Introducing my family
Ok.... Sebenarnya post harini cume nk testing blogger for iphone.... Menggunakan camera on da spot dan pic yang aku hamik ni pic family yg terlekat di dinding rumah... Famili intan terdiri drpd haku, mak, ayah, seorang kakak, 2 org adik lelaki, 3 org adik perempuan, seorg abg ipar, dan seorang anak buah. Pic bwh skali tu yg latest... Have fun
Thanksss apple thankss google
Salam sume.... Akhirnya google menyediakan iphone apps tuk blogger. Omg aku amat la gumbira dan mmg dah lama menantikan application ini. Lebih membestkan suasana ianya adalah FREE.. hehe. Thanks to blogspot, google and apple
PROMOSI PETRONAS MESRA SEPTEMBER 2011


Air-air botol besar dari permanis ni (aka geng pepsi) kira murah la jugak sbb harga biase convienient store dlm RM3.80 ke rm4.00

Barangan Jacker & super ring lak dari company Oriental Food Marketing... biase produk-produk berasakan kentang berharga RM3.00. yang ni kire murah la jugak. lapas tu super ring free lak....



SALAM AIDILFITRI

Intan xde pic sendiri ke sempena raya..... ade cume malas nak upload... entri ni cume nk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kawan-kawan. Maaf zahir batin yek... walaupun sudah raya ke 12 tapi xsalah kan.... lambat sikit je pun... raya kan sebulan....
erm... raya ni tentatif nya macam biasa raya dikampung parit pinang seribu lepas tu balik melaka dan keesokka harinya beraya ditempat kerja dan seterusnya begitu la..... takde ape-ape yang istimewa.....
oklah semoga bertemu dientri yang berikutnya.. daaa
Adik yg disayangi... my dearest syina afiqah
Jika saya bosan, saya boleh ambil kartun dari youtube..... kerja saya sangat professional..... tetapi menonton kartun dan bermain intenetti serta makan menjadikan saya semakin gemukkkksss... oleh itu saya akan mengajak kak ngah atau emak atau abang boy saya berjogging..... selalunya kak ngah saya tidak mahu berjogging dgn saya......
selain itu saya takut nak makan..... kadang2 kak ngah belikan saya burger mcchicken@ chicken mcdeluxe mcdonald pun berat hati saya nak makan dan akhirnya burger saya kak ngah yang makan...huhuhuhu....
oklah kalo senang saya akan letak movie saya disini...
bye2 adiooos
Fungsi blog dan cara menarik trafik
- Search engine - kadang-kadang orang mencari maklumat tentang sesuatu dan search engine lah yang diorg tanyakan dulu... kalo korang ade maklumat tu mereka aku jumpe blog korang
- Comment blog - korang komen kat blog orang lain terutama blog yang fofular pastu letak url blog korang nescaya blog korang pun akan disinggah paling kurang owner blog yang korang singgah tu... (aku amat jarang gunakan pendekatan itu sebab belum ade masa, insyallah akan datang)
- Update selalu - orang suka blog yang rajin update..... (bukan mcm blog aku ni...insyallah akan mengusahakannya)
- Join forum - korang letaklah url blog korang kat sinature dan bukak thread best pastu korang juga reply dalam forum tu... kadang-kadang cara penulisan kita buat orang tergerak nak mengenali kita jesteru terbuka lah blog korang tu ( aku lom buat lagi ahaksss)
- promote dlm laman sosial korang- yang ni ade... (sila check fesbuk aku yek... tapi memang diakui aku semakin bosan menggunakan fesbuk... huhuhu dah rasa tua kot)
- Letak signature email - Korang banyak gunakan email sebagai perantara leh masukkan url blog korang kat email... kdg2 orang bosan-bosan leh jenguk blog korang (aku xbuat lagi kot)
Monte Carlo review
Selamat pagi korang.... harini nak review pasal cerita terbaru ni MONTE-CARLO... Alkisahnya niat dihati nak tgk transformer apakan daya tiket sold out..... walaupun midnite movie pun tetap sold out ... itulah penangan TRANSFORMERS 3 ...... Apepun cerita MONTE-CARLO ni pun tidak menghampakan sesuai ditonton semua lapisan masyarakatBintang utamanya Salena Gomes (ala yang couple dgn Justin Bieber tu)
Kisah bermula Grace (Salena) yang tamat pengajian mahu melancong ke city of love (Paris) bersama rakan baiknya Emma... Namun demi membaikpulih hubungan adik beradik tiri ibu bapa mereka mahu saudara tirinya (Meg) ikut bersama... Percutian mereka agak kelam-kabut... ditinggalkan bas pelancongan, bilik hotel yang teruk dan lebih teruk dan hubungan mereka bertiga semakin dingin.... Namun juga diselitkan babak2 lucu dan keindahan Paris amat mengagumkan (teringat zaman muda semasa aku melancong di sana)...... sehinggalah mereka bertemu seorang pewaris harta / jutawan yang seiras dengan Grace maka secara tidak sengaja sehinggalah Grace terjebak dalam menyamar sebagai Miss Scott...
Mereka menikmati kehidupan yang mewah dan menaiki penerbangan ke MONTE-CARLO bagi merealisasikan Majlis lelongan amal.... Keadaan jadi kelam-kabut bila rantai BVlgari (untuk lelongan) dikatakan hilang dan Miss SCOTT sebenar yang bongkak dan bengis itu muncul disaat majlis lelongan akan berlangsung......
Cerita ini juga memaparkan hubungan kekeluargaan antara Grace dan Meg yang semakin akrab serta Emma yang terkejut atas kehadiran kekasihnya Owen dari Texas untuk mencarinya.....
Jalan cerita MONTE-CARLO tersusun dan sinematografi yang sangat menarik... permandangan Paris dan MONTE-CARLO yang menawan dan ada sesuatu yang boleh dicontohi dalam filem ini yang juga diselitkan babak-babak cinta

