Esok Harga minyak kini turun lagi. Kali ini RM0.10 dan sejak ia dinaikkan sebanyak RM2.70 penurunan berperingkat ini buat saya resah dan gundah gulana . Saya bukan tak suka harga minyak murah kerana saya sendiri memiliki kereta dan memerlukan hampir RM200 ke RM300 sebulan untuk kos minyak sahaja dan saya juga pengguna seperti anda. Perbezaan dulu dan kini amat ketara, jika dulu harga minyak naik semua orang berpusu2 memenuhkan tangki kereta sehinggakan jalanraya menjadi sesak. Walaupun tepat 12.00 malam masih lagi ada kenderaan beratur panjang menunggu giliran. Dulu juga bila bila pertama kali minyak turun harga pula keadaan kalut masih sama, pelanggan yang hadir melahirkan rasa gembira dan stesen minyak agak lenggang kerana ramai pelanggan mengawal penggunaan minyak mereka untuk mengisinya keesokkan hari. Ya, ramai juga yang melahirkan rasa gembira atas penurunan harga ini seperti saya. Dan kebelakangan ini harga turun lagi dan lagi keadaan macam tak sehebat dulu. Orang ramai sudah tak heran, suratkhabar pun bukan lagi front page besar tentang berita ini. Kalau turun, turun la. tapi beli tetap sama. seolah tiada apa2 yang berlaku. saya memerhati keadaan ini sejak dulu. Persoalannya kenapa saya resah??
Stok yang tinggi dalam tangki terpaksa dijual murah lebih dari harga kos dari Syarikat Pengeluar MinyakIni adalah kerana saya akan mengalami kerugian yang besar tak termasuk kos minyak yang hilang (bertukar menjadi wap) 1% dari jumlah liter sebenar. Cuba bayangkan setiap liter yang dijual kita bukan dapat untung tapi rugi. Bermaksud ini bukanlah tujuan bisnes yang sebenar.
Bukankah Masa harga naik untung berlipat ganda?Saya tak nafikan memang SEPATUTNYA apabila harga minyak naik kami akan mendapat keuntungan yang lebih besar contohnya apabila kenaikan awal bulan Jun iaitu RM0.78 sen seliter. tapi perlu diingat masa pengumuman harga naik stesen minyak mana yang lengang . Mungkin yang lenggang tu adalah kerana stok minyak dah habis. Saya sendiri mendapat jualan 4 kali ganda lebih tinggi dari biasa dimana stok minyak saya juga hampir kekeringan. Masa itu apa yang saya boleh buat? Menutup stsen minyak kah atau menghad kan pembelian pelanggan kah..... alamatnya pegawai KPDNHEP akan datang menyaman. Maaf ya saudara saudari minyak petrol dan diesel adalah bahan kawalan jangan buat sesuka hati. silap2 haribulan boleh didenda RM100k dan diminta pelbagai macam surat tunjuk sebab bla..bla..bla... dan last skali termination (tak perlulah kau fikir tentang bisnes lagi)
Pengusaha stesen minyak adalah "kaya" takkan hal ini pun berkiraKadang-kadang kita perlu faham bisnes ini adalah berisiko (sangat berisiko) . memang semua bisnes berisiko tapi "kaya" tu tidak perlulah dikategorikan kepada semua pengusaha stesen minyak. Kami menanggung kos operasi yang tinggi. huhuhu. Jika anda melalui jalan highway ataupun kota-kota metropolitan yang terdapat berdirinya gah stesen minyak yang besar dan berduyun2 kenderaan mengisi tangki mereka.. Ya, mereka adalah "kaya" kerana jualan mereka adalah berkali ganda banyaknya. Tapi bagi pengusaha yang jualannya adalah average seperti di kawasan taman2 kampung2 atau bukan dilaluan utama mereka perlu capai target agar pelbagai kos sampingan yang ditanggung tidak melebihi untung kasar yang diperolehi. Disini mereka akan diberi tekanan oleh syarikat pengeluar minyak untuk melipat gandakan lagi jualan. Mungkin satu ketika dahulu semasa kekurangan stesen minyak dan harga petrol adalah RM1.20, boleh dikategorikan semua pengusaha stesen minyak adalah "kaya" tapi masa sekarang sudah tak relevan lagi. Hasil daripada penurunan harga sebanyak 6 kali sebelum ini saya sudah kerugian hampir RM70k untuk kedua-dua stesen minyak yang dikendalikan
Cadangan2 peribadi saya1. Kerajaan perlu mengumumkan penurunan harga minyak lebih awal agar pengusaha boleh merangka persiapan dan mengawal stok agar kerugian tidaklah sampai berpuluh2 atau beratus2 ribu. Secara tidak langsung pesanan dapat diselenggara agar masalah kekeringan tidak berlaku. Syarikat Pengeluar minyak juga perlu memberi kebebasan 100% kpd pengusaha menentukan pesanan minyak yang perlu diterima kerana kami membayarnya dgn cash bukan hutang ya..
2. Pihak kerajaan dan Syarikat Pengeluar Minyak perlu membantu pengusaha dengan membayar ganti rugi sekurang-kurangnya 50% daripada kerugian yang diterima bermaksud apabila petrol dan diesel adalah bahan kawalan peranan kerajaan dan Syarikat Pengusaha Minyak amat dititikberatkan dan mereka tak perlulah "lepas tangan"
3. Kerajaan perlu memikirkan satu kaedah menetapkan harga lantai bagi bahan terkawal ini agar tiada lagi penurunan berperingkat yang sering berlaku tatkala ingin pilihanraya atau lain2 . Kita punya ramai penganalisis ekonomi yang hebat, bila satu harga lantai yang sesuai digunapakai sebarang keuntungan lagi dari penurunan harga minyak mentah dunia boleh disalurkan ke dana kepenggunaan yang lain seperti tepung, beras dan keperluan lain yg dapat dinikmati oleh rakyat yang mampu dan yang tak mampu memakai kereta
Mungkin entri ini akan disalah tafsirkan. Saya bukan tak suka kerajaan menurunkan harga minyak tapi amat gembira sebenarnya dan sekiranya ia hadiah untuk rakyat jangan sampai ada rakyat lain yang tertindas atas berita gembira ini. Diingatkan saya bukan anti kerajaan mahupun anti pembangkang cuma Ini juga adalah pandangan peribadi saya andai tersilap fakta harap diperbetulkan.