlu dinilai... Jadi penilaian secara extreme diperlukan

waduh..., ini bukan bermaksud Intan terbaik hokey.... Ada lagi yang terbaik... Tapi kalau korang terpilih untuk sesi home interview  pastikan rumah korang bersih, kemas dan cantik....samada ruang tamu, dapur, bilik tidur, lepas tu Hidangkan makanan makanan dan minuman (tidak perlu berlebih-lebihan takut dicop mahu merasuah)... Pastikan sesi Interview itu nanti tiada gangguan seperti bunyi bising atau pun pencahayaan yang malap... Secara logiknya kita akan rasa lebih tenang bila diinterview di rumah sendiri kerana tempat kita kan.... 

Jadi interviewer ni akan menilai gaya hidup dan sikap kita dengan gambaran rumah kita.....Apa-apa pun keputusan untuk Intan belum keluar lagi.. Doakan yang terbaik okey

Daa

Renovation 1 : adeh crack pulak rumahku




Salam semua,
Ha... ni baru je Intan nak upload pic my new house tetiba pegi petang tadi terperasan ade crack pulak.... Sesaje je pergi tengok keadaan dan nak pantau untuk renovation.... So untuk itu Intan akan simpan RM10,000.00 tuk reno dan if ade lebih ade orang mau sponser... Dan perabot pun Intan akan save another RM10,00.00 sahaja selebihnya mintak sponse r jugek... owh memang rumah ni nak masuk perabot baru-baru saja.... Siapkan duit je la.....

Sebenarnya nak cerita pasal renovation process tapi tengok kat tingkap luar rumah ade crack... huhuhu ... Erm... Ni yang den tak berkenan.... tapi since tiada renovation di bahagian tersebut Intan boleh membuat komplen memandangkan waranty rumah adalah 2 tahun....



Tu dia untuk gambaran lebih jelas... Lokasi rumah ini adalah rahsia dan tiada gambar untuk menunjukkan designnya.... Insyallah dari semasa ke semasa Intan akan bagi tips dan penerangan untuk renovate rumah tanpa di tipu oleh kontraktor berjiwa tamak.... Serta cara nak save duit untuk mengubahsuai rumah korang

Ha, inilah form yang Intan nak kena isi untuk komplen nanti, seperti kata pemaju...mereka akan membaikputih bahagian rumah yang dikomplen nanti... yeay



if korang ade rumah yang crack jugak atau lantai yang jubinnya pecah jangan risau boleh buat komplen sekiranya masih dalam waranty dan bahagian itu belum direnovate lagi.... tapi kalau dah renovate tak boleh la yek.... 
Contohnya Intan nak besarkan kitchen dan nak cat baru, lepas renovate ada perasan dinding retak... Itu tidak boleh dikomplen sama pemaju kerana dinding dapur itu sudah diusik.... Macam tu la kekdahnya...

Oklah sampai sini dulu... nanti Intan cerita lagi proses reno ni....

Daa

Nora - Renungan Terakhir

Salam u'olls,

Hari ni terasa jiwang mengarat dok Intan bizi kerja terngiang-ngiang lagu ni kat telinga.... Penuh makna, penuh puitis...lagu lama yang ada jiwa kekdahnya...layankan hokey


Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-renungan-terakhir-nora.html#ixzz1yivOaN2K





Review : The Windmill Station Bukit Beruang Melaka


Hai... kembali kita dalam rancangan ' JALAN-JALAN CARI MAKAN'.. hehehe . Boleh jadi hos tak??  ganti 2 hos yang tak berapa nak best kat TV3 tu... Sekurang-kurangnya Intan akan jujur dengan setiap review makan-makan... Review free la katakan... Oklah, berbalik pada review makan kita hari ini... Intan nak bawak korang makan western Windmill Bukit Beruang Melaka... Sebenarnya restoren ni ada beberapa lagi cawangan tapi kali ni Intan review dekat Bukit Beruang sebab alkisahnya walaupun makanan best tapi service pun kene review jugek kekdahnya...

Nak citer pasal location memang cantik sangat... dekat dengan MMU (Multimedia University) yang sedia maklum ramai pelajar foreign so western is the best choice...Owh korang jangan ingat ni western je... east meet west pun ade..heheheh ala western campur local food kita la kekdah....

Nak citer pasal interior design... Cantik dan tenang amat... Nak studi pun boleh sebab ada perkhidmatan wifi tapi tv takde yekk...nak tengok bola sila ke kedai mamak berhampiran... Bagus jugak, restoran ni concept dia tenang dan nyaman gitu... Waktu siang ke petang, pelanggan pun takde la ramai mana tapi... bagi Intan order sampai sangat lambat.... Perut dah berkeroncong lagu Issabella pun masih belum sampai makanan yang kami order.... 


Oh dak girl menjadi peneman Intan makan-makan kali ni... Seronoklah dia dapat makan free.... tu yang senyum sampai mata tertutup tu... Tapi memang sesuai nak berborak sakan memandangkan tempat pun dah selesa sangat. ..


Akhirnya minuman kami sampai dulu... Vanilla oreo milk shake dengan orange juice.. Milk Shake Intan punya...memang sedap... kering tekak yang lama menunggu ni.... Orange pun pekat likat... bukan jus cordial hoccay....

Kalau kami lalu waktu malam tempat ini memang selalu penuh, bukan saja dengan student-student tapi family pun suka makan kat sini... Jangan kata couple, double, triple pun ade..ahaks.... 
Tapi yelah Bukit Beruang sekarang ni macam-macam ada... nanti Intan nak try nasi Arab kat Bukit Beruang pulak.....


Inilah makanan kami.. akhirnya kunjung tiba juga... Double sirloin set untuk Intan dan Meat+lamb set untuk dak Girl... Erm.. memang happeninglah dalam pinggan besar tu... Oh ya, kami pesan mushroom soup as add on .... Kelazatan boleh tahan... sedap... portion banyak dan puas hati....so kami makan dengan gembira hingga terpaksa tapau sebab tak habis.... Pada Intan harga kira ok la jugak.... yelah, makan western stick double pulak tu total semua lbh kurang RM60.00 tapi kalau ada promotion memang murah... Macam Intan just bayar RM32.00 sebab ada free one main course dish dan mushroom soup... 

Overall Intan bagi 7/10 kerana service layanan yang agak kurang ... Kadang-kadang letih jugak dok angkat tangan nak panggil staff yang sibuk borak sakan sesama mereka.... Makanan memang sedap.... amat berbaloi... dan visa mastercard diterima okey... So sesiapa nak cuba boleh ke The Windmill Station berdekatan... atau boleh ke websitenya The Windmill Station

The Windmill Station (Bukit Beruang) Sdn Bhd
25 & 27 Pangsapuri Ixora,
Jalan Bukit Beruang,
75450 Melaka.
Phone: +606 233 1145
            +6016 661 2792