HSBC amanah platinum card

Cerita tu nanti baru aku citer tapi sekarang nak citer pasal kad kredit hsbc amanah aku ni.... dulu orang kata nak apply kad hsbc platinum ni susah dalam akaun kena ada dlm RM10k... aku pun tak tau sangat ye atau tak.... sebab aku apply terus dapat jek
Nak cerita pasal kad ni selalu buat promotion..... kalau dulu setiap 7 transaksi minimum RM50 akan dapat rebat RM30 sekarang dapat diskaun..... apa yang best setiap bulan mesti ade je promotion.... orang macam aku yang tegar menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian ni memang tak ada masalah la.....
Aku bukan nak promot kad ni tapi dalam banyak2 kad aku prefer kat hsbc..... ni promotion yang sedang berlangsung ..... aku hagak best jugak la sebab promosi ni tak de la... seperti cabutan bertuah ke.... lucky draw ke.... peluang memenangi bla...bla...bla... perkataan peluang tu yang aku susah nak rasa dapat..huhuhu tapi yang ni lain... ko ikut terma dan syarat ko akan dapat.... (kalo xdapat ko komplen ler)
Ok ni adalah promosi sekarang ni
fyi.... aku xberminat dengan peraduan yang ala2 lucky draw tapi peraduan yang kite fullfilled term n condition dia aku rasa berminat sikit wpun xde la best sgt reward tu...Tapi bagi yang xdapat mendisiplinkan diri dan mengalami masalah boros dan rambang mata bershopping silalah jangan apply kad kreditwalau apepun jenis kredit kad yer.... sebab ia akan menyusahkan hidup korang nanti......
adios
Promotion Mesra Julai 2011







So, korang best kan dapat harga murah tuk air2 minuman ni... so korang isi minyak dan dapat berjimat dengan minuman terpilih Kedai Mesra tuk bulan Julai
Maklumat lanjut boleh kunjungi
www.mymesra.com.my
Mengapa Orang Tak tahu Hukum Mencuri dan menipu
Antara cara mengenal pencuri untuk sebuah convienient store adalah seperti berikut :-
Orang macam ini cenderung untuk memasukkan barangan curi di dalam saku jaket dan memakai helmet supaya wajahnya tidak nampak dalam cctv..... Sila minta pelanggan membuka helmet kerana mereka akan buat taktau kalau tak disuruh...(takyah la assume diorg nampak sticker 'no helmet' korang tu, kalo nak mencuri buat2 tak nampak je la)
Orang macam ni mmg loghat sibuk bercerita dia pakai kete besar la, nak pakai pelincir paling mahal la, pastu ambil barang banyak2 sampai beratus lebih dan beli top-up banyak konon2nya nak bayar kemudian sekali gus.... pastu buat2 nak pegi toilet sbb tak tahan... sila minta pelanggan buat bayaran sebelum meninggalkan kaunter sebab kita tidak akan perasan dia sudah pegang top-up.... sebab confirm dia akan menghilang lepas tu ......(dengan top-up yang banyak).. lagi satu top-up adalah belian yang paling xbanyak untung so bila customer nak beli sila minta bayaran dahulu, sebelum menjualkannya
Ada sindiket yang mencari produk yang dah expired kat kedai korang lepas tu dia beli dan minta resit... Esoknya dia claim beribu ringgit sebab produk expired korang tu menyebabkan konon2nya anaknya masuk icu la... sakit itu sakit ini... padahal xde ape pun... dia minta bil rawatan doktor la..... tp sebab ade bukti korang tak leh buat ape.... pastikan storekeeper sentiasa check barangan agar tak terlepas pandang tentang barang-barang expired ni
Adios
part 2: Urusan Unit Trafik Melaka

Nak minum orange juice????
Panduan kira-kira kewangan
http://bijakbudget.8m.com/
Part 1: Urusan Unit Trafik Melaka
nanti aku citer psl accident itu tapi yang pastinya di unit trafik aku sangat lah tensen dgn pegawai polis bernama en zainul... huhuhu nasib baik aku suruh SS keluar dari pejabat tu kalo tak ade timbul masalah kat situ for sure bergaduh la ......maklumlah polis ni berlagak je, tunjuk dia hebat sgt...... lepas tu dia kenekan aku balik...... nnt aku citerkan ape perkara yang terjadi antara aku dgn en zainul and macamana dia kenekan aku......
berbalik pada situasi dalam kawasan balai polis.... memandangkan unit trafik itu mengkaver semua kemalangan sekitar bandaraya melaka tengah maka banyaklah kenderaan yang rosak teruk dan kemek2, motor terpotong dua pun ade...... erm... satu hari banyak accident rupenya...... tak kurang pula... mereka2 yang bergaduh sesama mereka sambil diawasi polis bagi menegakkan sapa yang salah sapa yang betul..... yelah kalo dia salah memang leh cover insuran tapi bila insuran cover NCB akan berubah kepada 0% selepas itu tapi dlm kes aku... aku tidak bersalah... mabel yang parking sendirian tanpa bergerak dirempuh oleh seorang perempuan cina.... sian mabel....nnt intan tancap kasi lawa yek.... lebih memilukan mabel baru minggu lepas di servis di toyota pusat servis dgn kos rm1502.45... tak sampai 2 minggu kene hantar repair lagi....... sori tau, intan xsengaja kasi mabel kene langgar sume SS punya pasal kasi mabel parking ctu...huhuhuhu
golf, mahu main golf kah???

2 days in PDB trainin centre

Aku baru pulang dari pdb trainin centre untuk ikuti program isis refesher for dealers dan apa yang aku akui, aku antara peserta yang paling berpengalaman dalam isis dan aku mengenali ramai mereka2 yang bergelar dealers, wife dealers dan supervisor dalam pengurusan stesen minyak petronas..... ini adalah intipati aku di sana...
temuduga... My first prepared interviu

Disebabkan aku adalah dikira boss jadi aku kene hire new staff.... aku amat mengharapkan aku boleh berlagak hebat dpn budak2 baru ini..... memang hebat pon... aku interviu 2 org.... sorang bernama ramlah dan sorang bernama wadiana....
mula2 agak risau sebab xde pengalaman menginterviu tetapi bila fikir aku ni ade gak muka bengis so aku buat2 garang lah..... so far ok aku pun dah bagitau apa yang sepatutnya tugas2 mereka dan aku kira interviu ni berjaya.. antara tips yang aku buat ialah preparation...... memandangkan aku menginterviu tuk jawatan juruwang so aku xperlulah resume atau sijil2 kelayakkan mereka ni.....
1) fotostat ic...
2) sediakan senarai gaji
3) tekankan tentang displin dan syarat2 percubaan
4)berbuat secara tegas
5)tunjukkan keyakinan pada syarikat
6)minta pandangan dan pengalaman mereka
7)berjanji akan menghubungi jika berjaya
ok tu saje....
Intan blogging lagik.....

Hidup mati tanpa Internet

Kemudian aku terfikir alangkah baiknya aku mempunyai acess internet yang tidak terbatas dimana2 aku berada. Walaupun aku punya akaun broadband namun aku berikan pada adik yang belajar yang amat memerlukannya. Aku memang kakak yang baik.. hehehehe...
masa utk aku membazirkan wang tuk membeli gajet yang mahal kekdahnya.. apatah lagi fon n73 aku yang uzur berbakti 3 tahun bersamaku tak mampu menampung keperluan internet aku yang memuncak.. dan selalu menjadi seakan bola besbol yang dihentam ke sofa tatkali hang atau blank dgn tetiba.. huh.. tapi sekarang sudah berkurangan amarah aku pada fon ini...
Dalam fikiran aku semestinya nokia yang aku amat berpuashati dan familiar dgn aplikasinya namun aku masih berkira2 dan sanggup mengeluarkan rm2.5k tuk tujuan ini....
seperti yang aku katakan tadi..., masa tuk aku reward diri aku yang selama ini menjadi hamba duit buat sekelian kalinya....
Untuk kos telefon bimbit yang besar aku mengharapkan ianya tahan lama dan serasi dgn diri aku ni...






